Barangkali inilah sebabnya kenapa Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan menegur pimpinan parti tersebut baru-baru ini yang semakin meninggalkan dakwah dan tarbiyah Islam demi merampas Putrajaya.
Lantaran terlalu taksub dengan parti, akhirnya penyokong parti itu sendiri hilang arah dalam pegangan agama yang sebenar sehingga tergamak mengeluarkan hadis palsu semata-mata ingin menegakkan hujahnya.
Dalam printscreen di atas, jelas sekali, penyokong tegar PAS, Saudara Mohd Norhisham Ghazali telah mempersenda Nabi Muhammad SAW dengan mendakwa Baginda ada mengeluarkan hadis yang melarang umat Islam menyokong UMNO.
Jika benar ada hadis tersebut, kita mohon beliau tampilkan segera kerana ia menyentuh soal akidah.
Sekiranya kenyataan ini hanya dusta semata-mata, maka wajib bagi beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.
PAS juga perlu bertanggungjawab memperbetulkan kembali akidah penyokong-penyokong bawahannya. PAS tidak boleh lagi bersifat ekslusif dengan hanya mengutamakan ahli yang dibentuk melalui jalan PAS yang sebenar tetapi mengabaikan penyokong-penyokong lain yang tidak mendapat tarbiyah mengikut sistem yang diamalkan parti tersebut.
2 comments:
Kat Kelantanpun masjid penuh hari jumaat jer dek oii hari biasa semayang waktu 2 saf tu kira ramai la.Tak ada lebihnya Islam kat sini cam kat lain2 gak orang luar jer tak tau entah apa kerja dakwah yg dia orang buat entahlah pemimpin nya pakaian cam ulamak cam diala paling Islam ..
ya betul tu.. aku biasa duk sana jugak, sama jer macam kat tempat2 lain, sama jer macam tempat2 yg ramai pengikut pas yg lain.. jumaat jer ramai, waktu lain ada la beberapa org tua yg solat berjemaah. dakwah tak nak buat tapi gila kuasa.. buat hadis palsu.. kesian org pas sesat.. berlagak macam dia jer islam..
Post a Comment