Pages

Friday 10 July 2015

BERHATI-HATI USAHA MERUNTUHKAN BANGSA

Oleh : MOHAMAD ABDULLAH  |  09 Julai 2015 1:20 AM   | Utusan Malaysia 

PENULIS tertarik dengan status laman sosial pakar Proto-Sejarah/ Sejarah Asia Tenggara Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Nazarudin Zainun (gambar) baru-baru ini yang mencatatkan: “Tidak perlu membunuh keseluruhan induk sesebuah parti atau bangsa jika mahu parti atau bangsa itu dihapuskan.

Cukup sekadar menghapuskan sejarah sumbangan parti atau bangsa itu, putar belit sumbangan dan sejarahnya, tokok tambah segala tindakannya agar kelihatan sedikit radikal, ekstrem dan nampak bodoh sehingga dibenci oleh anak mudanya yang enggan berfikir, sembunyikan sebab-sebab sesuatu tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti atau bangsa itu. Pastikan anak-anak muda bangsa yang menyokong parti itu bosan dengan sejarah dan sumbangan parti itu yang dianggap kolot dan konvensional. Maka lengkaplah pusingan pertama penjajahan era baharu.”

Kata Nazarudin lagi, langkah ke­dua ialah dengan memastikan fikiran mereka diserap dengan budaya-budaya lain selain daripada budaya bangsanya. Lakukan dengan cermat hingga mereka memandang baik budaya luar dan memandang jelik budaya sendiri. Tidak perlu menghormati pe­mimpin dan persoalkan semua tindakan partinya, tonjolkan ketidakadilan walaupun dibenarkan oleh undang-undang. Wujudkan rasa was-was hingga anak mudanya malu mengakui sebangsa dengan pemimpinnya. Lagi baik jika segala sumbangan dan kebijaksana­an parti atau bangsa itu dipersoalkan oleh bangsanya sendiri.

“Langkah ketiga ialah dengan mengimport kritikan dan serangan dari luar yang mendedahkan kepincangan pemimpin parti atau negara dengan apa jua dakwaan tidak kira betul atau salah. Nescaya bangsa yang anak mudanya malas membaca akan terus menyokong segala tuduhan luar tanpa mempersoalkannya dan membenci pemimpin mereka sendiri. Ketika itu lengkaplah tugas mereka bagi meruntuhkan keagungan dan kehebatan sesebuah parti atau sesuatu bangsa,” kata Nazarudin.

Ternyata pandangan sangat ber­asas dalam keadaan sekarang. Serangan-serangan peribadi dan mencari segala yang jelik dan hodoh ini, mendorong anak bangsa membenci bangsanya sendiri dan akur dengan segala fitnah yang di­tabur yang seolah-olah menjadi rutin ha­rian kita sekarang.

Media sosial dan pemberitanya menyebarkan apa jua perkara yang belum terbukti kesahihannya, penuh dramatik dan beremosi. Mesin dan kilang pengeluaran fitnah dan khabar angin aktif menghasilkan cerita-cerita baharu satu demi satu. Sebijak mana pun sesetengah dakwaan dipatahkan pada akhirnya cerita dan skrip baharu digunakan pula untuk menyambung episod demi episod. Tiada kesudahan sehinggalah akhirnya riwayat satu perjuangan menegakkan maruah bangsa dipadamkan bersama segala citra kekuatannya sekian lama.

Tidak ada usaha yang tuntas dapat dilakukan kerana masa begitu banyak dihabiskan untuk menghadapi segala cerita baharu sama ada ditulis semula skripnya, dijalinkan dengan kekuatan emosi dan siri penyiasatannya apatah lagi jika dilakukan oleh orang luar yang dianggap begitu sahih walaupun sejarah membuktikan betapa banyak musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan sepanjang sejarah tamadun dunia - dunia Islam mahu pun dunia Barat dan Timur.

Menguruskan fitnah dan persepsi bukanlah mudah. Apatah lagi jika strategi yang dibangunkan begitu teliti menggunakan setiap ruang dan peluang dan ditangani pula dengan emosi dan jawapan-jawapan yang menghiris perasaan rak­yat. Sesetengah jawapan yang diberi tidak dibuat dengan teliti, bersifat defensif yang memang diharapkan oleh si penulis skrip cerekarama dan kadang-kadang lebih meloyakan daripada sesete­ngah cerita merapu di layar perak.

Lihat sahaja apabila orang yang berjubah putih dan bersyarah di dalam masjid pun melatah, bercakap tanpa fakta yang sahih. Dalam media sosial misalnya klip video disebarkan memuat pandang­an seseorang yang bercakap tentang agama yang mengulas tentang keadaan semasa berkata: “Lihatlah di Jambatan Pulau Pinang yang sekarang ini makin kurang kere­tanya sebaliknya lebih ramai yang menunggang motosikal untuk jimat belanja kerana kos hidup yang tinggi berbanding dengan masa lalu”.

Soalnya sejak bila pula Jambatan Pulau Pinang kurang penunggang motosikalnya dan benarkah tidak ramai lagi pengguna menggunakan kereta kerana kos hidup tinggi. Penulis yang saban hari menggunakan Jambatan Pulau Pinang tidak pula melihat perbezaannya malah ke­sesakannya tidak pernah berkurang pun dengan kereta, bas dan lori bertali arus pada waktu awal pagi dan petang ketika datang dan balik dari kerja. Kecualilah pihak berkuasa Jambatan Pulau Pinang mengeluarkan statistik baharu perbandingannya, maka agaknya dakwaan se­perti ini bolehlah dipertimbangkan.

Tentu sahaja semua kita merasai kesan ekonomi sekarang ini. Tetapi setiap orang ada peranan yang boleh dimainkan dengan mengelakkan pembaziran dan mengurangkan perbelanjaan terhadap barangan bukan keperluan. Orang marah bila dikatakan kesesakan di pusat membeli-belah, bazar Ramadan mahu pun restoran makanan segera serta restoran di hotel mewah masih berlaku. Yang terjejas teruk tentunya kemewahan yang kita rasai sedang kita masih mampu menikmati hidangan seadanya.

Ramai sekali yang cuba menjadi wira kepada orang kampung yang dikatakan miskin dan terjejas teruk kehidupannya. Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan untuk membantu dalam hal ini, adakah dengan cara menabur fitnah, memburukkan orang lain dan menjatuhkan apa yang ada akan menyelesaikan semua masalah yang ada?

Kalaulah setiap orang memainkan peranannya dengan baik dan memberikan yang terbaik dalam apa yang dilakukannya dengan mengurangkan tindakan me­nyalahkan orang lain, maka banyak yang boleh dilakukan untuk semua orang seperti mana kita lihat penghakupayaan dalam menghadapi musibah banjir tempoh hari, saling membantu dan menghulur bantuan tanpa mengira perbezaan yang ada.

Hari ini semangat cinta dan sa­yangkan bangsa nampaknya makin menipis, seolah-olah tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa kita yang ada. Hakikatnya sejak abad ke-2 Sebelum Masihi, orang Melayu di dunia telah menjadi satu bangsa dagang yang hebat dan besar hingga negara China mengiktiraf sebagai dagang yang besar seperti yang dibuktikan oleh rekod sejarah yang ada.

Hal ini didedahkan melalui kajian oleh pasukan yang diketuai oleh Nazarudin tentang Kerajaan-kerajaan Melayu yang Hilang dengan menggunakan bukti catatan rekod China mahu pun bukti arkeologi yang diperoleh seperti yang terkandung dalam buku yang baharu diterbitkan – Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kuriun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi yang diterbitkan oleh Penerbit USM (2015).

Banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang hal ini, namun yang pasti, kita perlu hentikan segera ­usaha memperlekeh dan meruntuhkan bangsa serta kepimpinan­nya dengan bersikap lebih bijaksana dan rasional menggunakan bukti-bukti yang sahih tanpa prasangka keterlaluan akibat kebencian yang ditanam oleh mereka yang sememangnya ingin melihat bangsa ini berpecah-belah, musnah, jatuh dan runtuh selama-lamanya.

PENULIS ialah Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar