GAMIS, sebuah pertubuhan mahasiswa beracuankan PAS kini dalam situasi yang bahaya kerana sedang dirosakkan secara halus oleh tangan-tangan suruhan PKR melalui beberapa tokoh mahasiswa bermasalah yang diketuai oleh Khalid Ismath. Bukan GAMIS sahaja, malah SMM yang kini dipimpin oleh Safwan Anang turut ‘diasak’ supaya lebih radikal dalam menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram.
Semuanya gara-gara gila kuasa. Penyakit ini kian menular di kalangan pemimpin siswa yang menganggap diri mereka adalah suci dan ahli syurga. Nama-nama seperti Khalid Ismath, Adam Adli, Haziq Abdullah, Ekhsan Bukharee, Safwan Anang, Akram Ikrami dan Edikoup adalah antara pencacai PKR serta SUARAM yang berjaya dilahirkan oleh Pakatan Haram untuk menjadi keldai tunggangan mereka. Tujuannya hanyalah satu iaitu menimbulkan huru-hara serta menjahanamkan negara. Big Brother (BB) kepada keldai-keldai ini ini tidak lain dan tidak bukan ialah RAFIZI RAMLI, pengarah strategi PKR.
Walaupun mereka "dilahirkan" dari kilang yang sama, namun mereka dilihat gagal mencapai kesepakatan dalam perjuangan sepertimana yang berlaku dalam kalangan uncle-uncle otai Pakatan Haram kerana gilakan kuasa dan punyai cita-cita tinggi menggulingkan kerajaan dengan menyertai BERSIH 3.0.
Malah dalam kumpulan mereka sendiri terdapat usaha untuk menjatuhkan pemimpin yang Islamik seperti Safwan Anang dan Akram Ikrami kerana pemimpin ini tidak sanggup melakukan kerja kotor sepertimana diarahkan oleh BB.
Bagi menjayakan agenda jahat menyingkirkan pemimpin pelajar Islamik satu pakatan licik dan tersusun telah diatur. Pakatan ini diketuai oleh Khalid Ismath dan dibantu oleh Haziq Abdullah serta Mohd Syukri Razab.
Pada masa sekarang, mereka telah bergerak dan mula berkempen di kalangan pemimpin mahasiswa pro-pembangkang untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan pemimpin GAMIS dan SMM tersebut. Pada masa sama Khalid sedang berusaha melobi Adam Adli supaya berkerjasama dengannya bagi menyingkirkan Akram Ikrami dan Safwan Anang dari jawatan masing-masing.
Sementara itu Haziq Abdullah dan Ekhsan Bukharee diberi peranan khusus untuk mensabotaj segala aktiviti anjuran SMM dan GAMIS supaya segala aktiviti yang dianjurkan tidak mendapat sambutan. Tindak tanduk Khalid Ismath and the geng ini turut direstui oleh BB dan mahukan ia diselesaikan segera sebelum Pilhanraya Kampus (PRK) akan datang.
Ingatlah Safwan Anang dan Akram Ikrami, orang sekeliling anda sekarang hanya bermain wayang dan menunggu masa untuk menghapuskan anda terutama Khalid Ismath dan Haziq Abdullah. Anda dianggap lembab serta tidak sesuai untuk politik baru dan penghalang kepada cita-cita mereka yang menggunakan teori matlamat menghalakan cara. Wassalam... tumpang simpati terhadap pemimpin isalamik.
1 comment:
kami pun pernah melalui zaman mahasiswa ini, dan kami amat faham jiwa mahasiswa,terutama kelompok yg merasa diri mereka juara kpd kumpulan tertentu. Rasa teruja dikalangan ini bukanlah disebabkan oleh komitmen dan pemahaman terhadap dasar perjuangan, tetapi lebih kepada pakej yang datang bersama, ia itu rasa glamor, upah/imbuhan, perhatian dan recognition. Dasar perjuangan tidak penting bagi mereka, yang lebih penting bagaimana mereka mau dikenali dan kedepan.Biasa mereka tidak akan excell dalam pelajaran ..mediocre sahaja kalau lepas pun..Fahaman komunis pun dapat diserapkan dlm mereka asalkan imbuhan yang dipakejkan bersama amat berbaloi..
Post a Comment