Pages

Tuesday, 5 June 2012

ANWAR HASUT JANGAN BAYAR PINJAMAN PTPTN?

Anwar Bin Ibrahim
Semalam, Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada orang ramai dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh sambil diiringi laungan takbir dari penyokong Pas.

Anwar juga berjanji, Pakatan Rakyat akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Skim PTPTN akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.

Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

Sumber SINI.

Ini Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang bercita-cita besar mahu jadi Perdana Menteri Malaysia. Kerana nafsunya itu, Anwar sanggup berjanji apa-apa sahaja.

Kalau di peringkat kampus, kita juga berhadapan dengan segelintir pemimpin mahasiswa yang mempunyai persamaan seperti Anwar. Apa persamaannya? Persamaan mereka adalah dalam menabur janji-janji yang manis dan indah-indah.

Kumpulan mahasiswa ini dahulunya dikenali sebagai pejuang-pejuang idealis sehingga digelar sebagai grup Idealis Mahasiswa. Asas perjuangan mereka ini diserap daripada semangat sosialisme yang berakar umbi jauh hingga ke dalam fahaman komunisme. Ia kompleks untuk diterangkan dalam ruang singkat sebegini.

Kumpulan ini selalunya tampil dengan idea-idea yang sangat memukau. Kebebasan akademik, autonomi mahasiswa, kuasa mahasiswa dan bermacam lagi slogan yang gempak-gempak. Kerana itulah juga mereka digelar Idealis, kerana idea-idea mereka yang bersifat amat ideal (cantik, sempurna dan tiada cacat celanya).

Namun, relevankah perjuangan sebegini? Kebebasan yang menjadi akar dalam setiap tuntutan mereka kadang-kala bersifat amat mutlak, tanpa ada batasan-batasan lagi.

Untuk mencapai matlamat tersebut pula, mereka akan mencipta pelbagai slogan yang boleh menggegarkan hati dan jiwa kita sehingga mengaburi kuasa akal untuk berfikir secara rasional.
Misalnya, pernah sebelum ini kumpulan mahasiswa tertentu membuat tuntutan supaya mereka diberikan hak untuk mengurus sendiri pilihan raya kampus, mengambil bahagian dalam Majlis Senat Universiti atau Lembaga Pengarah dan menentukan kewangan universiti.

Kemudian, kita dengar pula muktahir ini, mereka menuntut supaya pendidikan tinggi diberikan percuma, yuran pengajian dihapuskan dan mereka bebas untuk berpolitik di dalam kampus. Sewenang-wenangnya. Untuk apa semua ini? Supaya akademik jadi nombor dua dan supaya mahasiswa boleh bertindak seperti orang politik di luar sana? Hanya kerana anda mahasiswa?

Malangnya, suara-suara beginilah yang akhir-akhir ini begitu lantang kedengaran di sana sini. Anwar Ibrahim tidak kisah dengan implikasi-implikasi yang akan berlaku kerana beliau hanya fikirkan undi daripada rakyat. Tetapi bagaimana dengan mahasiswa yang hanya mempunyai tiga hingga lima tahun sahaja di kampus?

Adakah Anwar akan pastikan setiap daripada kita nanti boleh hidup dengan lebih baik sekiranya dasar-dasar, atau lebih tepat, janji-janji manisnya itu dilaksanakan? Jika kamu jadi PM, adakah hidup kami akan jadi lebih baik wahai Anwar bin Ibrahim?

Kita tidak tahu. Kita hanya terpesona dengan kata-katanya yang memukau dan diulit dengan janji-janjinya yang amat manis, tapi kita tidak tahu langsung adakah Anwar mampu melakukan setiap yang diperkatakannya.

Mari SB ajak anda semua renungkan beberapa perkara. Kampung Buah Pala, Janji 16 September, dan segala macam manifesto lain yang diperkenalkan di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang ketika ini, apa cerita dengan semua itu?

Tak perlu banyak-banyak, cukup saja kalau anda tanyakan kembali, apa jadi dengan Janji 16 September Anwar Ibrahim?

Monday, 4 June 2012

BALA-BALA!! IMAM KAHWINKAN GAY??!!

Zahed Ludovic Mohamed dan 'suaminya' Qiyam Al-Din.

Tidak dapat dipastikan sama ada pasangan lelaki muslim yang berkahwin atas dasar cinta ini merupakan penyokong mana-mana pemimpin atau parti politik di Malaysia. Khabarnya, perkahwinan mereka disempurnakan sendiri oleh seorang Imam yang juga gay. Cerita lanjut, klik SINI.

KONGRES PKPMI TERUS BAWA AGENDA ASPIRASI MAHASISWA

Alhamdulillah Kongres Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) kali ke 38 telah diadakan di Medan pada 1-3hb Jun. Pemilihan baru telah pun diadakan.

Selama 5 tahun saya berjuang dlm organisasi mahasiswa, 3 tahun atau 2 penggal/sesi untuk PKPMI Pusat (2009-2012), banyak yang telah kami perjuangkn buat mahasiswa.

Dengan penggal pertama membawa dasar kebajikan, keselamatan dan kesatuan mahasiswa, seterusnya kongres yang lepas membawa agenda PROFESIONALISME, kongres kali ini kami maju setapak lagi membawa gagasan PENGANTARABANGSAAN/ GLOBALISASI PKPMI.

Insya-Allah kami PKPMI akan terus membawa agenda ini, dan juga akan terus menjaga kebajikan mahasiswa.

Pemimpin datang dan pergi, agenda persatuan tetap diteruskan.

Berikut adalah pemimpin yang akan meneruskan perjuangan kami memimpin 16 cawangan PKPMI SeIndonesia, membawa suara 6000 mahasiswa:


YDP PKPMI Pusat Sesi 12/13

Ahmad Nabieh (Jakarta)

TYDP PKPMI Pusat sesi 12/13

Muhammad Hafiy (Makassar)

Doakan buat kami mahasiswa di sini. Segala salah dan silap kami harap dimaafkan. Kami ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada KPT diterajui oleh pimpinan Dato Seri Khaled Nordin dan kepada Education Malaysia Indonesia yang telah banyak membantu kami mahasiswa di sini. Moga hubungan baik ini akan terus berkekalan. Insya-Allah.

Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin
Mantan YDP PKPMI Pusat Sesi 11/12

BUKTI PAS KEMARUK DEBAT!


Orang nak bermuzakarah demi kepentingan orang Islam dan orang Melayu, tapi yang sebelah sana asyik nak berdebat, nak tunjuk siapa lebih hebat dan cerdik agama!

UMNO DALANG POTONG KABEL MALAYSIAKINI??

Malaysiakini, portal pro-pembangkang paling istiqamah menyerang kerajaan, semalam membuat laporan polis selepas mendapati salah satu kabel gentian optiknya 'dipotong' oleh pihak tertentu.

Menurut Pengurus Teknologi Maklumat portal tersebut, Danny Hong, mereka tidak menolak ia adalah satu perbuatan sabotaj.

"Lama berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan tersebut merupakan
satu perbuatan sabotaj" - Mkini.

Persoalannya, siapa yang nak sabotaj? Benarkah ia dipotong oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan portal tersebut, atau ada muslihat lain? Belum pun selesai siasatan polis, mereka sudah buat telahan sendiri. 

Tak cukup dengan itu, ruang komentar yang dibuka juga menjadi medan kepada penyokong-penyokong pembangkang menjadi penyiasat tidak bertauliah.

Walaupun hal ini bersifat terpencil, namun polisi portal tersebut yang membenarkan pembaca menghantar komen secara bebas dan terbuka hanya mengeruhkan keadaan ini. 

Anda boleh lihat sendiri komen-komen yang dilontarkan. Semuanya menuduh UMNO dan Barisan Nasional tetapi tiada siapa pun yang tampil mengemukakan bukti.

Jika hal ini ditanyakan kepada orang UMNO atau Barisan Nasional, maka sudah tentulah dinafikan keras-keras. Maka wujudlah polemik, kau tuduh aku, aku tuduh kau. Sampai bila?

Pada titik ini, kita akan kehilangan punca dalam perkelahian yang sebenarnya dicetuskan oleh pihak lain. Tanpa hujung pangkal, kita bercakaran sesama bangsa.

Sunday, 3 June 2012

KEGEMBIRAAN USTAZ KAZIM ELIAS AL-HAFIZ




Ustaz Kazim sedang mengajar sekumpulan kanak-kanak yang mengikuti kem motivasi khas di Pusat Pendidikan Al-Barakah sempena cuti sekolah ketika ini.



Gambar-gambar di atas SB cilok dari fanpage  Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, pendakwah terkenal tanah air. 

Selain mengabdikan dirinya dengan memenuhi undangan ceramah dan kerja dakwah yang lain, Ustaz Kazim juga menguruskan sebuah pusat pendidikan yang dikenali sebagai Pusat Pendidikan Al-Barakah yang terletak di Manjoi, Perak. |SINI|

Ustaz Kazim yang SB kenali memang seorang daie yang gigih berdakwah. Cintanya kepada dunia dakwah tidak pernah luntur. Kalau tidak keluar berceramah, beliau pasti akan mencurahkan ilmunya di pusat pendidikan tersebut.

