Pages

Thursday, 21 November 2013

DUTA BESAR US BERTEMU MPP USM

MPP USM bersama Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Omar Osman
dan H.E Joseph Yong, Duta Besar US ke Malaysia.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E Joseph Yong hari ini membuat kunjungan hormat ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Peluang itu turut diambil oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM yang baharu untuk bertemu dan berbincang tentang pelbagai prospek kerjasama yang boleh dibina sebagai usaha merealisasikan agenda MPP With Global Mindset. 

Tahniah diucapkan kepada MPP USM. 

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M SIRI 4

Insiden : Calon Pro-M Diculik atau Hilang?

Sama ada diculik atau hilang, kedua-duanya mencetuskan misteri yang sama. Untuk apa?

Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang.
Salah seorang calon yang bertanding atas platform Pro-M dilaporkan hilang ketika keluar berkempen pada 20hb Februari 2011 di block Pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan pelajar luar UM. Calon tersebut, Masturah Abu Bakar yang juga merupakan anak kepada pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor, dilaporkan hilang selepas ‘menerima’ SMS berbaur ugutan seperti yang didedahkan oleh rakan beliau, Nurhanis ketika membuat laporan polis.

Anehnya, Masturah dilaporkan ditemui semula sebaik selesai pengundian yang dijalankan sehari kemudian iaitu pada 21hb Februari 2011. Dan lebih aneh lagi, Masturah diumumkan sebagai calon yang mendapat undian tertinggi atau lebih tepat, undi popular!

Modus operandinya kelihatan cukup mudah tetapi amat Berjaya. Hilang, berkempen untuk raih simpati, dan menang besar! Yang kena check mate siapa? Seperti biasa, cakap-cakap politik tetap menjurus kepada kumpulan Penggerak Mahasiswa yang cuba dikaitkan sebagai pihak yang bertanggungjawab menculik Masturah.

Masturah bersama ibunya, Mariam Abdul Rashid, pemimpin
Dewan Muslimah PAS Selangor ketika sidang media selepas
kemunculan semula Masturah daripada 'kehilangannya'.


Paling mencuit hati ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pro-M ketika itu, Saudara Farid Jalpah, yang mengugut akan memboikot PRK sidang tersebut sekiranya kes tersebut tidak diselesaikan segera oleh pihak HEPA.


Akhirnya siapa yang kena troll? Sendiri jawab ye.. 

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M UM SIRI 3

Insiden : Bantahan Sistem E-Undi

Sistem E-Undi atau E-Voting telah dilabel sebagai alat untuk memanipulasi undi oleh HEPA. Siapa yang label sedemikian? Tidak ada orang lain kecuali Pro-M UM. Ibarat takut akan bayang-bayang sendiri, apabila berasakan mereka akan kalah barulah Pro-M akan membangkitkan isu ini. Namun jika menang, mereka akan diam membisu. Hanya cerita kemenangan sahaja yang akan didendangkan. Hipokrit kan?

Namun ketika PRK UM Sidang 2010/2011, Pro-M telah bertindak melampaui batas apabila melancarkan bantahan secara agresif terhadap pihak HEPA hingga menceroboh pejabat TNC. Mereka menjerit, memaki hamun, sumpah seranah jadah, melaung-laungkan pelbagai perkataan kesat terhadap TNC hingga mendesak TNC letak jawatan.

Demonstrasi yang dilancarkan itu telah diketuai oleh Saudara Shazni Munir, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM. Saksikan video di bawah. 


Adakah ini akhlak pemimpin mahasiswa Islam? Di mana jalan toleransi yang sepatutnya diambil oleh golongan ini sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam? Dan akibat terlalu taksub dengan politik jugalah akhirnya Shazni Munir gagal menamatkan pengajiannya di UM. 

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M UM SIRI 2

Insiden : Rosmah Puaka


24 Jun 2009 mencatatkan satu lagi sejarah hitam lagi memalukan buat mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya. Akademik Pengajian Islam (API) UM yang sepatutnya menjadi pusat ilmu untuk mahasiswa telah menjadi mangsa kebiadapan aktivis-aktivisi Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang terlalu taksub dengan politik dan kuasa.

Pada tarikh tersebut, lima orang pelajar dari API telah menconteng dinding dewan kuliah utama dengan lakaran imej Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak kerana dirasuk perasaan benci dan marah terhadap pemimpin Negara.

Mereka yang terlibat dalam kerja khianat laknat ini ialah ;

Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Aizat Roslan
Muhammad Saufi Jelani
Mohd Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli

Adakah ini yang mereka belajar sebagai mahasiswa API UM? Di mana rasa hormat dan tatasusila sebagai pelajar jurusan Pengajian Islam? Insiden ini telah mendapat perhatian besar seluruh negara sekaligus mencemarkan imej Universiti Malaya sebagai universiti terulung di negara ini.  


PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M UM SIRI 1



PRK UM SIDANG 2009/2010

Insiden : Kepala Babi  Dalam Surau Akademik Pengajian Islam (API).

Surau API ibarat markaz PAS di dalam sebuah kampong yang didiami oleh ahli-ahli PAS sahaja dan dikawal 24/7. Justeru logikkah jika markaz itu dicerobohi musuh PAS dengan meletakkan kepala babi di dalam surau tersebut?

Itulah yang berlaku di surau API ketika Pilihan Raya Kampus UM Sidang Akademik 2009/2010 apabila dua kepala babi diletakkan di dalam surau tersebut menjelang hari pembuangan undi. Satu UM tahu surau API ialah markaz induk Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM. Lazimnya, apabila tiba musim PRK, surau tersebut ‘hidup’ 24 jam dan sentiasa dikawal ketat oleh ahli-ahli PMI. Namun pada malam kejadian, PMI menuduh surau mereka dicerobohi dengan mudah oleh pihak tertentu. Soalnya siapa yang berani ceroboh markaz PMI itu?

Walaupun secara tersirat PMI menuduh pencerobohan itu dilakukan oleh budak-budak Penggerak, namun hingga kini tidak ada bukti untuk mengaitkan Penggerak dengan insiden tersebut. Yang pasti Penggerak Mahasiswa UM menerima kesan buruk daripada persepsi negatif yang ditimbulkan oleh PMI hingga kalah dalam PRK yang diadakan pada tahun tersebut.



PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA

Wednesday, 20 November 2013

PENGERUSI PRO-M UM LACUR AKIDAH DEMI KERUSI

Kalau sebut Fahmi Reza, antara gambaran yang terbayang di mata kita pastinya imej yang selekeh, teman wanita berbangsa Cina yang seksi, kaki demonstrasi, bekas mahasiswa yang terbantut pengajian selepas mendapat tajaan daripada sebuah GLC kerajaan, dan fahaman sosialis yang tebal hingga ke tahap menolak hukum-hakam Islam.



Tidak dapat dipastikan sama ada anak muda ini masih beragama Islam ataupun tidak, tetapi jika diperhatikan gaya hidupnya yang begitu kebaratan dan pemikiran liberal yang amat ekstrim, susah untuk kita masih menyimpan sangka baik terhadap beliau. 

Fahmi Reza ketika ini diangkat sebagai ikon gerakan mahasiswa antiestablishment. Justeru tidak hairanlah kalau Pro-M menerima anak muda ini sebagai pejuang termasuk oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) sendiri. 

Perkara ini diakui oleh Pengerusi Pro-M UM, Saudara Muqit yang juga merupakan aktivis PMI Universiti Malaya ketika diajukan soalan tentang pendirian Pro-M UM terhadap Fahmi Reza dalam Debat Presiden sebentar tadi. Pada mereka, perbezaan fahaman dan budaya hidup tidak menjadi faktor dalam perjuangan yang dibawa asalkan matlamatnya sama. Dan tidak hairanlah juga Fahmi Reza diberikan ruang seluas-luasnya untuk masuk dan menyebarkan ideologi dan pemikirannya di dalam kampus universiti terulung negara itu.

Kesan awal daripada kehadiran Fahmi Reza ini sudah pun boleh dilihat secara terang-terangan apabila simbol Hippie yang menjadi salah satu identiti beliau selama ini diconteng di sekitar kawasan kampus Universiti Malaya sejak malam semalam. 



Walaupun tindakan ini disifatkan sebagai melampau dan biadap, namun ia tidak menjadi masalah kepada para penyokong Fahmi Reza asalkan pengaruh beliau dapat disebarluaskan. Hippie pada mereka ialah simbol perjuangan mahasiswa dan anak muda yang kononnya dizalimi dan ditindas oleh pihak kerajaan walhal, hakikat yang tersembunyi di sebalik simbol itu sebenarnya amat jijik dan kotor. 

Hippie tercatat dalam sejarah dunia sebagai salah satu gerakan sosial yang pernah merosakkan pemikiran dan budaya hidup anak-anak muda di Amerika Syarikat dan dunia Barat sebelum merebak ke seluruh dunia. Seks bebas, pemberontakan, hiburan melampau dan melawan ibu bapa menjadi sebahagian daripada budaya Hippie ketika itu. 

Jika diperhatikan secara dekat, budaya-budaya ini sebenarnya turut dipraktikkan oleh Fahmi Reza dan para pengikutnya. Bersekedudukan, menganjurkan demonstrasi, menyertai rusuhan seperti BERSIH 3.0 dan BANTAH PTPTN, berkhemah di Dataran Merdeka secara haram, melawan pihak berkuasa dan bermacam lagi bentuk tindakan yang biadap kekal menjadi identiti bagi kumpulan ini.

Justeru, satu soalan kepada Muqit dan gerombolan Pro(sak) Mahasiswa Universiti Malaya, adakah ikon ini yang hendak diangkatjulang oleh kalian sebagai pejuang mahasiswa? Lihatlah apa yang telah mereka lakukan di Kampus Universiti Malaya. Jijik, hina dan memalukan!


PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA

DEBAT PRESIDEN - AIMAN TASLIM DAPAT SOKONGAN PADU MAHASISWA UM


Dikhabarkan ketika ini Pengerusi Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Aiman Taslim mendapat sokongan yang lebih besar daripada mahasiswa-mahasiswi UM berbanding kumpulan Pro-M. Dewan yang menjadi lokasi perdebatan sudah penuh sesak. Rata-rata yang hadir memberikan sokongan padu kepada Aiman bagi menentang kebiadapan kumpulan Pro-Mahasiswa yang diketuai Saudara Muqit. 

Aiman juga dijangka akan membangkitkan isu vandalisme berhubung tindakan segelintir pihak yang menconteng kawasan sekitar Universiti Malaya dengan logo Hippie. Klik SINI dan SINI.

PENGERUSI PRO-M UM TOLAK DEBAT DALAM BAHASA INGGERIS?


Malam ini akan berlangsung debat terbuka ala Presiden antara Pengerusi Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Aiman Taslim dan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Muqit Muhammad.

Apa yang menarik tentang debat kali ini, dikhabarkan Saudara Muqit berbelah bagi apabila dicabar oleh Saudara Aiman supaya menyelitkan debat dalam Bahasa Inggeris sebagai memberi ruang kepada para pelajar antarabangsa memahami sedikit sebanyak isi perdebatan.

Menurut rakan-rakan dalam jentera Pro-M UM sendiri, tahap penguasaan Saudara Muqit dalam Bahasa Inggeris agak lemah berbanding Saudara Aiman yang lebih lantang dan petah. Hal ini sedikit sebanyak dilihat akan menjejaskan kredebiliti Pro-Mahasiswa sebagai sebuah gerakan yang lantang memperjuangkan kebebasan bersuara.   

Universiti Malaya sebagai sebuah kampus yang menawarkan pelbagai kursus kepada para pelajar dari luar negara turut menawarkan kerusi dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) kepada kumpulan pelajar ini selain kerusi-kerusi yang diperuntukkan dalam Konstituensi Umum dan Fakulti. 

Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bagi Universiti Malaya bagi ketiga-tiga kampus akan diadakan pada 28hb November ini. 

SIMBOL HIPPIE CEMARKAN KAMPUS UNIVERSITI MALAYA - SIAPA FAHMI REZA?

Agak aneh sebenarnya. Bagaimana sebuah kumpulan yang kononnya mendokong perjuangan Islam boleh bergelumang dengan Fahmi Reza yang jelas-jelas menyeleweng daripada akidah Islam? 


Semakin hari, semakin kita dikelirukan dengan dasar perjuangan mahasiswa-mahasiswi yang berimej Islami ini tetapi masih duduk satu saf berjuang bersama manusia-manusia yang menyimpang daripada landasan Islam seperti Fahmi Reza. 

Sebagai contoh, di Universiti Malaya, kumpulan mahasiswa ini memilih bersama dan menyokong perjuangan beliau sehingga tergamak membawanya ke dalam kampus untuk bercakap tentang perjuangan mahasiswa. Perjuangan apa? Perjuangan Islam atau sosialis??? Dah tak ada tokoh lain ke? 

Antara penyelewengan yang dibawa oleh Fahmi Reza ialah budaya Hippie dan penggunaan imej Vendetta melalui topeng V yang telah difatwakan sebagai haram oleh ulamak di negara ini. 



Selama ini kita dimomokkan dengan imej bersih lagi warak kumpulan ini. Kononnya merekalah yang paling lantang menolak budaya sosial melampau seperti seks bebas, bersekedudukan, hiburan melampau dan macam-macam lagilah. Tapi adakah mereka tahu, Fahmi Reza sedang mempromosikan budaya Hippie yang mengandungi semua elemen sosiaL tersebut? 

Lihat logo Hippie ini dan bandingkan dengan poster yang dihasilkan oleh Fahmi Reza berkaitan program yang dihadirinya pada malam semalam di Universiti Malaya.

Budaya Hippie ialah budaya hidup bebas yang melampau dan songsang  dari sudut
akidah dan akhlak Islam. Kenapa PMI UM tolong promosi? 


Tahukah anda wahai pejuang-pejuang Islam kampus yang alim lagi warak bahawa simbol Peace No War itu sebenarnya adalah simbol Hippie yang pernah menjahanamkan golongan anak muda pada tahun 60-an dan 70-an? Sekarang anda nak bawa ke dalam kampus pula? 



TOLAK PRO-MAHASISWA KALAU ANDA SAYANG KAMPUS KITA


PRO-MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA PROMOSI BUDAYA HIPPIE?

Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya yang dianggap sebagai ibu bagi semua pilihan raya kampus di negara ini dimulai dengan satu lagi perbuatan tidak bertamadun yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan tertentu di dalam kampus utamanya di Kuala Lumpur.

Sejak malam semalam, beberapa kawasan tumpuan telah dicemari perbuatan menconteng logo hippie seperti di perhentian bas dan kolej-kolej kediaman. Lebih parah, beberapa buah kenderaan rasmi universiti seperti van dan bas turut diconteng dengan logo yang sama.





Perkembangan ini menimbulkan tanda-tanya kerana ia berlaku selepas Fahmi Reza, aktivis sosialis mahasiswa membangkitkan isu beliau dihalang memasuki Universiti Malaya untuk menyampaikan speech di laman Facebooknya sejak malam semalam.



Fahmi Reza memang diketahui kuat berpegang kepada budaya hippie sejak beliau menuntut di Amerika Syarikat sebelum ditamatkan pengajian akibat pelbagai masalah peribadi.



Hippie merupakan salah satu budaya yang pernah merosakkan golongan anak muda pada tahun 60-an dan 70-an khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Sejak budaya ini popular, pelbagai bentuk gejala sosial seperti seks bebas, dadah dan hiburan tanpa sempadan merebak ke seluruh dunia.



Walaupun budaya ini dikatakan sudah berakhir pada penghujung tahun 70-an selepas Perang Vietnam, namun dipercayai ia masih dianuti oleh sejumlah besar aktivis sosialis di peringkat global. Di Malaysia, budaya ini cuba dipopularkan oleh Fahmi Reza dan para pendokong fahaman sosialis yang beroperasi di Bangsar, Kuala Lumpur diketuai Hishamuddin Rais.

Fahmi Reza cuba menyebar fahaman ini bersama-sama dengan fahaman sosialis lain seperti kebebasan sosial dalam kalangan mahasiswa kerana beliau percaya golongan ini paling mudah ditanam dan disemai dengan ideologi-ideologi kebebasan hak asasi manusia seperti yang diperjuangkan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Namun apa yang SB cuba bangkitkan di sini ialah, adakah mahasiswa Universiti Malaya bersedia atau mengalu-alukan budaya ini di dalam kampus? Jika benar budaya ini diterima di dalam kampus, maka Universiti Malaya secara dasarnya sudah ditawan oleh sosialis Hippies yang dibawa oleh Fahmi Reza. Selepas ini, SB percaya lebih banyak bentuk budaya bebas ini akan diperkenalkan selain logo-logo yang diconteng di sekitar kampus. 

Tahniah Pro-Mahasiswa Universiti Malaya kerana membawa masuk pengaruh negatif ini ke dalam kampus.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar