1. Benarkah ada perbezaan antara
hudud Allah dan hudud versi PAS? Kenapa perkara ini boleh berlaku?
2. Klik SINI jika anda mahukan
jawapan bagi persoalan di atas.
3. Apa yang SB ingin sampaikan di
sini bukanlah perbincangan mengenai beza antara hudud Allah dan hudud yang
dibawa oleh PAS. Biar pakar yang menganalisa jika benar ada perbezaan antara
kedua-duanya. Tetapi di sini, ada perkara lebih besar yang perlu kita berikan
perhatian.
4. Dalam manifesto yang diumumkan
oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini bagi menghadapi PRU 13, kesemua komponen PR
bersetuju secara kolektif (termasuk PAS) untuk tidak memasukkan perkara Negara
Islam dan hukum Hudud dalam manifesto tersebut. Kenapa?
5. Sebenarnya, pihak yang
bertanggungjawab membuang agenda tersebut bukanlah Anwar Ibrahim atau Karpal
Singh. Kedua-dua pemimpin PKR dan DAP ini sememangnya diketahui tidak akan
sesekali bercakap soal perlaksanaan Negara Islam yang berlandaskan al-Quran dan
menguatkuasakan hukum Hudud sepenuhnya.
6. Sebaliknya, individu yang
bertanggungjawab menggugurkan perkara tersebut daripada manifesto Pakatan
Rakyat sejak 2009 lagi ialah Presiden PAS sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang. Orang PAS tak perlu marah atau pura-pura terkejut. Ini ialah
kenyataan yang perlu diterima.
7. Pada tahun 1981, Hj. Hadi
Awang telah mengisytiharkan jihad ke atas Barisan Nasional dan UMNO khususnya
kerana tidak melaksanakan hukum Allah dalam pemerintahan negara. Isytihar jihad
samalah seperti isytiharkan UMNO itu kafir yang wajib diperangi. Namun, apa
jadi apabila Hadi Awang mula menikmati keseronokan berkuasa?
8. Bagaimana sikap dan pendirian
Hadi Awang selepas bersenggama bersama parti-parti politik lain dalam Barisan
Alternatif sebelum wujudnya Pakatan (haram) Rakyat? Ini ucapannya : “Justeru
kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan Syariat menjadi punca perpecahan
Barisan Alternatif dahulu (dalam PRU 10), maka PAS perlu membuat satu
pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan
perlaksanaan Hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah
mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan
seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang (PRU11,
2004), pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di
peringkat pusat, yang akan mendokong Perlembagaan Persekutuan sedia ada.”
Ucapan ini disampaikan oleh Hadi Awang sempenan Amanat Perdana Pemangku
Presiden di hadapan petugas pilihanraya PRU 11 pada 11 Januari 2003.
9. Pada SB, inilah yang dikatakan
Hudud PAS. Bila-bila masa sahaja ia boleh dijulang apabila diperlukan untuk
menentang UMNO dan diletakkan di tepi jalan ketika menuju Putrajaya apabila
bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment