1. Salah satu hujah popular yang
digunakan oleh penyokong-penyokong PAS apabila kita berbicara tentang kerosakan
parti tersebut ialah, “Dalam PAS ada Mursyidul
Am, ada Majlis Syura Ulamak,
Dewan Ulamak PAS Pusat, negeri dan kawasan. Kepimpinan utama PAS juga
dibarisi para ulamak. Malah dalam PAS sendiri ada ribuan tokoh-tokoh ulamak.
Jadi takkanlah ulamak-ulamak ni tak faham pasal hukum?”
2. Hujah sedemikian juga
digunakan ketika isu kalimah Allah dibangkitkan dahulu. Begitu juga ketika isu
Amanat Haji Hadi dipolemikkan semula. Pada satu tahap pula, rata-rata penyokong
PAS khususnya dalam kalangan pengikut yang taksub hanya menerima pandangan yang
dikeluarkan oleh ulamak-ulamak mereka sahaja. Sebarang kenyataan yang
dikeluarkan oleh ulamak atau tokoh ilmuan Islam dari luar PAS pasti akan
ditolak mentah-mentah.
3. Tetapi mereka lupa hakikat
bahawa para ulamak dalam PAS bukanlah manusia-manusia yang kebal dari dosa.
Para ulamak PAS bukanlah maksum, suci dan terhindar dari melakukan khilaf.
Seperti kata Chegu Non, mungkin mereka tidak melakukan dosa, tetapi dengan
membiarkan orang-orang penting dalam parti melakukan dosa, itu juga sama dengan
berdosa atau syuhabat. Adakah ulamak tidak boleh terjerumus dalam lubang
syubahat? Jawapannya sudah tentu boleh.
4. Itu baru dalam parti sendiri.
Bagaimana pula dalam Pakatan Rakyat? Kita lihat contoh mudah, dalam isu liwat
dan zina membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Apa
kata Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang apabila bukti video dikeluarkan? Sebagai
ulamak besar, beliau mendakwa bukti video itu tidak boleh dijadikan saksi
kerana sifatnya yang diumpamakan seperti besi. Sedangkan para ulamak lain di
luar PAS termasuk Ustaz Kazim Elias meletakkan bukti tersebut sebagai qarin
iaitu bukti yang boleh dibawa ke hadapan hakim sekiranya tidak ada empat orang
saksi yang amanah.
5. Inilah PAS yang kononnya berpegang kepada
kepimpinan ulamak. Adakah kita masih boleh mengakui bahawa PAS hari ini sama
dengan PAS pada zaman keteguhannya dahulu khususnya ketika di bawah pimpinan
Tuan Guru Ustaz Fadzil Noor?
3 comments:
ulamak pas memang mek som kerana boleh bersahabt dengan iblis demi menewaskan umno sebagaimana disabdakan oleh nabi nicky ...
Ulamak apa kalau kalimah Allah pun digadainya demi Putrajaya yang duniawi tu?? Ini semua bukan ulamak... derang ni Alamak!
Ulamak-ulamak PAS semua pakat keluar dah!
http://mycybertrooper.net.ms/
Bukan maksum, bukan juga mek som tp mesom.
Post a Comment