Apa Kaitan Revolusi Bunga Raya dengan Azlan Lazim?
1. SB percaya pendedahan oleh bapa Saiful Bukhari kononnya Liwat 2 yang membabitkan anak lelaki beliau itu sebagai konspirasi UMNO dibuat dengan bantuan skrip yang disediakan oleh orang Anwar sendiri.
2. Ia juga mengingatkan SB kepada satu pertemuan sekumpulan mahasiswa (yang turut dihadiri SB sendiri) di rumah Anwar Ibrahim pada malam 8 Januari 2012 iaitu malam sebelum keputusan perbicaraan awal kes liwat tersebut diumumkan pada 9 Januari 2012.
3. Pada malam tersebut, Anwar telah membacakan sebuah puisi bagi membangkitkan semangat para penyokong beliau yang terdiri daripada mahasiswa dan anak-anak muda supaya menentang pemerintah negara.
4. Anwar sangat percaya beliau akan dipenjarakan. Begitu juga dengan pengikut-pengikutnya, semua yakin Anwar akan disabitkan dengan kesalahan kerana ia adalah suatu konspirasi jahat UMNO yang tidak mungkin dapat dilawan oleh Anwar melalui proses perundangan.
5. Mahkamah, hakim, dan pendakwaraya semuanya dilabelkan sebagai anjing UMNO dan dikawal oleh Perdana Menteri DS Najib. Anwar memberitahu bahawa beliau boleh dipenjarakan tetapi perjuangan beliau tidak akan terhenti kerana di hadapannya sudah bersedia anak-anak muda yang akan bangkit membebaskannya kelak.
6. Justeru pada malam tersebut, dengan mengambil semangat Arab Spring yang sedang hebat melanda negara-negara Arab ketika itu, Anwar meniupkan agenda serupa dengan nama Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 bersempena tarikh keputusan perbicaraannya diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.
7. Malangnya, revolusi yang ditiupkan itu dipatahkan lebih awal apabila mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah. Semua anak muda yang sedia memberontak seperti terkedu. Mereka tidak pasti sama ada mahu meraikan keputusan tersebut atau meneruskan agenda revolusi seperti yang telah dirancang. Anwar sendiri tidak percaya dengan keputusan mahkamah. Segala fitnah dan tomhaman yang dicipta dengan menuduh UMNO sebagai dalang konspirasi seolah-olah menjadi peluru makan tuan dalam sekelip mata.
8. Semua pihak menerima keputusan tersebut dengan terbuka, kecuali Anwar. SB yang turut hadir di perkarangan mahkamah melihat suasana menjadi kalut apabila pelbagai arahan dikeluarkan oleh pelbagai pihak. Letupan juga berlaku seperti mana yang dirancang.
9. Keputusan itu ternyata membantutkan hasrat Anwar untuk mengambil alih Putrajaya dengan cara revolusi sebaliknya membuka jalan kepada UMNO untuk membersihkan segala tohmahan yang dilemparkan selama ini.
10. Justeru bagi memastikan UMNO tetap dilihat sebagai dalang konspirasi Liwat 2, Anwar akhirnya terpaksa menggunakan orang paling rapat dengan Saiful iaitu bapanya sendiri. Inilah sifat semula jadi Anwar yang sangat pendendam.
11. Tujuan Anwar menggunakan bapa Saiful (dengan memetik kenyataan Saiful bahawa 'bapak diperguna') supaya dapat meyakinkan orang ramai bahawa konspirasi itu benar-benar berlaku. Anwar tahu dan amat yakin betapa PR tidak akan menang dalam PRU kelak jika menggunakan cara yang bersih. Justeru sesuatu yang bersifat ledakan besar perlu diletuskan pada masa yang betul ketika Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu ini.
12. Anwar juga amat takut untuk menghadapi satu lagi siri perbicaraan selepas mahkamah memutuskan rayuan Saiful Bukhari akan mula didengar pada Julai nanti. Anwar tahu beliau tidak boleh melarikan diri lagi sekiranya kalah dalam PRU kelak sebaliknya terpaksa menghadapi perbicaraan tersebut. Lebih menakutkan, kemungkinan besar beliau akan bersendirian kali ini.
PENDEDAHAN SRIKANDI KONSPIRASI TERANCANG DI LAHAD DATU DI SINI.
2 comments:
kepala butoh hampa hah pecacai umno bengong
yang penting anuar memang gay , malah peguambela anuar sendiri iaitu Karpal singh mengatakan 'ianya berlaku suka sama suka' maknanya? kote bengkok anwar memang masuk kedalam lubang jubur saiful ...
inikah manusia yang mahu diangkat sebagai pemimpin??
Post a Comment