Alter-ego Bruce Wayne, Batman bersama Seline Kyle a.k.a Catwoman. |
SB setuju dengan tulisan blogger Azli Shukri dalam entri terbarunya yang bertajuk “Filem Batman Terlalu Sarat Dengan Mesej Pembohongan Kuasa Rakyat.” Klik SINI.
Semalam, SB sempat meluangkan masa bersama blogger Malaysia Bangkit dan admin YouTube SuaraBaru’s Channel menonton filem francais terbaru Batman The Darknight Rises ini, dan kesimpulan yang kami bertiga buat, ia sebuah filem yang lebih besar dan lebih berat daripada kisah keperwiraan hero sanjungan dunia itu.
The Dark Night Rises – kekuatannya, terletak pada judul filem itu sendiri. Malah SB percaya, jika ia bukan naskah Batman sekali pun, filem ini masih hebat dan mungkin akan diangkat setanding dengan naskah V For Vendetta, atau karya agung Chris Nolan sebelum ini, Inception.
Bezanya mungkin, The Dark Night Rises ini lebih kepada jungkirbalik penceritaan dalam V For Vendetta. Jika Vendetta mengajak rakyat bangun dengan menyemai ideologi kuasa rakyat, dalam The Dark Night Rises ini, Batman dan pasukannya bertarung dengan kuasa rakyat yang batil yang dipimpin oleh Bane dan pasangannya, Miranda Tate (anak kepada Ras Al Ghul yang juga bekas mentor Bruce Wayne dalam filem The Batman Begin).
Bane, antoganis yang bijak berpolitik. |
Dalam francais terbaru ini, Nolan selaku pengarah menghasilkan idea ‘kuasa rakyat’ yang amat gelap dan penuh dengan penipuan,kejijikan dan manipulasi minda oleh segelintir pemimpin yang sebenarnya mempunyai agenda peribadi yang songsang. Miranda Tate yang asalnya adalah orang kepercayaan Bruce Wayne (alter-ego Batman) sehingga dilantik menjadi CEO Wayne Ent., sebenarnya adalah syaitan yang cuba mencetuskan kehancuran ke atas Gotham City hanya kerana mahu membalas dendam.
Malah, penonton sendiri sama sekali tidak akan percaya bahawa Miranda jugalah yang mengawal Bane dengan menggunakan kuasa cinta dan magis seorang wanita. Ia mungkin tipikal dalam industri perfileman, tetapi tipikal versi Nolan berjaya menimbulkan emosi simpati penonton terhadap Batman yang terkejut dengan permainan politik wanita tersebut.
Adakah ia tidak berlaku dalam realiti politik kita hari ini? Bayangkan, jika manusia seperti Miranda dan Bane ini dibiarkan berkuasa dan menggula-gulakan rakyat.
Seperti kata Saudara Azli Shukri, The Dark Night Rises dibungkus dengan sangat kemas melalui mesej penting bahawa dunia masa kini sedang dipengaruhi oleh politik hukum rimba yang dijaja dengan halus oleh para pendokongnya melalui pelbagai cara halus.
Hari ini, tidak sedikit pemimpin di Malaysia yang menggunakan politik hukum rimba bagi menjayakan cita-cita peribadi mereka. Rakyat diseru ke jalanan, merusuh dan melawan penguasa. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat, bukan pemimpin-pemimpin di belakang mereka itu!
Menerusi filem ini, kita dipertontonkan juga bahawa ideologi kuasa rakyat ini sebenarnya tidak mempunyai asas yang kukuh sebaliknya ia lebih bersandarkan kepada nafsu politik dan tamakkan kuasa dalam diri sesetengah pemimpin (baca: Miranda Tate dan Bane). Hal yang sama juga berlaku di Timur Tengah seperti yang kita saksikan belakangan ini.
Justeru bagi SB, The Dark Night Rises sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar berbanding menyerlahkan sosok Batman itu sendiri. Jadi tidak hairanlah jika sebahagian besar babak pertengahan filem yang berdurasi 2 jam 45 minit ini tidak melibatkan langsung watak hero tersebut!
Kita juga perlu mengakui bahawa tugas melawan kejahatan adalah tanggungjawab bersama seperti Batman yang memerlukan Commissioner Gordon dan polis muda John Blake (yang bakal muncul sebagai Robin) serta Selina Kyle (alter-ego Catwoman) bagi menentang Bane dan lingkaran kejahatan yang dicipta oleh Ras Al Ghul dan anaknya, Miranda Tate.
John Blake (Robin) dan Com. Gordon. |
Dalam konteks ini, sebagai rakyat kita sepatutnya menyokong pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai. Jangan sesekali terpengaruh dengan propaganda pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim yang sememangnya berdendam dengan pihak polis di negara ini.
P/S : Kita semua adalah Batman! Kejahatan pula ialah Anwar Ibrahim dan proksinya. Gotham pula ialah Malaysia. Jadi kita bertanggungjawab mempertahankan Malaysia ini daripada dihancurkan oleh manusia yang penuh dengan dendam politiknya itu!
3 comments:
ada gaya jadi pengulas filem :-)
masa tengok cerita ni...teringat pasal keadaan politik negara kita. Memamng sarat dgn mesej yg berguna.
agenda barat digunakan oleh puak2 korang untuk menentang malaikat yg tak dikenali. semua org tahu batman ketua kejahatannya ra'salgul menggunakan bahasa arab supaya memalitkan kejahatan pada islam. dan anda gunakan hujah tu untuk memberi pengajaran.. dungu dan kebudak-budakan
Post a Comment