PRU-14 yang dijangka berlangsung
dalam tempoh 2 atau 3 tahun dari sekarang bakal didominasi oleh golongan muda,
dengan sebahagian besar daripadanya terdiri daripada kelompok terpelajar yang cakna akan perkembangan politik semasa.
Bercakap tentang hal ini, tidak
dapat tidak kita terpaksa mengakui bahawa golongan muda terpelajar ini
sebahagian besarnya terdiri daripada kumpulan mahasiswa yang telah, sedang dan
akan menuntut di dua puluh buah universiti awam (UA) dan ratusan buah lagi
institusi pengajian swasta di seluruh negara.
Apakah kecenderungan politik
golongan ini? Sehingga kini belum ada kajian yang khusus mengukur
sokongan mahasiswa-mahasiswi di Malaysia, baik terhadap kerajaan mahupun
pembangkang.
Namun, umumnya, mahasiswa di
Malaysia pada ketika ini lebih cenderung menaakul isu berbanding menyatakan
minat secara spesifik terhadap mana-mana organisasi politik.
Keterbukaan sumber maklumat yang
mudah pula diperolehi melalui pelbagai platform media sosial menjadikan
mahasiswa lebih kritikal dalam menyatakan sesuatu pendapat atau idea. Tidak
dinafikan, suara-suara mahasiswa adakalanya lantang, pedas dan menghiris tetapi
itulah sahaja cara golongan ini memberikan signal kewujudan mereka dalam kancah
politik negara.
Pun begitu, tatkala rata-rata
mahasiswa memilih bersikap ‘bebas’ dan neutral (for whatever reason), terdapat
juga segelintir yang lainnya memilih untuk bertindak lebih radikal atau
kritikal termasuk menubuhkan gerakan-gerakan sendiri.
Sebagai contoh, muktahir ini
wujud gerakan baharu yang menggunakan nama Kesatuan Mahasiswa Malaysia
(KESATUAN) dengan menggabungkan lebih dua puluh buah persatuan atau pertubuhan propembangkang daripada universiti-universiti awam dan swasta seluruh negara.
Sebahagian daripada aktivis KESATUAN ketika menyertai Konvensyen Mahasiswa Nasional 2015 di Hotel Armada, Petaling Jaya pada 9 Mei 2015. |
Sehingga kini, KESATUAN masih
belum didaftarkan secara sah dan dipercayai akan kekal sebagai gerakan tidak
berdaftar yang wujud kononnya sebagai suara ketiga atau pendesak dan pengimbang
kepada kuasa-kuasa politik arus perdana.
Adakah gerakan ini bakal
meninggalkan impak yang signifikan menjelang PRU-14? Masih terlalu awal untuk
memberikan sebarang penilaian. Namun, SB percaya sedikit sebanyak kehadiran
mereka akan meninggalkan kesan apatah lagi sejak dari awal penubuhannya iaitu
pada 14 Mei 2015, kumpulan ini telah pun berdamping dengan pemimpin-pemimpin
pembangkang seperti YB Amiruddin Shaari dan A. Samad Said serta beberapa nama lagi.
Jelas di sini, Pakatan Rakyat sudah menyusun gerakerja awal mereka dalam memenangi hati mahasiswa di Malaysia - sesuatu yang wajar diberikan perhatian secara serius oleh parti-parti komponen Barisan Nasional khususnya UMNO.
1 comment:
"Mahasiswa" banggang menghasilkan "graduan" banggang....
Takpe la...lulus jurusan sastera am pun boleh jadi TPM suatu ketika dulu....hanya perlu pandai MENIPU dan BERETORIK.
Baru jadi mahasiswa, dah nak berlagak bagus? Takpe la....minima untuk jadi MP adalah SRP kan?
Post a Comment