VCD cetak rompak KL Gengster 2 begitu mudah diperolehi di Pulau Pinang. SB bukan nak promosi, tapi nak bangkitkan di sini. Salah satu sarang penjualan paling popular ialah di Kompleks Beli Belah Bukit Jambul.
Di kompleks ini terdapat beberapa unit lot niaga yang disewa oleh tokeh-tokeh Cina bagi menjual VCD dan DVD cetak rompak secara terbuka dan sering menjadi tumpuan orang ramai.
Anehnya, hingga kini, tidak ada satu kedai pun yang diserbu. Jika ada serbuan sekali pun sering kali ia berakhir dengan kegagalan kerana sudah dihidu lebih awal oleh pengusaha kedai haram tersebut.
Satu lagi lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah di KOMTAR dan Pasar Malam Batu Feringghi yang beroperasi setiap malam.
Diharap dengan pendedahan ini akan membuka mata pihak berkuasa. Usah lindungi lagi para peniaga haram ini. Selamatkan segera industri perfileman negara!
Diharap dengan pendedahan ini akan membuka mata pihak berkuasa. Usah lindungi lagi para peniaga haram ini. Selamatkan segera industri perfileman negara!
No comments:
Post a Comment