PENGGANAS AMAL ILMU HITAM, MAYAT CEPAT REPUT
Lahad Datu, 21 Mac - Kumpulan militan dari selatan
Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah
pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas
itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat
pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan
kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan
keselamatan.
Menurut sumber pasukan
keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan
mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal
dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun
letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau berkata ada satu
mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun
kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan
letupan mortar.
"Peliknya pengamal
ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh
sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari
dua atau tiga hari," katanya.
Pegawai Kor Agama Angkatan
Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu
kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan
kerana ia lari daripada landasan agama.
Beliau berkata perbuatan
itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah
perbuatan sia-sia.
"Perbuatan memuja sesuatu
ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima
perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang
turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.
Beliau berkata soal ajal dan
maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.
Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk
kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang
dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin
kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi
Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.
Anggota Parlimen Silam
Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan
mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak
tertentu di negara ini.
"Menurut Islam adalah
haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat,
iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.
"Tetapi ia dibenarkan
jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan
kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan
pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara
berdaulat. – BERNAMA
Ooo main bomoh.. Apa barang bai..
1 comment:
Tolong bagi gambar itu kepada Idjirani, jurucakap si Kiram.. Idjirani penipu dalam banyak perkara. Perangainya tak ubah macam juga jurucakap PKR iaitu Rafizi.... sama dan semacam adik beradik pula keduanya... pembohong.
Post a Comment