1. Gambar ini pada SB sudah capai tahap epik. Ini ialah gambar ketika Tun Dr. Mahathir keluar dari pintu Kaabah sewaktu beliau mengerjakan umrah pada tahun 1993. Bukan mudah sebenarnya bagi mana-mana umat Islam di dunia dibenarkan masuk ke dalam Kaabah seperti yang dinikmati olah Tun Dr. Mahathir ini.
2. Peristiwa ini telah diceritakan semula oleh Rosme iaitu pegawai waran TUDM yang bertugas sebagai kuartermaster dalam jet esksekutif Falcon-900 yang dinaiki mantan Perdana Menteri itu dalam Kosmo bertarikh 21 November 2010.
3. Menurut Rosme, Tun Dr. Mahathir telah masuk ke dalam Kaabah dan menunaikan solat di satu ruang yang tidak pernah digunakan selama ini. Peristiwa ini berlaku pada malam Nisfu Syaaban, iaitu kira-kira jam 11 malam. Tun Dr. Mahathir meluangkan masa yang agak lama di dalam Kaabah pada malam tersebut dan sempat menunaikan solat sunat di empat penjuru Rumah Allah itu.
4. Namun, tidak ada siapa pun tahu apakah yang didoakan dan dipohonkan oleh Tun ke hadrat Allah SWT dalam doa beliau.
5. Jelas sekali seluruh dunia Islam amat menyanjungi Tun Dr. Mahathir. Peluang memasuki Kaabah itu sendiri jarang diberikan kepada mana-mana pemimpin negara Islam. Dari Malaysia, hanya Tun Dr. Mahathir dan Dato' Dr. Harun Din sahaja pernah dibenarkan masuk ke dalam Kaabah.
6. Dirgahayu Tun! Semoga Allah SWT terus mengurniakan akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat guna untuk menyumbang kepada Islam dan dunia Melayu amnya.
No comments:
Post a Comment