1. Benarkah dakwaan pihak pembangkang kononnya
para pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan berdemonstrasi kerana
membantah program pengagihan BR1M 2.0 yang diadakan di sekolah mereka sehingga
mengganggu aktiviti pembelajaran?
2. Jika dilihat dalam poster di
bawah ini, jelas sekali ada sesuatu yang tidak kena atau disembunyikan. Pihak ‘berkenaan’
seolah-olah cuba memutarbelitkan realiti sebenar dengan menyalahkan BR1M
sebagai punca demonstrasi tersebut dilakukan oleh para pelajar dan segelintir
guru.
3. Sebentar tadi SB telah dihubungi oleh
seorang sahabat yang juga abang kepada salah seorang pelajar senior yang
terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mengejutkan. SB sendiri geleng kepala
apabila mendengar cerita beliau. Terlalu banyak kambing hitam digunakan untuk
menutup kejadian tersebut, malah lebih dahsyat dan zalim, para pelajar yang
hanya menyuarakan bantahan mereka secara aman turut menjadi mangsa. Adik beliau
hingga kini masih dikuarantin atas tujuan penyiasatan oleh pihak JPN dan
kementerian.
4. Menurut beliau, pihak yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan poster tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Pengetua sekolah
itu sendiri yang dibantu, atau lebih tepat, berkomplot dengan guru kaunselor
bagi menutup perkara sebenar.
5. Objektif
demonstrasi tersebut ialah mendesak Pengetua berkenaan disingkirkan
kerana terlalu banyak penyelewengan
berlaku sekurang-kurangnya sejak tiga tahun yang lalu. Antaranya, beliau
bertindak menyekat elaun perjalanan para pelajar dari luar kawasan, memotong
gaji pekerja keselamatan sekolah, pernah memaksa para pelajar membayar sejumlah
RM5 setiap seorang bagi tujuan-tujuan peribadi dan bermacam lagi.
6. Kemuncaknya ialah apabila Pengetua tersebut
bertindak menukarkan sekurang-kurangnya 13 orang guru serta merta sehingga
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran (P&P) terganggu untuk satu tempoh
yang lama, BUKANNYA DISEDABKAN OLEH PROGRAM AGIHAN BR1M 2.0!
7. Rentetan itu, ibu bapa mula campur tangan
kerana tidak berpuas hati dengan kerenah yang dicetuskan oleh Pengetua
tersebut. Sebahagian ibu bapa juga turut menyokong dari segi moral dan material
dalam demonstrasi yang diadakan, bukannya melibatkan pihak ketiga seperti yang
didakwa oleh pihak tertentu.
8. Sahabat SB itu juga menegaskan, tidak ada
sebarang kepentingan politik dalam demonstrasi itu sebaliknya hanya
memperjuangkan nasib para pelajar dan guru yang ditindas dan dizalimi sejak
sekian lama. Insiden ini masih lagi
disiasat dan sebahagian besar pelajar senior yang terlibat menggerakkan
demonstrasi itu sedang dikuarantin.
9. Justeru SB berharap pihak berkenaan dapat
menyelesaikan kes ini dengan segera dan mengambil tindakan paling wajar
terhadap Pengetua tersebut sekaligus membersihkan nama baik kerajaan dan
kementerian sendiri.
6 comments:
tajok y sgt gempak!tp adakah anda pasti dengan apa y anda tulis...tajok pon sudah menunjukkan anda hanya menunding jari pd 1 phk shj.adilkah untuk menulis cerita y mnjurus kpd niat utk menjatuhkan seseorang..hmm
terima kasih kepada yang menulis . saya salah seorang pelajar yang menghadapi situasi ini . tak pernah rasa ada orang peduli akan kami sampai sebegini rupa . KAMI tahu sebab KAMI yang hadapi . kejam . :'(
terima kasih kepada yang menulis . saya salah seorang pelajar yang menghadapi situasi ini . tak pernah rasa ada orang peduli akan kami sampai sebegini rupa . KAMI tahu sebab KAMI yang hadapi . semua ni poyo !
gi sekolah lain la...masuk sar ke....
i'm one of the alumni,,dear readers,,entry ni betul,,xde nilai tokok tambah,,saye tw ap yg betul n x betul,,bagi saye,student ada hak untuk berdemonstrasi untuk menyelamatkan sekolah,that's mean they try their best for the school. and please readers yg xtw cerita yg sebenar,don't jump into conclusion,,don't assume but ask n dig,sekian.
dear akk alumni semua...sy junior akk semua...kmi mmg ad dgr psal ni tpi x tau plk yg cerita sbenarnya lgi teruk dri tu..kmi cuma dgr psal pnyalahgunaan dewan jer..yg slebihnya kmi x thu...so we really thanks all of you 4 what u guys had done...according to the teacher yg prnah mngajar kami ,akk semua dh byk berkorban agr km juior n xkn kna prkara yg sma...so 4 that,we really appreciate what you guys had done..kmi pn x thu sma ad boleh ke x kmi than klau pengetua tu msih mngajar d sni skarng..thaks a lot akk...you guys are our hero...great job!!thanks again..^^
Post a Comment