1. Akhirnya, hajat Hadi Awang nak masuk TV akan tertunai juga. Mungkin inilah berita paling menggembirakan bagi beliau selepas sekian lama mengidam nak masuk TV. Tapi nanti dulu, itu pun kalau Anwar bagi laluanlah.
2. Ia susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bahawa RTM akan memberikan slot 10 minit kepada parti-parti politik untuk membentangkan manifesto mereka kepada rakyat melalui saluran rangkaian tersebut.
PRU13 :
RTM Beri Peluang 10 Minit Pada Setiap Parti Politik Bentang Manifesto
KUALA LUMPUR: Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
KUALA LUMPUR: Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu
diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi
pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.
"Semua
parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk
mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini
sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
-Bernama.
3. Jika perkara ini dilaksanakan, maka kemungkinan Hadi Awang nak masuk TV sebenarnya sangat tipis. Ini kerana, dalam Pakatan Rakyat, ada seorang lagi pemimpin yang lebih kemaruk nak masuk TV iaitu Ketua Umum mereka sendiri.
Jangan berebut ye pakcik-pakcik sekalian :p
No comments:
Post a Comment