Pages

Wednesday 16 May 2012

BUZZE AZAM LAWAN HANTU MAJLIS PEGUAM

Buzze Azam bersama Anwar Ibrahim.

Peguam Khairul Azam Abdul Hafiz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam hari ini memulakan prosiding menyaman Majlis Peguam susulan pendedahannya baru-baru ini tentang kepincangan yang berlaku dalam badan peguam tersebut. Satu fanpage khas menyokong Buzze Azam melawan Majlis Peguam (Bar Council) juga dilancarkan bagi memberi peluang kepada orang ramai menyertai usahanya ini.

Kenyataan yang dihantar oleh Buzze Azam di dinding FBnya sebentar tadi.

Video di bawah pula merakamkan ucapan Buzze Azam berhubung isu ini yang dijangka akan menggegarkan Majlis Peguam termasuk Ambiga yang sering bertindak di sebalik nama  majlis tersebut termasuk dalam isu seperti Seksualiti Merdeka, LGBT, Interfaith Council dan BERSIH.


Selamat Berjuang Buzze Azam! 
Anda wira rakyat menentang Majlis Peguam!!

Nota : Di bawah ialah kenyataan media yang disediakan oleh Buzze Azam bertarikh 12 Mei 2012.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada rakan-rakan wartawan yang hadir ke Sidang Media Khas ini. Saya, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz, seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan beramal di Tetuan Azam Aziz & Co.
Majlis Peguam melalui Circular No 092/2012 bertarikh 4 hb Mei 2012 kepada semua Ahli Majlis Peguam dan Pelatih Dalam Kamar satu Notis EGM Malaysian Bar yang di adakan pada 11 hb Mei 2012 jam 3 petang bertempat di Sunway Putra Hotel KL. Notis tersebut turut mengandungi Agenda EGM iaitu :-
1. “ To discuss the motion in relation to the events of and surrounding the public rally on 28 April 2012 organised by BERSIH 3.0, and matters in connection therewith, proposed by Lim Chee Wee (Chairman Bar Council) on behalf of the Bar Council dated 4 May 2012; and”
2. Any other matters.
Saya telah hadir ke lokasi EGM kira-kira jam 3.10 minit petang pada hari tersebut. Saya telah beratur di kaunter pendaftaran dan apabila tiba giliran saya, urusetia bahagian pendaftaran telah bertanyakan nombor keahlian saya. Selepas beliau membuat semakan komputer dan mengesahkan nama saya, saya di minta menandatangani borang kehadiran dan terus di berikan pelekat sebagai pas masuk ke dalam dewan.
Saya memasuki dewan kira-kira jam 3.30 petang dan EGM baru hendak di mulakan. Saya melihat dewan yang berkapasiti 1,000 tempat duduk itu hampir penuh dan saya melihat ada tagging untuk kawasan tempat duduk bagi Peguam dan Pelatih Dalam Kamar. Namun saya dan semua orang di dalam dewan kelihatan bebas untuk duduk di mana-mana berdasarkan perbezaan warna stiker yang di pakai oleh masing-masing. Saya sendiri duduk di barisan kerusi bertanda “Chambering Pupils” dan tiada sesiapa menghalang saya daripada duduk di situ.
Begitu juga dengan Chambering Pupils yang saya lihat turut duduk di celah-celah peguam yang lain di barisan-barisan berhadapan dengan saya. Saya melihat Peguam akan memakai stiker bewarna Oren dan Pelatih dalam kamar memakai stiker bewarna biru dan saya juga melihat stiker bewarna kuning yang saya tidak pasti apa statusnya dan semuanya duduk bercampur-campur di merata-rata tempat.
Presiden Majlis Peguam ketika ingin memulakan EGM mengumumkan kehadiran melebihi 1,000 orang dan menurut beliau korum telah mencukupi. Beliau juga bersenda apabila menyatakan bahawa kehadiran ke EGM ini jauh melebihi kehadiran ahli Bar Council ke AGM Tahunan Bar Council dan di sambut tepukan dan sorakan mereka yang hadir. Kira-kira 30 minit saya duduk di dalam dewan tersebut, saya bangun menuju ke mikrofon untuk memohon izin bercakap.
