Perbezaan dua keping gambar. Yang atas diedit menggunakan teknik crop picture. Yang bawah imej sebenar. |
Kata Abu Islam Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari, kebenaran tidak terletak pada berapa ramai penyokongmu atau pada majoriti yang kamu milik, tetapi sejauh mana kamu berpegang pada kebenaran.
Perhimpunan Hijau 2.0 yang diuar-uarkan sebelum ini telah selesai. Notis 24 jam juga telah dikeluarkan kepada kerajaan supaya menghentikan projek Lynas. Jika enggan, Hijau 3.0 pada skala yang lebih besar akan menyusul.
Mantap gila kan pembangkang di Malaysia. Boleh bagi notis 24 jam kepada kerajaan. Tapi SB percaya, kerajaan tak akan goyah sama sekali. Bagi SB, tak perlu dilayan kerenah antiestablishment begini.
Bagi yang mengikuti perkembangan Lynas ini, pasti akan menolak sikap keterlaluan pihak pembangkang kita. Seperti sikap mereka yang seronok berdemonstrasi, kaedah yang sama digunakan dalam isu ini.
SB yakin sebahagian besar adalah orang muda dan golongan mahasiswa sendiri. Selebihnya ialah penyokong-penyokong tegar pembangkang. Puak ni kalau pemimpin minta berhimpun bila-bila masa sahaja akan turun, tak kiralah apa isu sekali pun.
Persoalannya, adakah pimpinan pembangkang telah berlaku adil dalam memberikan kesedaran tentang bahaya kilang ini? Bagaimana agaknya kualiti penyampaian sewaktu perhimpunan itu? Adakah semua peserta mendapat gambaran yang jelas?
Sekali pandang, kaedah yang digunakan ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam iaitu tarbiyah yang membentuk jemaah. Kaedah yang digunakan mereka ialah bentuk jemaah kemudian baru tarbiyah. Ada perbezaan yang jelas dalam kaedah-kaedah ini, iaitu kualiti tarbiyah yang dilakukan. Tarbiyah dalam konteks Lynas ialah memberikan maklumat yang adil dan tepat.
SB amat berharap seluruh anggota masyarakat terutamanya golongan mahasiswa dapat menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu Lynas ini. Lynas bukan untuk dipolitikkan. Ia 100% tentang akademik, bukan politik.
4 comments:
Salam...
Boleh tahan ramainya tu, sapa cakap tak ramai... tapi kalau ramai2 kena mmg kantoi kena tipu lah... tgk sapa yg datang?
Kalau setakat kilang kimia biasa, buat apa berdemo mcm org yg x tahu kimia? kot2 org yg datang waktu tu orang fail kimia kot... atau yang tak ambik kimia langsung...
Kalau nak berdemo pasal ada loji radioaktif kenapa tak berdemo di Bangi, yang ada satu loji radioaktif, siap ada uranium lagi? Setakat Lynas, setakat lanthanides tak ada apanya... LOL :)
ini gambar yg berbeza, jika nk bandingkan kena tunjuk gambar yg sama. gambar yg diatas adalah gambar yg di zoom jarak dekat, yg kt bwah gambar dari jauh. xboleh nk beza ke??
org yg buat blog ni agaknya lom dapat hidayah kot,ahahahhaaa
yang cakap tu mcm dah dapat hidayah jer... Kaji dulu lynas tu baru nak demo. belajar dulu baru boleh tunjuk pandai...kesian pada mereka yang berkumpul tu. bila disoal pasal lynas, sekor pun xbleh jawab. sumen jadi ekor kuda jer...
Post a Comment