Apa yang menarik perhatian ialah konsep pusat pendidikan yang diusahakannya itu terbuka kepada semua peringkat usia sekali gus memudahkan orang ramai mendekati kaedah dakwah  yang dipraktikkan.

Lebih penting, beliau juga sangat bersederhana dalam mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada orang awam. Hal ini meletakkan Ustaz Kazim dalam kedudukan yang tersendiri dan mempunyai  audien yang setia mengikuti setiap kuliahnya.

Semoga Ustaz Kazim dan keluarga terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menebarkan ilmu-ilmu Islam di muka bumi ini, insya-Allah.

MESTI BACA!!! SIAPAKAH ULAMAK JAHAT?



Asy-Syathibi mengatakan, "Ulama su' adalah ulama' yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui." Anas meriwayatkan: 

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Kerana itu, jauhilah mereka". (HR al-Hakim). 

Muadz bin Jabal membahagi ulama su' di dalam tujuh tingkatan neraka. 

Tingkat pertama: ulama yang jika mengingatkan manusia, ia bersikap kasar; jika diingatkan manusia, ia menolak dengan tinggi hati. 

Tingkat kedua: ulama yang menjadikan ilmunya alat untuk mendapatkan pemberian penguasa. 
Tingkat ketiga: ulama yang menahan ilmunya (tidak menyampaikannya). 

Tingkat keempat: ulama yang memilih-milih pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang orang-orang yang memiliki kedudukan rendah. 

Tingkat kelima: ulama yang mempelajari berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak pembicaraannya. 

Tingkat keenam: ulama yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti dan ia berkata kepada orang-orang, "Bertanyalah kepadaku." Orang itu ditulis di sisi Allah sebagai orang yang berpura-pura atau memaksakan diri dan Allah tidak menyukai orang demikian. 

Tingkat ketujuh: ulama yang menjadikan ilmunya sebagai kebanggaan dan kepuasan intelektual saja. 

Kerana semua itu, al-Ghazali mengingatkan, "Hati-hatilah terhadap tipu daya ulama su'. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada syaitan. Sebab, melalui merekalah syaitan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, "Ya Allah berilah ampunan." 

Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, "Mereka adalah ulama su'." 

Wallahualam. 

Sumber : SINI

ADAKAH ANWAR TOKOH PEMBAHARU AGAMA?

Apa yang tak kena?

Sambil menantikan hari cerah, SB berjalan ke dinding Facebook rakan-rakan. Tinjau-tinjau perkembangan terkini, lalu terjumpa gambar printscreen seperti di atas. SB percaya, ia gambar lama. Tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan gambar ini. 

Pluralisme dan agama. Satu isu yang sentiasa relevan dalam kehidupan kita sebagai umat Islam muktahir ini, bahkan menjadi semakin penting untuk kita ambil maklum. 

Hari ini Islam ditentang dari pelbagai sudut. Pencerahan atau tanwiri ke atas Islam cuba dilaksanakan oleh golongan pluralis agama. Mereka berbicara tentang Islam dengan begitu lunak. Tetapi percayalah, mereka bukan individu yang layak membawa pembaharuan, atau digelar pembaharu. Mereka menyimpangi jalan sunatullah, bahkan!

Islam tidak menolak sama sekali kepelbagaian agama atau kepercayaan kerana ia bersifat natural, alami. Kerana sifat fundamental itulah justeru Rasulullah SAW diutus untuk menyelamatkan umat manusia bersama kerahmatan yang tiada tandingan.

Tetapi Islam menolak kepercayaan bahawa semua agama menuju kebenaran yang sama, atau dalam istilahnya disebut pluralisme agama. Ironinya pula, inilah yang cuba didendangkan oleh golongan pluralis agama global termasuk di negara kita. Insya-Allah, SB akan kupas isu ini dalam entri-entri selepas ini.

SB tolak Anwar Ibrahim bukan kerana namanya Anwar Ibrahim, tapi kerana sekian banyak bukti yang ditampilkan oleh sekian banyak orang yang mengenalinya secara peribadi yang menunjukkan bahawa pemimpin utama Pakatan Rakyat ini sedang menuju jalan yang salah.

Rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswa, bukalah mata dan pintu hati kalian untuk melihat bukti-bukti yang ditampilkan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar