10 Ogos 2012, lebih kurang jam 2.30 petang tadi, di pintu masuk utama UNISEL Bestari Jaya, kira-kira 50 orang pekerja Jana Niaga telah mengadakan perhimpunan bagi menuntut Kerajaan PKR Negeri Selangor membayar semua hutang Jana Niaga yang masih tertunggak.
Pekerja Jana Niaga berhimpun mendesak MB Selangor menjelaskan hutang dan gaji yang tertunggak sebelum menyambut Aidilfitri. |
Ia bagi membolehkan pekerja menerima gaji mereka sebelum menyambut Aidilfitri hujung minggu hadapan.
Sepanduk mengutuk kepimpinan Khalid Ibrahim. |
Perhimpunan ini dianjurkan oleh pekerja Jana Niaga dengan kerjasama Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). Antara Sepanduk yang dipamerkan memaparkan kata-kata seperti “Pentadbiran Zalim Politik Kotor” “Pelajar Perlukan Kediaman Kakitangan Perlukan Gaji” “Khalid Jangan Aniaya Anak Isteri Kami!”
Pintu masuk utama turut dimangga sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri. |
Sementara itu wakil GPRS turut mengunci tiang penghalang pintu masuk dan keluar menggunakan mangga. Peserta himpunan mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa dengan mereka segera bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan sebelum membuka kembali mangga tersebut.
7 comments:
Apa nak jadilah dengan U.Selangor sekarang?
Sedih rakyat Malaysia melihat,MB Selangor letak jawatan lah.Makin lama anda pegang U.Selangor,makin rosak jadinya
x sampai 50 org pun....demo syok sendiri...
yang demo tu pekerja jana niaga. kau ingat pekerja dia ada puluh ribu orang ke! kalau mak bapak kau kerja tak dapat gaji ko marah tak? biarlah dorg nak demo kau nak kata syok sendiri napa
Ni semua pembohong.
Ni semua pembohong.
Anon 11 august 00:30
ko faham tak ni protes org yg keje kat jana niaga?? Ni mmg sah pencacai PR yg bodoh dan tak tau baca. Ni nak tuntut bayaran mcm mana co nak bayar kalau takde payment?? Bengong lah ko ni mmg lembu yg dengar je ceramah PR tapi tak fikir logik langsung
hahaha demo berbayar,kain rentang pun lawa tempah khas tuh..bkn kain rentang yg kain putih tu.....pi mintak jananiaga la gaji..jananiaga byk mkn duit..kami yg student pon depa(jananiaga) kena kan denda tinggi bila ada kemudahan hostel rosak, padahal bkn kami yg buat pun..
Post a Comment