Apabila keizinan di berikan, saya merujuk kembali kepada angka 1,000 lebih ahli yang hadir seperti yang di umumkan oleh Presiden Majlis Peguam sebentar tadi. Saya menuntut agar beliau menyatakan secara spesifik daripada 1,000 orang yang hadir itu berapa ramaikah antaranya merupakan Peguam dan Pelatih Dalam Kamar kerana saya melihat 3 warna stiker yang berbeza berselerakan duduk di dalam dewan. Saya mencadangkan agar kaedah pengiraan yang lebih telus dan professional di gunakan untuk mengesahkan korum. 
Saya mempersoalkan sedemikian kerana saya ragu-ragu samada benar atau tidak korum 500 orang Peguam itu telah mencukupi kerana Pelatih Dalam Kamar tidak lagi di kira sebagai ahli Majlis Peguam dan mereka tidak layak mengundi. Saya juga mempersoalkan tentang keabsahan identiti semua orang yang hadir ke EGM pada hari tersebut kerana ketika pendaftaran, Urusetia langsung tidak meminta apa-apa dokumen pengenalan diri dari saya dan hanya semata-mata percaya kepada sebutan nombor keahlian saya.
Saya juga melihat semua yang mendaftar di kaunter pendaftaran dalam jarak dan selang masa yang sama seperti saya juga tidak di minta mengemukakan apa-apa bukti dokumen pengenalan diri. Saya merasakan ramai “pengundi hantu” bakal mengundi dalam EGM Bar Council ini.
Saya juga mengesahkan beberapa orang wartawan dan orang awam telah menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai “Peguam” kerana beberapa orang daripada mereka telah menemui saya di luar dewan dan menyatakan sokongan mereka terhadap persoalan yang saya telah timbulkan dan apabila saya ingin bertukar-tukar namecard dengan mereka serta bertanya mereka dari firma yang mana, mereka tersenyum lalu menunjukkan id PRESS kepada saya yang di sembunyikan di dalam poket. Dan mereka memakai stiker berwarna Oren sama seperti “Peguam” yang lain.
Saya juga mempersoalkan tentang stiker yang di berikan kepada setiap “ahli” kerana tiada terdapat sebarang nombor siri atau ciri-ciri keselamatan tertentu bagi mengelakkan bilangan stiker di keluarkan melebihi jumlah kehadiran atau stiker tersebut boleh sewenang-wenangnya di berikan kepada sesiapa sahaja kerana langsung tiada identifikasi nombor siri dan identity pemakainya di adakan oleh sebuah badan yang di katakan professional seperti Bar Council.
Presiden Bar Council menjawab bahawa “Ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali AGM atau EGM Bar Council sejak sekian lama dan beliau menyindir saya dengan menyatakan saya perlu membiasakan diri dengan “tradisi” dalam Majlis Peguam seperti ini kerana beliau lebih lama menjadi ahli berbanding saya”.
Saya tidak berpuas hati dengan jawapan beliau tersebut dan saya mengulangi kesangsian saya terhadap identity semua yang hadir di dalam dewan EGM dan seterusnya mewajarkan untuk saya mempercayai bahawa korum 500 orang Peguam itu tidak dapat di sahkan dan seterusnya saya meragui kesahan perjalanan EGM ini mengikut peruntukan seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum. Walaupun saya berseorangan dan di sorak dengan pelbagai ajukan provokasi terhadap saya, saya tetap kekal berdiri mempertahankan pendirian saya. Sesungguhnya Kebebasan Bersuara saya seperti yang terjamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kelihatan tidak di hormati oleh majoriti “peguam” di dalam dewan EGM tersebut.
Apabila tiba waktu mengundi, saya melihat system yang di gunakan oleh sebuah badan yang kononnya professional ini tiada bezanya dengan kaedah pemilihan ketua darjah murid di sekolah rendah iaitu secara mengangkat tangan. Walaupun Presiden Majlis Peguam mengingatkan bahawa Pelatih Dalam Kamar tidak boleh mengundi, tetapi saya melihat dengan jelas mereka yang memakai stiker selain daripada warna oren turut mengangkat tangan. Hanya 6 orang di tugaskan untuk mengira tangan yang di angkat oleh melebihi 1000 orang dalam dewan tersebut.
Kemudian Presiden Majlis Peguam dengan bangganya mengumumkan bahawa seramai 1265 orang hadir ke EGM tersebut dan 939 orang mengundi bersetuju dengan usul manakala hanya 16 orang ahli yang tidak menyokong usul. Maka “rules of majority” terpakai.
Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara pengendalian EGM sebuah badan yang di katakan Profesional dan berpengaruh seperti Bar Council ini terutamanya ketika Bar Council terlalu lantang mengkritik menuntut supaya pembersihan daftar pemilih SPR, mengkritik kesilapan menaip nombor kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih, menimbulkan keraguan terhadap beberapa nombor kad pengenalan pengundi yang bertindan, memperjuangkan penggunaan dakwat kekal dalam pengundian, menunjukkan perasaan anti terhadap kewujudan Pengundi Hantu dalam daftar pemilih menuntut SPR supaya bersikap Profesional dan berbagai lagi tuntutan Bar Council sebelum ini TETAPI MALANGNYA proses perjalanan EGM dan AGM Bar Council ini sendiri carca marba dan di penuhi pengundi hantu yang berlakon sebagai “Peguam”.
Jika mengendalikan EGM untuk jumlah 1000 orang pun kelihatan carcamarba, tidak sistematik, menyediakan banyak ruang untuk penipuan pengundian, ketiadaan satu system daftar pemilih untuk hanya 1000 orang peguampun gagal di lakukan oleh Majlis Peguam, bagaimana mereka boleh tanpa rasa malu mempertikaikan pihak lain yang terpaksa menguruskan daftar pemilih bagi berjuta orang pengundi dan melibatkan lokaliti pengundian di seluruh Negara yang di desaknya seharusnya sempurna sedangkan EGM Bar Council sendiri ramai pengundi hantu? 
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Ayam berkokok berderai-derai, ekor sendiri bergelumang tahi.
Kuman seberang lautan jelas nampak, gajah di depan mata tak nampak pulak.
Jika tinggal di rumah kaca, jangan membaling batu ke rumah kaca jiran sebelah.
Jangan bercakap soal kebersihan jika diri sendiri adalah pengotor.
Oleh itu, DEMI UNTUK MEMELIHARA INTEGRITI DAN PROFESIONALISME BADAN PEGUAM DARIPADA DI ROSAKKAN SECARA SEWENANG-WENANGNYA OLEH INDIVIDU-INDIVIDU BERKEPENTINGAN TERTENTU DAN DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP SIKAP BERKECUALI DAN BERTINDAK MENGIKUT SALURAN PERUNDANGAN BERASASKAN PRINSIP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, saya dengan ini memanggil Sidang Media Khas ini untuk memaklumkan bahawa SEBAGAI AHLI MAJLIS PEGUAM, SAYA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGGUNAKAN SALURAN PERUNDANGAN YANG SAH UNTUK MENGEMBALIKAN INTEGRITI MAJLIS PEGUAM.
Maka saya berhasrat untuk mengambil satu tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam yang antara lain permohonan saya kepada mahkamah nanti meliputi SATU PERMOHONAN DEKLARASI BAHAWA EGM BAR COUNCIL BERTARIKH 11 HB MEI 2012 SEBAGAI TIDAK SAH DAN TERBATAL.
Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah nanti untuk membuat sebarang keputusan dan perintah.
Sekian dan terima kasih.
Bertarikh : 12 hb Mei 2012

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar