Tahniah diucapkan. Seramai 4,430 orang lagi graduan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman pendidikan melalui PTPTN menjadikan jumlah terkini hingga 30 Jun 2012 sebanyak 13,011 orang secara keseluruhannya.
Mereka ini tidak perlu pun berdemonstrasi siang dan malam. Apa yang dicapai oleh mereka ialah manifestasi hasrat rakyat yang bersyukur dan berusaha merebut peluang yang diberikan oleh kerajaan.
SB yakin, tidak seorang pun yang terlibat dalam Demonstrasi Liar Mansuh PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka berada dalam senarai 13,011 orang ini. Apatah lagi mahasiswa UPSI yang biadap si Adam Adli Tiang Bendera ni.
1 comment:
Kebebasan akademik yang mahu diperjuangkan? Saya tak nampak mana yang tak bebasnya. Di tempat yang sama dia menuntut, saya dapat menghabiskan Ijazah Sarjana saya dengan bebas.
Post a Comment