Pages

Wednesday, 6 June 2012

Pertemuan ILMU Dengan Tun M


Apa pesanan Tun M kepada ILMU, juga umat Islam dan orang Melayu keseluruhannya? Klik SINI.

Jelas di sini, walaupun Tun Mahathir bukan seorang ulamak, tetapi beliau  tahu apa yang sepatutnya dilakukan untuk menyatukan orang Melayu. Pesan Tun, Melayu hanya akan bersatu atas nama Islam dan kembali berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah.

Dirgahayu Tun. Buah fikiran Tun sentiasa kami dambakan.

TUN MAHATHIR CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

Tun Dr. Mahathir ketika merasmikan KRU Academy, dua hari lepas.


Tun Mahathir gesa kaji pengajian IPT



CYBERJAYA: Kerajaan diminta mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan bagi memastikan ia relevan dan mampu memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja pada masa depan. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah itu perlu kerana sistem pendidikan di Malaysia diwarisi daripada penjajah Inggeris yang memberi penekanan terhadap aspek akademik (teori), berbanding latihan praktikal.

“Kita boleh lihat wujud perbezaan ketara antara pembangunan industri automotif kini menjadi sektor perindustrian terbesar di Jerman berbanding di Britain yang hampir lenyap.

“Saya berpendapat pendekatan digunakan Akademi KRU ini sesuai dan menjadi contoh atau model baru untuk menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan,” katanya selepas merasmikan penubuhan Akademi KRU di sini, petang semalam. 

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar turut diumumkan sebagai Ahli Panel Penasihat KRU Akademy bersama lima pakar dari luar dan dalam negara. 

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah sekiranya pihak pembangkang mempunyai bukti kukuh bahawa beliau terbabit dengan skandal penyelewengan wang ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. 

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, baru-baru ini bahawa Dr Mahathir khuatir jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya, skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya akan didedahkan. – Berita Harian.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat Tun ini ada benarnya. Dasar pendidikan negara memerlukan nafas baru. Mungkin Tun tidak dapat melakukannya ketika masih menjadi Perdana Menteri, tetapi Tun telah meninggalkan lapangan yang baik untuk pengganti beliau menjayakan hasrat ini.

Kemudahan untuk menjalankan pendidikan di semua peringkat boleh dikatakan telah jauh berubah sejak dari era 60-an, 70-an hingga lewat 90-an. Justeru di era baru ini, kerajaan mungkin boleh memikirkan kaedah yang lebih baik untuk ‘mencerdikkan’  dan meningkatkan nilai tambah rakyat Malaysia.

Seperti kata Tun, kita tidak boleh terlalu menumpukan kepada aspek teori semata-mata. Buktinya, hari ini ramai mahasiswa yang bijak dalam berhujah dan berbicara tetapi bila diajak turun lapangan atau melakukan tugasan berbentuk fizikal, yang culas lebih banyak. Hal-hal beginilah yang perlu diubah. Kita tidak mahu pepatah Inggeris “I was born intelligent, but education ruined me” dijadikan alasan oleh rakyat untuk menyalahkan pihak kerajaan yang memerintah suatu hari nanti.


K-POP / KELANTAN POP - KENAPA DIBIARKAN?

Keghairahan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya lebai-lebai cybertroopers PAS menghentam Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) kerana mengundang penyanyi K-POP akhirnya memakan diri. 

Mereka seolah-olah lupa, di Kelantan, negeri yang ditadbir oleh PAS, juga dihimpit masalah yang sama. K-POP versi Kelantan atau lebih mesra disebut Kelantan POP sebenarnya sama teruk atau mungkin lebih teruk jika dibandingkan dengan K-POP versi Korea Selatan ketika sambutan Hari Belia Negara itu. 


Jika anda tak percaya, boleh cari sendiri di You Tube. Pelbagai judul lagu berserta klip video yang memaparkan imej dan aksi seksi akan muncul. Kalau tak percaya juga, mainkan klip video di bawah. Memang serabut menontonnya.


K-POP ini mungkin sukar dibendung kerana dikhabarkan ia adalah bisnes 'segelintir' pihak yang buta hati dan cetek ilmu agamanya. Tapi sebagai penguasa negeri, Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya mempunyai kemampuan untuk membendung budaya ini daripada terus menular.

Justeru kepada penyokong-penyokong PAS dan para cybertroopers Pakatan Rakyat, sebelum anda nak lancarkan serangan, kaji dulu supaya peluru yang dilepaskan tidak berpatah balik ke muka sendiri.

SB tidak menghina sesiapa. SB juga sayangkan ulamak. SB juga mahukan sebuah negara yang lebih baik. SB mahu negara ini ditadbir dengan adil dan saksama. Tetapi sebelum semua itu berlaku, kita sendiri perlu bertindak adil dan saksama. Jangan kuman di Korea nampak, tapi gajah di negeri Tok Guru kita buat tak nampak!

Di sebelah sini, Ustaz Fathul Bari sudah pun bersuara. UMNO sama sekali tidak menghalang beliau membuat teguran |SINI|. Begitu juga Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kononnya didakwa pro-UMNO oleh cybertroopers PAS, turut menegur K-POP semasa HBN 2012 |SINI|. Tapi mana suara ulamak-ulamak PAS dalam isu Kelantan POP ini?

SB sangat berharap isu ini ditangani secara Islamik, sama seperti yang dilaung-laungkan selama ini oleh PAS. Begitu juga dalam isu K-POP PKR Bertam Nite 2012. Apa isunya? Klik SINI.

Kita tidak mahukan fatwa berkenaan isu ini kerana yang haram hukumnya tetap haram. Apa yang kita mahu dengar ialah secebis pandangan yang ikhlas seperti mana yang disuarakan oleh Ustaz Fathul Bari.

Mungkin dengan cara itu sahaja PAS akan lebih dihormati.

Klik juga pautan di bawah :


#AntiSemuaSalahUMNO - RESTU LEBAI PAS PUNCA SEBENAR?

Perhatikan betul-betul. Adakah ini juga salah UMNO?

Gambar di atas mungkin boleh memperjelaskan apa yang berlaku dalam rakaman video di bawah. Pentasnya sama. Audiennya sama. VVIP yang hadir juga sama. Jadi kenapa juak-juak Pakatan Rakyat masih cuba menafikan hakikat sebenar? Adalah lebih mulia jika mengakui kesalahan yang dilakukan seperti mana Menteri Belia dan Sukan yang memohon maaf di atas isu K-POP semasa Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya tempoh hari.



Orang tua-tua kata, Allah bayaq cash!!

Tuesday, 5 June 2012

APA KOMEN PELAJAR UNISEL TENTANG PERKARA INI?

Salah siapa?

PTPTN bekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL? SB tak kata ia bagus, tetapi Kerajaan PKR Selangor seharusnya dipersalahkan dalam hal ini. Kerana terlalu ghairah berpolitik, pelajar jadi mangsa. Yang bengong dua tiga orang, tapi yang terpaksa tanggung akibat tak sedikit.

Mana Rafizi Ramli? Cubaannya masuk ke UiTM untuk berkempen menghapuskan PTPTN sudah dihalang. Sepatutnya Rafizi pergi UNISEL sekarang dan perjelaskan kepada para pelajar di sana tentang pelan tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri selepas ini. Bukan cakap lagi, tapi buktikan terus!

Untuk ulasan lebih pedas, sila ke SINI.

UFB - Guna Dalil Secara Batil Halal Tegur Pemerintah Dikhalayak Ramai


BOLEHKAH PENGANUT PAS DAN KHAWARIJ MENERIMA PESAN DAN 
NASIHAT USTAZ FATHUL BARI INI?

K-PORK VERSI PKR!


Aksi dalam gambar di atas hanya boleh ditonton jika anda klik SINI. Berlatar belakangkan bendera rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kiri dan kanan, penyanyi-penyanyi seksi ini sungguh seronok berjoget di atas pentas dalam satu majlis makan malam anjuran parti tersebut.

Yang kelakarnya, cybertroopers Pakatan Rakyat dengan segara menuduh ia sebagai fitnah terbaru dari UMNO dan Barisan Nasional.

Ada yang kata video ini superimpose atau telah diedit. Ada yang kata ia hanya lakonan semata-mata bagi memburukkan PKR. SB tak terkejut dengan reaksi mereka, tapi mereka harus ingat, kebenaran tetap benar!

Bukan satu dua mata yang menjadi saksi. Nak sorok lagi? 

PKR Bertam Nite 2012 - K-POP KE NI?


APA REAKSI MEREKA AGAKNYA YE?

RED ALERT!!! KHALID ISMATH DALAM TEKANAN??

Khalid Ismath mengakui Syiah. Adakah dia juga ahli PAS?

SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah UiTM ini pada jam 9 pagi mengikut Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

“Saya akan berbincang dengan peguam dahulu sama ada ia perlu atau tidak saya hadir ke perbicaraan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, setakat ini beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian bagi mencari ketenangan ekoran kontroversi dilaluinya.

Sumber : Sinar Harian Online.

Kata Khalid Ismath, ketika ini dia ambil keputusan menangguhkan pengajian sebab nak cari ketenangan. Eloklah tu. Ketenangan yang hakiki hanya boleh didapati jika kita kembali ke jalan yang benar, jalan Islam. Bukan dengan Syiah!

Apa pun, tahniah diucapkan kepada UiTM yang sudah mula bertindak tegas. Kes yang dihadapi oleh Khalid Ismath ini tidak boleh dibiarkan tanpa perbicaraan kerana ia melibatkan kepentingan banyak pihak serta mencemarkan nama baik mahasiswa di negara ini.

Semoga Khalid menemui ketenangan yang dicarinya itu sementara menantikan hukuman yang lebih berat. Lu buat, lu tanggunglah brader!

VIDEO AKSI RINGAN-RINGAN SIAPA??

Tanpa menunding jari kepada sesiapa, mari kita lewati video di bawah dan fikirkan sejenak. Video ini dirakamkan di Pantai Batu Berair, Bachok, Kelantan.



Kelantan yang kita kenal sinonim dengan identiti Islamiknya. Kalau tidak pun, itulah yang dipasarkan sebagai jenama oleh pemerintah negeri. Tidak sedikit juga yang akan bangkit mempertahankan wibawa pemerintah negeri kalau Kelantan diperlekehkan dalam soal identiti Islamik yang dibawa.

Tak lama dahulu juga, kita dipasarkan dengan keterujaan seorang selebriti dari Indonesia yang dijemput khas ke Kelantan. Selebriti wanita yang pernah membintangi sebuah filem Islami, Ketika Cinta Bertasbih, sampai membacakan puisi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa Islamiknya negeri tersebut.

Kemudian, kita dipasarkan pula dengan paparan-paparan lain dalam satu video yang khas, menunjukkan selebriti tersebut dibawa mengunjungi satu dua destinasi di Kelantan. Destinasi-destinasi tersebut tentulah yang menonjolkan imej Islamik.

Ketika itu, SB hanya fikir satu sahaja, barangkali selebriti berkenaan mendapat gambaran suku-suku sahaja tentang negeri Serambi Mekah itu.

Agak-agak, apakah pula puisi yang akan dibacakannya jika dia menonton video di atas?

Benar masalah sosial berlaku di mana-mana sahaja, tapi adakah kerana ia Kelantan, maka isu sebegini tidak harus ditimbulkan? Tepuk dada tanyalah iman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar