Pages

Tuesday, 12 March 2013

POLIS, TENTERA MULA TERIMA UPAH JADI BARUA UMNO MENJELANG PRU 13??




1. Nampaknya, pihak pembangkang dah cemburu dengan pengumuman 9 Perkara oleh DS Najib Tun Razak kepada penjawat awam kelmarin.

2. Paling kelakar, ada cakap-cakap mengatakan Najib mula bagi upah terakhir kepada anjing-anjing baruanya di atas kejayaan ‘membantu’ UMNO dan Barisan Nasional selama ini dalam pelbagai isu khususnya membabitkan parti-parti pembangkang.

3. Dalam pada itu, Rafizi Ramli yang selalu tewas dalam perdebatan, menganggap Najib sudah kehabisan mandat untuk membuat sebarang janji atau menabur gula-gula politik. SB fikir dia ini ada masalah besar dalam memahami maksud mandat.

4. Apa pun kritikan atau cercaan yang dilemparkan, lantaklah. Pembangkang selamanya akan membangkang setiap usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan.

5. SB percaya, usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini bertujuan memperkasakan sektor awam dan mengukuhkan pasukan-pasukan keselamatan negara baik PDRM mahupun Angkatan Tentera Malaysia.

6. Jangan tanya pembangkang kerana mereka tetap akan menafikan kebenaran kerana ia adalah sifat semula jadi yang sememangnya telah wujud dalam diri mereka sendiri, sebaliknya bertanyalah kepada anggota keselamatan yang bertugas menjaga keamanan dan keselamatan negara kita ini.

7. Melalui skim penyetaraan yang diumumkan itu, anggota polis dan tentera bakal menikmati penyelarasan gaji yang lebih baik sekaligus membantu meningkatkan motivasi mereka untuk berkhidmat kepada negara. Bukankah usaha ini sesuatu yang positif?

8. Kita mahu lihat pasukan-pasukan keselamatan negara kita ini sentiasa berada pada tahap terbaik kerana merekalah yang menjadi benteng hadapan negara dan harapan kepada rakyat jika berlaku sebarang konflik seperti di Lahad Datu ketika ini. Justeru sokonglah usaha kerajaan membela kehidupan mereka ini. 

Monday, 11 March 2013

9 Rahsia Najib dan Ali Hamsa Menjelang PRU 13 Didedahkan


1.  Ini kali, masalah besar kepada Anwar dan PR. Kenapa? Sebab KSN yang baru ini benar-benar bikin Najib happy dengan agenda transformasinya. Tak perlu reformasi kerana tidak ada apa yang perlu direformasikan. Cukup dengan melaksanakan transformasi ke arah yang lebih baik.

2.  9 perkara yang Ali Hamsa kawtim dengan Najib ini memang sukar ditangkis oleh Anwar. Komprehensif dan efektif. Apa dia? Moh baca!



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:
  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52; 
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  • Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

Sumber : Sinar Harian Online 11 Mac 2013.

3.  #ManifestipuPakatanHarapkanRakyat ada semua ini?

KEMELUT RUMAH TANGGA KHALID ISMATH



1. Barangkali tak ramai yang tahu bahawa rumah tangga yang dibina oleh Khalid Ismath bersama isterinya, Nurul Jannah binti Aziz sudah berakhir. Hal ini didedahkan sendiri oleh Khalid Ismath dalam beberapa kenyataan di ruangan Facebook dan twitternya.

2. SB tidak berniat mengaibkan sesiapa. Setiap penceraian yang berlaku dikatakan akan menggoncangkan Arrasy sekaligus menunjukkan betapa seriusnya urusan tersebut di sisi Islam.

3. Khalid Ismath bernikah dengan Nurul Jannah pada 21 April 2012 iaitu seminggu sebelum Rusuhan 28 April berlangsung di ibu kota yang turut melibatkan kaum keluarga Khalid sendiri.

4. Beberapa orang ilmuan telah mengulas perkahwinan mereka dari segi syarak memandangkan Khalid Ismath diketahui seorang penganut Syiah manakala isterinya pula penganut Islam mazhab Syafie. Antara yang lantang bersuara ialah Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman  yang menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai tidak digalakkan dari segi syarak.

5. Baru-baru ini, Khalid membuat pengakuan di Facebooknya bahawa isterinya itu telah memfailkan fasakh yang tidak boleh dirujuk. Rujuk kenyataan tersebut seperti di bawah.


6. Berdasarkan hukum syarak, seseorang isteri atau suami boleh memfailkan fasakh (permohonan membatalkan nikah) sekiranya berlaku situasi-situasi seperti berikut:

  • Suami tidak memberikan nafkah, tempat tinggal atau mas kahwin.
  • Isteri tidak mengetahui kedudukan suami yakni samada suami hilang lebih daripada 6 bulan, atau tidak pulang ke rumah dan tidak memberikan nafkah zahir dan batin.
  • Suami berpenyakit yang tidak boleh diubati.
  • Salah seorang daripada suami atau isteri itu berpenyakit.
  • Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
  • Berlaku persetubuhan syubahat (terlarang).
  • Kecatatan.
  • Tidak bernafsu dengan lelaki.
  • Suami yang zalim.

Nota : Fasakh ialah kuasa kadi dan hukumnya harus jika berlaku sebarang sebab seperti yang dinyatakan.


7. Jika diambil kira kesemua sebab atau alasan yang dikemukakan ini, di manakah agaknya kedudukan kes antara Khalid dan Jannah?

8. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Khalid Ismath sebelum ini, beliau mendakwa isterinya tidak memahami perjuangannya. Dalam satu kenyataan yang lain pula, Khalid mendakwa Jannah  berbeza pegangan.  Apakah yang dimaksudkan dengan berbeza pegangan tersebut?



9. Adakah Jannah baru sedar Khalid Ismath seorang Syiah tegar? Atau Khalid membohongi isterinya sejak dari awal?

10. SB juga pelik kerana dalam kenyataan terbaru yang dibuat Khalid Ismath pada pagi tadi ketika menjawab soalan yang diajukan di twitternya, beliau memberitahu bahawa Jannah tidak menuntut fasakh, berbeza dengan kenyataan asalnya sebelum ini. Rujuk screenshot di bawah.


11. Jadi apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka?  

12. Adakah Jannah mengambil keputusan menuntut fasakh (berdasarkan kenyataan awal Khalid Ismath) dengan menggunapakai alasan nombor  5? Ini kerana, jumhur ulamak ASWJ mengklafikasikan Syiah sebagai agama baru yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam, atau lebih tepat, ia bukan mazhab seperti yang dipegang oleh kelompok tersebut.

13. Apa-apa pun, marilah kita mendoakan semoga ada sinar buat Jannah yang telah dianiayai oleh Khalid Ismath itu.


SANDIWARA BARU AZLAN LAZIM

"Saya tahu apa yang berlaku di belakang tabir"

1. Perbuatan yang disertakan niat pun boleh menimbulkan kelam kabut dan pelbagai tafsiran, inikan pula perbuatan yang dilakukan tanpa niat. 

2. Niat ialah perkara abstrak, tidak boleh diukur oleh mata kasar. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai niat daripada perbuatan setiap makhluk ciptaanNya.

3. Tetapi dalam kes membabitkan Azlan Lazim dan anaknya, Saiful Bukhari ini, kita boleh menilai implikasi daripada perbuatannya itu khususnya terhadap Saiful sendiri walaupun sudah terbit daripada mulut Azlan kononnya dia tidak berniat mengkhianati Saiful.

4. Inilah bahana politik melampau yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. SB tetap percaya bahawa Azlan Lazim tidak berkata benar sebaliknya diperguna oleh 'pihak tidak bertanggungjawab di sebelahnya' yang turut membantu mengadakan sidang media tersebut.

5. Jika Azlan benar-benar tahu apa yang berlaku di belakang tabir, kenapa tidak didedahkan dari awal? 

6. Adakah Saiful sanggup menghina dirinya sendiri sebagai mangsa liwat Anwar hingga hilang segala-galanya (kini bapanya sendiri) semata-mata mahu menjayakan konspirasi seperti yang didakwa?

Khalid Ismath Iktiraf Anwar Ibrahim Sebagai Peliwat?


1.  Beberapa blog hari ini memetik kenyataan Khalid Ismath, Pengerusi Kumpulan Aktivisis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang menyokong pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) menjadi Perdana Menteri.

2.    Minggu lepas, Khalid Ismath yang pernah mengaku secara terbuka sebagai penganut Syiah (Syiah bukan mazhab tetapi satu bentuk fahaman baru yang bertentangan sama sekali dengan Islam), turut mencetuskan polemik apabila menyifatkan pluralisme (baca: akidah) sebagai perkara yang sihat.

      Khalid Ismath juga menyerlahkan kejahilannya terhadap konsep akidah Islamiah apabila mendoakan Hugo Chavez mendapat rahmat Allah (rahmatullah) meskipun menyedari pemimpin Venezuela itu bukan penganut Islam ketika meninggal dunia pada minggu lepas.

3.    Apa yang mengejutkan dalam kenyataan-kenyataan Khalid Ismath ini? Pada SB, tidak ada apa-apa yang aneh pun. Khalid hanya menyerlahkan belang sebenarnya sebagai penganut tegar Syiah dan pada masa yang cuba mengecat semula imej busuk boss besarnya yang diketahui menyokong kelompok LGBT di negara ini.

4.    Pun tentu, kenyataan menagih publisiti murahan oleh Khalid Ismath itu seolah-olah bertujuan mengocak semula episod pengakuan Azlan Lazim, bapa mangsa liwat Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari yang mendakwa Liwat 2 membabitkan anaknya itu sebagai konspirasi pihak tidak bertanggungjawab (baca:UMNO).

5.    Usaha terdesak PKR mengheret Azlan Lazim itu sebenarnya tidak membekas sebarang kesan, malah gagal menarik perhatian massa lantaran insiden pencerobohan di Lahad Datu yang masih hangat dibicarakan. Maka pada kesempatan inilah, Khalid Ismath cuba mencetuskan polemik baru melalui kenyataan tersebut.

6.    Namun begitu, umat Islam yang cintakan kebenaran dan menyayangi Rasulullah SAW tidak boleh mengambil mudah sebarang kenyataan oleh pemuda Syiah ini. Golongan ini bukan sahaja licik menyirat fahaman Syiah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar, malah turut mencampur-adukkan dengan pelbagai unsur fahaman lain seperti sosialisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam kempen freedom, justice and equality.

7.    Sebagai individu yang memantau rapat perkembangan gerakan Syiah dan ideologi sosialisme serta pluralisme di negara ini, SB percaya satu ancaman besar terhadap akidah bakal melanda masa depan generasi kita kelak.

8.      Gerakan-gerakan ini perlu sentiasa ditentang kerana mereka bergerak sangat aktif di segenap sudut dan penjuru negara, bahkan telah pun menyerap masuk ke dalam haraki politik berteraskan Islam di Malaysia.

Friday, 8 March 2013

SB DAKWA BAPA SAIFUL BERKAIT DENGAN REVOLUSI BUNGA RAYA



Apa Kaitan Revolusi Bunga Raya dengan Azlan Lazim?

1. SB percaya pendedahan oleh bapa Saiful Bukhari kononnya Liwat 2 yang membabitkan anak lelaki beliau itu sebagai konspirasi UMNO dibuat dengan bantuan skrip yang disediakan oleh orang Anwar sendiri.

2. Ia juga mengingatkan SB kepada satu pertemuan sekumpulan mahasiswa (yang turut dihadiri SB sendiri) di rumah Anwar Ibrahim pada malam 8 Januari 2012 iaitu malam sebelum keputusan perbicaraan awal kes liwat tersebut diumumkan pada 9 Januari 2012.

3. Pada malam tersebut, Anwar telah membacakan sebuah puisi bagi membangkitkan semangat para penyokong beliau yang terdiri daripada mahasiswa dan anak-anak muda supaya menentang pemerintah negara.

4. Anwar sangat percaya beliau akan dipenjarakan. Begitu juga dengan pengikut-pengikutnya, semua yakin Anwar akan disabitkan dengan kesalahan kerana ia adalah suatu konspirasi jahat UMNO yang tidak mungkin dapat dilawan oleh Anwar melalui proses perundangan.

5. Mahkamah, hakim, dan pendakwaraya semuanya dilabelkan sebagai anjing UMNO dan dikawal oleh Perdana Menteri DS Najib. Anwar memberitahu bahawa beliau boleh dipenjarakan tetapi perjuangan beliau tidak akan terhenti kerana di hadapannya sudah bersedia anak-anak muda yang akan bangkit membebaskannya kelak.

6. Justeru pada malam tersebut, dengan mengambil semangat Arab Spring yang sedang hebat melanda negara-negara Arab ketika itu, Anwar meniupkan agenda serupa dengan nama Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 bersempena tarikh keputusan perbicaraannya diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

7. Malangnya, revolusi yang ditiupkan itu dipatahkan lebih awal apabila mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Semua anak muda yang sedia memberontak seperti terkedu. Mereka tidak pasti sama ada mahu meraikan keputusan tersebut atau meneruskan agenda revolusi seperti yang telah dirancang. Anwar sendiri tidak percaya dengan keputusan mahkamah. Segala fitnah dan tomhaman yang dicipta dengan menuduh UMNO sebagai dalang konspirasi seolah-olah menjadi peluru makan tuan dalam sekelip mata.

8. Semua pihak menerima keputusan tersebut dengan terbuka, kecuali Anwar. SB yang turut hadir di perkarangan mahkamah melihat suasana menjadi kalut apabila pelbagai arahan dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Letupan juga berlaku seperti mana yang dirancang.

9. Keputusan itu ternyata membantutkan hasrat Anwar untuk mengambil alih Putrajaya dengan cara revolusi sebaliknya membuka jalan kepada UMNO untuk membersihkan segala tohmahan yang dilemparkan selama ini.

10. Justeru bagi memastikan UMNO tetap dilihat sebagai dalang konspirasi Liwat 2, Anwar akhirnya terpaksa menggunakan orang paling rapat dengan Saiful iaitu bapanya sendiri. Inilah sifat semula jadi Anwar yang sangat pendendam.

11. Tujuan Anwar menggunakan bapa Saiful (dengan memetik kenyataan Saiful bahawa 'bapak diperguna') supaya dapat meyakinkan orang ramai bahawa konspirasi itu benar-benar berlaku. Anwar tahu dan amat yakin betapa PR tidak akan menang dalam PRU kelak jika menggunakan cara yang bersih. Justeru sesuatu yang bersifat ledakan besar perlu diletuskan pada masa yang betul ketika Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu ini.

12. Anwar juga amat takut untuk menghadapi satu lagi siri perbicaraan selepas mahkamah memutuskan rayuan Saiful Bukhari akan mula didengar pada Julai nanti. Anwar tahu beliau tidak boleh melarikan diri lagi sekiranya kalah dalam PRU kelak sebaliknya terpaksa menghadapi perbicaraan tersebut. Lebih menakutkan, kemungkinan besar beliau akan bersendirian kali ini.



LIHAT ANALISIS KONSPIRASI BUNGA RAYA DI SINISINI DAN SINI.

PENDEDAHAN SRIKANDI KONSPIRASI TERANCANG DI LAHAD DATU DI SINI.

GEMPAR!!! BEDAH SIASAT SB KENYATAAN BAPA SAIFUL BUKHARI


1. Pengakuan bapa Saiful Bukhari, mangsa liwat Anwar Ibrahim kononnya kes Liwat 2 sebagai konspirasi UMNO hanya menyerlahkan tembelang sebenar Ketua Umum PR itu yang sanggup menggunakan apa saja cara untuk menjadi Perdana Menteri pasca PRU ke-13 ini.

2. SB melihat pengakuan tersebut tidak mempunyai sebarang kredebiliti, apatah lagi untuk dibawa ke mahkamah. Malah, sejak kes ini dibicarakan, bapa Saiful tidak pernah dipanggil sebagai saksi pendakwaan atau pembelaan. Beliau hanya duduk di kerusi orang ramai memerhatikan kes tersebut dibicarakan dan ditangguhkan lebih 50 kali.

3. Desas-desus yang mengatakan beliau (bapa Saiful) mempunyai masalah kewangan hingga menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu sebelum muncul dalam sidang media tersebut juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

4. Paling aneh, kenapa baru sekarang ia didedahkan?

5. Tidakkah beliau simpati melihat anaknya turun naik mahkamah selama hampir 3 tahun, hilang sebahagian besar kehidupannya, dicemuh, dicerca dan dimaki masyarakat selama ini?

6. Apa-apa pun, kenyataan pantas Saiful bahawa 'bapak diperguna' jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan bapanya itu.

7. SB secara peribadi kecewa dengan tindakan drastik bapa Saiful kali ini. Pengakuannya itu tidak membawa sebarang makna kepada kes yang sedang memasuki fasa rayuan pada Julai ini selepas mahkamah mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam keputusan awal yang diumumkan pada 9 Januari 2012.

8. Sebaliknya, ia hanya memburukkan keadaan anaknya sendiri yang pastinya akan menerima tekanan lebih hebat selepas ini.

LIHAT DI SINI UNTUK INFO LEBIH GEMPAR!!!

Sunday, 3 March 2013

PENDEDAHAN TERKINI!!!ANWAR MASUK PERANGKAP???


1. SB difahamkan, terdapat beberapa laporan media antarabangsa yang mengaitkan pembangkang Malaysia dalam insiden pencerobohan militan yang setia kepada waris Kesultanan Sulu di Kg.Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

2. Perkembangan muktahir pula menunjukkan aktiviti penceroboh telah memasuki perimeter yang lebih hingga ke Kunak dan Semporna.

3. Sejak beberapa bulan lalu, pihak risikan negara telah mengenalpasti terdapatnya 'aktiviti' mencurigakan di Sabah khususnya di kawasan-kawasan yang dilaporkan.

4. Berdasarkan laporan media-media asing tersebut pula (termasuk agensi berita Reuters), terdapat pertemuan wakil pembangkang dari Malaysia dgn wakik Sultan Sulu di Filiphina yg bertujuan membincangkan soal tanah di Sabah.

5. Terdapat juga laporan dari Manila yg menyebut perjanjian diatur bagi membolehkan Sabah diberi autonomi atau pemerintahan sendiri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas PRU 13 kelak. Kuasa autonomi tersebut dilaporkan akan diserahkan kpd kerabat Sultan Sulu yg sedang menuntut kembali 'tanah air' mereka itu.

6. Sekiranya semua ini benar-benar berlaku, maka jelaslah pembangkang sedang masuk perangkap yg dipasang oleh pihak risikan baik di Malaysia, mahupun di Filiphina.


7. Adakah pembangkang fikir perisik-perisik tidak mengikuti pergerakan mereka?

8. SB juga difahamkan, pencerobohan ini agak rumit untuk diselesaikan memandangkan tentera Sultan Sulu menggunakan taktik perang gerila berbanding peperangan secara terbuka.

9. Walaupun negara kita diiktiraf dunia sebagai pakar peperangan gerila (sejarah membuktikan ketika Malaysia berhadapan ancaman komunis, pasukan komando PGA telah berjaya mematahkan serangan melalui taktik perang gerila) namun tentera Sultan Sulu juga dilaporkan sangat mahir dalam taktikal tersebut termasuk memiliki penembak curi yg berkemahiran tinggi.

10. Justeru masa yg lebih lama diperlukan untuk mematahkan sepenuhnya ancaman pencerobohan ini.

11. Ironinya pula, inilah yg dikehendaki oleh dalang utamanya. Ia akan mencetuskan rasa tidak selamat dan mengganggu psikologi penduduk di Sabah menjelas pilihan raya umum kelak.

12. Pada kedudukan inilah ia akan memberi keuntungan secara politik kpd kumpulan yg dinaungi dalang tersebut.

13. SB percaya kemungkinan tersebut ada. Namun kita tidak boleh membuat sebarang tuduhan secara terbuka. Kita perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kpd pihak ATM dan PDRM dlm menangani insiden hitam ini.

14. Bersamalah mendoakan kesejahteraan negara.


Cerita semasa boleh diikuti di blog ini , ini , ini dan ini.

Tuesday, 26 February 2013

CADANGAN PR UNTUK PENERIMA BR1M! WAJIB BACA!


Ketika pengedaran BR1M edisi pertama tahun lepas, Ahli Parlimen DAP Serdang, Selangor, Teo Nie Ching memberikan formula terbaik tentang kaedah membelanjakan wang sebanyak RM500 tersebut.

Menurut beliau, setiap suami digalakkan memperuntukkan sebanyak RM300 kepada isteri bagi tujuan membeli barangan dapur dan keperluan rumah yang lain. RM100 lagi menjadi milik si suami bagi tujuan membeli rokok dan sebagainya manakala baki RM100 diserahkan kpd parti sebagai dana PRU13.

Dan hari ini, kita dikejutkan pula dgn berita PAS Kuala Kedah mewajibkan ahlinya menyerahkan RM100 daripada BR1M 2.0 yang diterima sebagai dana utk parti bagi menghadapi PRU kelak.

Jadi siapa yg lebih hina sebenarnya? Rakyat yg susah dihina umpama binatang ternakan kerana menerima BR1M hanya kerana ia bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional, tetapi kemudian mereka 'dipaksa' menyerahkan sebahagian wang tersebut kpd parti. RM100 bukan jumlah yg kecil.

Jika polisi salah guna BR1M ini terus dipaksakan ke atas rakyat oleh parti-parti pembangkang, akhirnya matlamat kerajaan utk membantu rakyat yg memerlukan bertukar menjadi usaha membantu parti-parti politik tersebut secara tidak langsung.

Sedangkan kita tahu, setiap parti politik mendapat pelbagai tajaan daripada orang perseorangan, usahawan dan syarikat-syarikat tertentu dgn nilai jutaan ringgit dari masa ke masa. Tidak cukupkah lagi modal yg dilaburkan ini?

Buka mata dan lihatlah sikap sebenar golongan oportunis politik ini. Adakah layak mereka diundi?

Sunday, 10 February 2013

KEMELUT GM13 MERUNCING, SAFWAN ANANG DITIKAM ORANG KANAN SENDIRI

Selepas Khalid Ismath dan Haziq Abd Aziz daripada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) menyerang Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) pimpinan Safwan Anang, kini timbul pula masalah baru dalam GM13 sendiri. 




Safwan Anang menerima tekanan dalaman daripada orang kanan beliau sendiri yang didakwa cuba membayangi peranan Safwan Anang dalam kempen tersebut.

Safwan Anang yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) baru-baru ini dikecam hebat oleh pimpinan KAMI dan Anwar Ibrahim Club (AIC) yang diketuai Saudara Saifuddin Shafi kerana berhasrat menghantar calon GM13 menentang Perdana Menteri di Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua iaitu Saudara Rozan Azen turut menentang hasrat tersebut. Mereka menyifatkan GM13 sengaja mengacau undi PR jika menghantar calon di Pekan.

Hasrat SMM ini dilihat cuba mengulangi sejarah dalam PRU 12 apabila mereka menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) dan menghantar wakil di Kepala Batas untuk menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu ialah Perdana Menteri.

Permohonan PMN yang ketika itu diketuai oleh Saudara Azlan Hashim telah ditolak kerana mereka masih terikat dengan Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Namun perubahan yang dilaksanakan oleh Dato’ Seri Najib dengan memansuhkan Seksyen 15 itu telah membuka ruang kepada SMM untuk menyertai pilihan raya umum buat pertama kali dalam sejarah politik moden di negara ini atas nama mahasiswa.

Justeru SB melihat tentangan oleh kepimpinan KAMI, AIC dan PKR sendiri terhadap usaha SMM ini sebagai tidak matang dan terlalu emosional. Safwan Anang perlu diberikan peluang bertanding di Pekan menentang Dato’ Seri Najib.

Safwan Anang juga perlu bertindak tegas terhadap orang kanan beliau itu kerana dibimbangi ia akan menjejaskan rentak GM13 ketika PRU tinggal kurang 60 hari sahaja lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar