1. Dalam pendedahan sebelum ini,
SB telah menceritakan serba ringkas berkenaan pelajar USIM bernama Ahmad Syihan
Ismail yang telah mendesak Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor
USIM meletakkan jawatan secara biadap dan kurang ajar. Klik SINI. Juga klik
SINI untuk pendedahan yang dibuat oleh The Most Wanted.
2. Ahmad Syihan ialah pelajar
Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (No. Matrix 1090897) yang kini sedang dalam tempoh
penangguhan pengajian di USIM kerana menyambung pelajaran dalam kursus lain di
Riyadh. Berdasarkan maklumat yang diterima, pelajar ini ialah penerima biasiswa
JPA. Justeru bagaimana beliau boleh menangguhkan pengajiannya di USIM dan
melanjutkan pelajaran dalam bidang baru di universiti luar negara?
3. Adakah perkara ini dibenarkan
oleh JPA?
4. Berhubung kenyataan biadap
yang dikeluarkannya itu pula, SB dimaklumkan majoriti mahasiswa di USIM sendiri
tidak menyokong beliau. Mereka berpendapat ia hanyalah kenyataan peribadi yang
dibuat oleh Ahmad Syihan dengan menjual nama baik seluruh mahasiswa USIM bahawa
kononnya mereka malu dengan kejadian yang telah berlaku.
5. SB juga dimaklumkan sebentar
tadi oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar USIM bahawa pihak universiti akan menyiasat
dakwaan beliau menangguhkan pengajian kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang
tidak berkaitan di universiti luar negara. Siasatan terperinci akan dijalankan
dalam masa terdekat.
6. Siasatan juga akan dijalankan
berdasarkan bukti bahawa pelajar ini pernah terlibat dalam beberapa demonstrasi
haram pada tahun lepas.
7. SB berharap pihak universiti khususnya HEP dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mahasiswa sebegini. Meskipun AUKU sudah dipinda dan mahasiswa dibenarkan berpolitik di luar kampus, namun ia haruslah dipraktikkan dengan berhemah. Membuat kenyataan yang biadap dan kurang ajar seperti yang dilakukan oleh Ahmad Syihan ini ternyata tidak berhemah.
8. Kalau dah tak minat nak belajar di USIM, tolong berhenti dan serahkan kembali biasiswa yang diterima kerana di luar sana masih ramai yang lebih memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan.
ALLAH MERAHMATI MALAYSIA
2 comments:
http://nogorimostwanted.blogspot.com/2013/04/adam-adli-rakan-rakan-mendapat-sambutan.html
ekau blajor usim ke???...byk menyalak...macai xde otak
Post a Comment