1. Cerita ini bukan untuk mengaibkan
sesiapa tetapi untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Semalam, SB sempat
keluar minum bersama rakan-rakan selepas mengikuti sesi pencerahan isu-isu
semasa yang disampaikan KP JASA.
2. Ketika kami berlapan sedang
rancak berbual, kami dihadiri seorang lelaki tua yang berusia sekitar 65 tahun,
atau mungkin lebih. Dari perwatakannya, pak cik ini seorang penyokong PAS
tegar. SB lihat beliau membawa sebuah fail yang berisi keratin akhbar, senaskah
Harakah usang dan beg kecil berwarna hijau. Wajahnya tenang. Dia memakai baju Melayu
berwarna hijau pucuk pisang dan berketayap putih. Dari segi luaran, kelihatan
lelaki tua ini agak kemas dan bersih.
3. Dia memberi salam dan meramahi
kami. Namun belum pun sempat kami beramah mesra, lelaki tua itu sudah mula
mengeluarkan hujah-hujah politiknya. Pertama, dia mendakwa di tangannya ada
bukti-bukti penglibatan rasuah dalam UMNO berjumlah RM10 bilion! Kami hanya
melayan rentak lelaki tersebut sedang dia terus berdakyah.
4. Paling mengejutkan, lelaki tua
ini mendakwa di dalam UMNO tidak ada ulamak langsung. Kebetulan bersama kami
ada seorang ustaz yang ternyata tidak menerima dakwaan tersebut. Salah seorang
daripada kami lalu bertanya, siapakah ulamak? Dengan pantas lelaki tersebut
menjawab, hanya Hadi Awang dan Nik Aziz sahaja ulamak di negara lain.
5. Macam mana dengan mufti-mufti? Tanya
rakan kami itu lagi yang semakin tidak senang dengan hujah-hujah orang tua
tersebut. Sambil tersenyum sahaja dia menjawab mufti-mufti di Malaysia bukan
ulamak kerana ilmu mereka sangat nipis jika dibandingkan dengan Hadi Awang dan
Nik Aziz! Sangat nipis!
6. Lantaran tidak berpuas hati, kami
mula mengajukan lebih banyak soalan. Malangnya lelaki tua ini seakan-akan tidak
mahu memberi ruang kepada kami bertanya soalan. Setiap kali diajukan soalan
atau dikemukakan hujah yang bertentangan, dia segera berpesan “Jangan biadap
dengan orang tua..” Itulah modalnya, diulang-ulang.
7. Satu lagi hujah songsang lelaki
tua ini dalam dia menegakkan benang yang basah ialah, menurutnya, PAS
mengutamakan al-Quran, diikuti Ulamak, kemudian baru Sunnah atau Hadis. Masya-Allah!
Jika ini pemikiran dan pegangannya, SB percaya lelaki tua ini memang sudah
terpesong kerana terlalu taksub.
8. Tertanya-tanya juga, adakah
kesalahfahaman dalam hal akidah sebegini juga salah UMNO? Lelaki tua ini
barangkali terlepas banyak perkara khususnya berkaitan perkembangan PAS
muktahir ini justeru dia tegar dengan ketaksuban itu. Adalah malang sebenarnya
manusia-manusia yang cintakan Islam sebegini terus dipesongkan oleh PAS.
9. Pesanan kepada pemimpin-pemimpin
PAS, bersegeralah menyelamatkan akidah kaum anda sebelum bercita-cita mengubah
Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment