1. Beberapa blog hari ini memetik kenyataan
Khalid Ismath, Pengerusi Kumpulan Aktivisis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang
menyokong pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) menjadi
Perdana Menteri.
2. Minggu
lepas, Khalid Ismath yang pernah mengaku secara terbuka sebagai penganut Syiah
(Syiah bukan mazhab tetapi satu bentuk fahaman baru yang bertentangan sama
sekali dengan Islam), turut mencetuskan polemik apabila menyifatkan pluralisme
(baca: akidah) sebagai perkara yang sihat.
Khalid Ismath juga menyerlahkan
kejahilannya terhadap konsep akidah Islamiah apabila mendoakan Hugo Chavez mendapat
rahmat Allah (rahmatullah) meskipun menyedari pemimpin Venezuela itu bukan
penganut Islam ketika meninggal dunia pada minggu lepas.
3. Apa yang mengejutkan dalam kenyataan-kenyataan
Khalid Ismath ini? Pada SB, tidak ada apa-apa yang aneh pun. Khalid hanya
menyerlahkan belang sebenarnya sebagai penganut tegar Syiah dan pada masa yang
cuba mengecat semula imej busuk boss besarnya yang diketahui menyokong kelompok
LGBT di negara ini.
4. Pun
tentu, kenyataan menagih publisiti murahan oleh Khalid Ismath itu seolah-olah
bertujuan mengocak semula episod pengakuan Azlan Lazim, bapa mangsa liwat Anwar
Ibrahim iaitu Saiful Bukhari yang mendakwa Liwat 2 membabitkan anaknya itu
sebagai konspirasi pihak tidak bertanggungjawab (baca:UMNO).
5. Usaha terdesak PKR mengheret Azlan Lazim itu
sebenarnya tidak membekas sebarang kesan, malah gagal menarik perhatian massa
lantaran insiden pencerobohan di Lahad Datu yang masih hangat dibicarakan. Maka
pada kesempatan inilah, Khalid Ismath cuba mencetuskan polemik baru melalui
kenyataan tersebut.
6. Namun
begitu, umat Islam yang cintakan kebenaran dan menyayangi Rasulullah SAW tidak
boleh mengambil mudah sebarang kenyataan oleh pemuda Syiah ini. Golongan ini
bukan sahaja licik menyirat fahaman Syiah yang menyimpang daripada ajaran Islam
sebenar, malah turut mencampur-adukkan dengan pelbagai unsur fahaman lain
seperti sosialisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam kempen freedom, justice and equality.
7. Sebagai
individu yang memantau rapat perkembangan gerakan Syiah dan ideologi sosialisme
serta pluralisme di negara ini, SB percaya satu ancaman besar terhadap akidah
bakal melanda masa depan generasi kita kelak.
8. Gerakan-gerakan ini perlu sentiasa ditentang
kerana mereka bergerak sangat aktif di segenap sudut dan penjuru negara, bahkan
telah pun menyerap masuk ke dalam haraki politik berteraskan Islam di Malaysia.
1 comment:
Syiah mbenarkan amalan homoseks, sbb tu mamat ni x kisah & sokong lgbt... sendiri ada minay kot..?
yg jelas kebangangannya ialah pengamal lgbt ni otak x waras & nk d pilih sbg pemimpin yg adil & x korupsi.. ada akai ka?
Post a Comment