Pages

Monday, 21 May 2012

LAGI PARTI BARU BULAN JUN INI!!


Menjelang PRU 13, semakin menarik game yang dimainkan oleh ahli politik kita. Yang kecewa dengan caranya. Yang sudah di tampuk dengan caranya.

SB dapat maklumat, sebuah parti baru akan ditubuhkan awal bulan Jun ini oleh seorang kenamaan penting yang kecewa dengan parti lamanya.

Bersama kawan-kawannya yang juga dicop sebagai pemimpin yang kecewa, mereka pernah menubuhkan sebuah NGO pada 22 Jun 2011, diketuai oleh seorang kenamaan yang lain. Bezanya, kenamaan ini masih berada di dalam parti walaupun sering tampil di pentas ceramah pembangkang atas nama NGO pimpinannya itu.

Selain itu, parti yang akan ditubuhkan ini juga khabarnya akan meletakkan calon-calon dari kalangan aktivis yang pernah bergiat aktif di dalam kampus untuk bertanding menentang Barisan Nasional.

Malah dikhabarkan, orang nombor dua NGO itu sendiri akan bertanding walaupun beliau diketahui tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di tempatnya sendiri.

Sejauh mana kebenaran berita ini, kita nantikan saja. Jangan ada yang terkejut sudahlah, lagi-lagi adik beradik kenamaan tersebut. Dalam politik apa-apa pun boleh berlaku.


SB : Born as a fighter, not a leader!


RAIS YATIM KATA 22,270 SAJA TAPI ANWAR KATA 300,000.. MANA SATU YANG KANTOI NI?


Angka yang diberikan ini mungkin tidak tepat sepenuhnya, tetapi sistem blok fotografi seperti yang disebut oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim itu memang digunakan oleh pakar-pakar dalam bidang fotografi dan seangkatan dengannya. Kalau tak percaya, boleh tanya Ustaz Azhar Idrus, salah seorang peminat fotografi di Malaysia.

Apa pun, angka ini mungkin sukar diterima oleh pembangkang terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa lebih 300 ribu orang hadir dalam demonstrasi tersebut. 22, 270 orang berbanding 300,000 orang. Memang jauh bezanya. Sampai mati pun Anwar tak akan terima!

ADAM ADLI TAGIH JANJI ANWAR IBRAHIM!

Adam Adli bakal bertanding di DUN di Pulau Pinang? Orang Penang
get ready!


Hasrat SMM meletakkan calon dalam PRU ke 13 kelak dilihat sebagai cubaan terbaru Anwar Ibrahim mengukuhkan kedudukan dan sokongannya dalam kalangan mahasiswa pro-pembangkang di negara ini.

Tidak ramai yang tahu, Anwar Ibrahimlah yang menawarkan ‘penyertaan’ tersebut kepada sekumpulan mahasiswa yang dilihat ke depan dalam menentang kerajaan Barisan Nasional. Tawaran itu dibuat secara bersyarat, iaitu mana-mana mahasiswa yang berani turunkan bendera Dato’ Seri Najib, akan diberikan satu tempat dalam PRU nanti.

Ia akhirnya menjadi kenyataan apabila Adam Adli dan rakan-rakannya dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bertindak menurunkan bendera yang tertera gambar Dato’ Seri Najib di perkarangan PWTC yang juga ibu pejabat UMNO.

Kejayaan Adam Adli itu telah diraikan oleh pembangkang dan dia lantas dijulang sebagai hero baru. Sejak itu, demografi mahasiswa Malaysia terus berubah secara mendadak. Mahasiswa menjadi subjek dalam perdebatan masyarakat kita sama ada dalam kalangan penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Inilah yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim. Hanya dengan satu tindakan yang di luar jangkaan ramai itu, akhirnya pembangkang mendapat untung yang besar. Sejak peristiwa itu juga, survivor politik Pakatan Rakyat terus bertahan di sebalik asakan transformasi yang diusahakan oleh Dato’ Seri Najib di negara ini.

Namun adakah Anwar ikhlas? Dalam situasi pemimpin pembangkang sendiri berebut-rebut tempat, adakah Anwar rela menyerahkan satu atau dua kerusi kepada mahasiswa yang masih belum teruji kemampuan dan pengaruh mereka?

Apa yang pasti, tiada laluan mudah untuk SMM! Ini ikrar kami.
  

SMM MAHU LETAK CALON DALAM PRU 13? SILAKAN

SMM nak bertanding dalam PRU?


Pagi-pagi lagi dah santap berita macam ni, memang terujalah. Kami Blogger Kapak mengalu-alukan hasrat SMM itu. Silakan bertanding. Mudah kerja kami nanti nak bongkarkan satu per satu supaya rakyat kenal dan faham siapa kamu semua yang sebenar.

You pull the trigger, then we'll bomb you! 

ADAM ADLI SAHKAN AKAN BERTANDING DALAM PRU-13??

Syahid Zaini, Haziq dan Safwan Anang. Tiga orang mahasiswa pro-pembangkang
yang terlibat dalam demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan kini, sedang
digantung pengajian. 


Beberapa buah blog pagi ini memainkan berita tentang hasrat kumpulan mahasiswa pro-pembangkang menyertai pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Penyertaan mereka bukan setakat berkempen untuk pembangkang atau membantu mengadakan rapat umum, tetapi mereka sendiri nak hantar calon! Maknanya, mereka cuba mencari tempat dalam kem Pakatan Rakyat untuk menghantar wakil. Agak-agak, diterima atau tidak?

Selepas menganjurkan demonstrasi liar menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 dan mengadakan perkhemahan Occupy Dataran di Dataran Merdeka, kumpulan mahasiswa ini sudah mendabik dada kononnya mereka layak menjadi wakil rakyat.

Menurut Haziq Abdullah, pelajar UM yang sedang menjalani hukuman penggantungan satu semester, mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat bagi mendapatkan laluan yang sesuai. 

Besar sungguh cita-cita mereka ini. SB harap mereka mengambil iktibar daripada sejarah apabila Parti Mahasiswa Negara (PMN) tiba-tiba muncul menjelang pilihan raya umum ke-12 tetapi terus menyepi selepas kalah dalam semua penyertaan. 

Rakyat Malaysia tidak memerlukan perjuangan yang bersifat sementara. Malah rakyat semakin bijak menolak perjuangan yang hanya bergantung kepada isu untuk meraih simpati. Tanpa sebarang rekod pencapaian yang bagus, adalah sukar bagi mana-mana individu atau parti merebut undi dalam mana-mana pilihan raya di negara ini.

Inikan pula mahasiswa seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath dan rakan-rakan yang lain. Apakah rekod mereka? Panjat pagar? Turunkan bendera? Usung keranda? Atau batu nesan? 

11, 764 TAK PERLU BAYAR HUTANG PTPTN - ADAM ADLI MEROYAN LAGI

Mahasiswa universiti menunggu giliran menerima ijazah masing-masing.

Seramai 11, 764 orang graduan menarik nafas lega kerana tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohammed Said, pelepasan yang diberikan itu juga merupakan salah satu bentuk penghargaan daripada kerajaan kepada mahasiswa di atas usaha gigih yang ditunjukkan di samping membantu mengurangkan bebanan selepas menamatkan pengajian mereka.

Berita ini juga seharusnya menyuntik semangat mahasiswa lain yang masih menuntut untuk berusaha lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dan meraih anugerah biasiswa yang ditawarkan oleh PTPTN itu. 

Kepada SMM, anda juga sewajarnya mengambil iktibar daripada berita ini. Tidak semua perkara boleh dipercumakan kerana kita mengejar kualiti, bukan kuantiti.

Sunday, 20 May 2012

FILEM PENDEK UNTUK ADAM ADLI DAN KHALID ISMATH SYIAH

Filem pendek ini WAJIB ditonton oleh seluruh pimpinan Pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan yang sebulu dengan mereka. Mohon sebarluaskan!!


cc :
KHALID ISMATH
ADAM ADLI
SAFWAN ANANG
SYAHID ZAINI
SHUKRI RAZAB
SYAZNI MUNIR
AKRAM IKRAMI
YUYU LUNA
ROHAYU RUSLI
MASTURAH ABU BAKAR

PIMPINAN PMI, SIGMA, INSPIRASI, KAMI, AKSI DAN LAIN-LAIN.

MARIA CHINA DISERGAH KETUA POLIS NEGARA?


"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah.

Ia susulan dua orang anggota polis didakwa di mahkamah kerana mengasari petugas media ketika menangani rusuhan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Maria Chin Abdullah marah kerana menurut beliau, masih ramai anggota polis perlu diheret ke muka pengadilan. Berdasarkan bukti-bukti yang dimilikinya, maka Maria mahu semua anggota polis yang terlibat itu didakwa segera.

Tapi Maria langsung tak sentuh soal keganasan yang dilakukan oleh Perusuh 28 April ke atas pihak polis. Kereta, motosikal dan MPV milik PDRM dirosakkan tapi itu semua tidak penting pada Maria.

Yang Maria nampak ialah polis ganas, polis kejam, polis zalim. Polis itu alat kerajaan untuk menjahanamkan demonstran BERSIH. Soal demonstran merusuh bukan isu penting kerana mereka mempunyai kebebasan untuk bertindak.

Akhirnya, polis jugalah yang teraniaya. Mereka yang merancang demonstrasi, mereka yang hilang kawalan, kemudian anggota polis yang hanya bekerja cari makan untuk diri dan keluarga terpaksa tanggung akibatnya.

Ironinya, sampai hari ini, belum ada seorang pun Perusuh 28 April dibicarakan. Inilah keadilan yang dimahukan oleh Maria Chin Abdullah agaknya.


ANDA INGIN BERSUARA? NAH INI TEMPATNYA, PRO-M!!


Tahniah diucapkan kepada mahasiswa USM kerana menganjurkan program diskusi begini. Berbanding berdemo, usung batu nesan, terpekik terlolong memaki hamun orang lain, lebih baik duduk berdiskusi secara sihat dan ilmiah. 

IRSHAD MANJI BAKAL JADI IKON LESBIAN ISLAM


Doktrinisasi pluralisme agama bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang bukan Islam. Ia juga kini sedang giat digerakkan oleh ejen-ejen dalam kalangan orang Islam sendiri.

Pluralisme agama dianggap sebagai satu bentuk fahaman yang lahir daripada jenayah pemisahan agama daripada disiplin-disiplin ilmu ketika tersebarnya ideologi sekularisme di Barat ratusan tahun dahulu yang dipelopori antaranya oleh Rene Discartes.

Salah satu kaedah penyebaran fahaman ini ialah melalui karya penulisan kreatif seperti yang digerakkan oleh Salman Rushdie dan Irshad Manji, dua orang tokoh pejuang LGBT dan Seks Bebas dalam kalangan penganut Islam muktahir ini.

Di Malaysia, karya Salman Rushdie terutamanya The Satanic Verse telah pun diharamkan penerbitan dan pengedarannya oleh Kementerian Dalam Negeri. Namun, karya-karya yang dihasilkan oleh Irshad Manji nampaknya masih boleh didapati dengan mudah di negara kita.

Manakala bagi bukunya yang telah diharamkan seperti Reformist Al-Quran - A Progressive  21st Century Translation, Irshad Manji telah menyediakan fail muat turun secara percuma dalam terjemahan Bahasa Melayu untuk rakyat negara ini.

Di sini kita dapat lihat bahawa usaha golongan pluralisme agama yang disokong oleh Barat sebenarnya sangat serius sehingga mampu menyediakan fail muat turun percuma untuk negara-negara yang mengharamkan buku-buku Irshad Manji ini. Soal keuntungan bukanlah faktor utama asalkan fahaman itu dapat disebarluaskan. Itu matlamat mereka yang sebenar!

Justeru Kementerian Dalam Negeri dan SKMM perlu bertindak lebih tegas membendung penyebaran fahaman ini di Malaysia, atau kita bakal berdepan dengan keruntuhan moral dan akidah umat Islam yang dahsyat kelak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar