Bagai aur dan tebing, berpisah tiada.
Friday, 31 May 2013
SAFWAN ANANG AKHIRNYA MENGAKU KALAH
Seorang lagi mamat propa saduran Anwar Ibrahim iaitu Safwan Anang, hari ini bersetuju menandatangani borang ikat jamin RM5000 dan dibebaskan pada jam 9.00 pagi tadi.
Safwan Anang yang mempunyai satu hobi pelik iaitu memanjat pagar kampus dan merempuh cermin kaca serta bijak berlakon di samping kerusi rodanya, sebelum ini telah menolak tawaran ikat jamin dengan alasan mahu membuktikan bahawa kerajaan Malaysia ini sebagai zalim dan amat kejam ke atas rakyatnya.
Sebenarnya, ramai yang tak tahu dan telah ditipu hidup-hidup dengan permainan mamat propa lebih ini.
Safwan sebelum ini pernah menggegarkan negara (pada skala 1.5 sahaja) kononnya Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13, GM13, akan menghantar calon mahasiswa bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Tapi akhirnya, propagandanya itu terbukti sangat murahan apabila mereka sendiri mengumumkan penarikan diri daripada bertanding.
Siapa masih ingat kes Masturah Abu Bakar, bekas pelajar UM yang pernah mendakwa diculik ketika menjadi calon dalam Pilihan Raya Kampus universiti berkenaan?
Masturah yang juga isteri kepada Safwan Anang sebenarnya tidak pernah diculik. Kehilangannya itu hanyalah helah untuk meraih undi simpati dan ia terbukti apabila Masturah mendapat undi popular.
Baik Masturah mahupun suaminya, Safwan Anang, mereka ini cukup handal menarik simpati.
Adakah kita masih mahu ditipu oleh mereka ini? Kepada Dewan Pemuda Pas Pusat, usahlah berangan nak angkat muka-muka ni jadi ikon mahasiswa.
THE WAYTHA WAY - TAHNIAH NAJIB RAZAK!!
Tak lama lagi kita tengok menteri-menteri Najib bergaduh sesama sendiri. Jangan sampai Anwar dapat untung sudahlah.
Thursday, 30 May 2013
JALUR GEMILANG DITERBALIKKAN DI PULAU PINANG??
Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Lokasi: Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Sengaja? Atau tersilap?
PERHIMPUNAN 505 : "WINDING DOWN" DAN "WHAT NEXT"
Sudah
lebih dua puluh hari selepas PRU 13, DSAI dan pakar strategist Pakatan Rakyat
masih bermain strategi "mind games" mereka iaitu untuk memastikan
persepsi bahawa "PR telah di nafikan kemenangan dalam PRU 13 untuk ke
Putrajaya" masih tebal dalam minda rakyat Malaysia. Road show perhimpunan
505 masih berlangsung tapi realitinya jumlah kehadiran sudah mula menurun, walaupun
DSAI tetap menegaskan "... they were not winding down " (Star
28/5/13). Lojiknya banyak dakwaan DSAI mengenai salah laku dan perlanggaran PRU
13, sedikit-sedikit sudah timbul bukti bahawa dakwaan tersebut adalah tidak
benar dan dibuktikan secara sah ianya tidak berlaku, ini sudah tentunya dengan
sendiri "teori kemungkinan" yang dibina oleh DSAI dan para strategist
Pakatan Rakyat juga sedikit-sedikit menjadi "teori palsu" dan
"teori tidak benar". Mungkin kerana ini juga ramai peminat PRU 13 dan
peminat yang termakan "persepsi" DSAI dan Pakatan Rakyat, juga
mungkin yang sangat "anti UMNO dan BN" sudah mula sedar bahawa
tindakan mereka sekali lagi telah “diperbodohkan” oleh DSAI dan para strategist
Pakatan Rakyat, oleh itu mereka mula untuk menjauhi 505 .
Bila
ditanya persoalan ini DSAI menjawab - "But we also realise people want to
move beyond rallies and we are discussing what we need to do next" - ( Star
28/5/13). Maknanya DSAI sendiri sudah pun merasai "perhimpunan 505"
sudah pun "winding down" kerana DSAI sedang memikirkan "what
next" dan "beyond rallies" . Oleh itu menjadi satu perkara
penting dan wajib untuk para strategist BN yang belum selesa walaupun sudah
mendapat kemenangan pada PRU 13, untuk mencari makna "we are discussing
what we need to do next", dan membaca minda DSAI. Sudah tentu kenyataan
DSAI ini, menunjukkan bahawa DSAI masih cuba bermain "mind games"
dalam agendanya. Pastinya para strategist Pakatan Rakyat sedang berfikir untuk
merangka satu strategi baru selepas mereka mencuba dengan strategi 505, yang
ternyata telah gagal "mengerakkan mass movement".
Para
strategist BN pada kali ini perlu mengunakan strategi "attack" bukan
lagi strategi "defensif" . Sudah lebih 20 hari para strategist BN
dalam keadaan dibelasah oleh strategi Pakatan Rakyat dengan pembinaan persepsi
seolah kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak sah dan yang berhak adalah
Pakatan Rakyat. Para strategist BN juga diprovok dengan penuh emosi, dengan
tujuan supaya para strategist BN melatah dan goyah. Dalam suasana ini, kuasa
ALLAH SWT menjadi penentunya, atas kesabaran dan percaya serta yakin pada
kebenaran, akhirnya satu-satu strategi "pembohongan" dan
"penipuan" yang dibina atas strategi "PERSEPSI" telah
terbukti "tidak berlaku dan tidak benar" dakwaan-dakwaan tersebut .
Akhirnya para strategi Pakatan Rakyat dan DSAI mengaku "but we also
realise people want to move beyond rallies ..." . Oleh itu mereka sedang
merangka "what next".
Apa
agaknya dalam minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat? Mungkin mereka
masih mahu bermain "mind games" dan tetap mengunakan strategi
pembinaan "persepsi" dan strategi "provokasi". Oleh itu
para strategist BN patut boleh membaca minda DSAI dan para strategist Pakatan
Rakyat. Seterusnya boleh menjangka apakah "what next"?
Mungkin
boleh kita membuat andaian dan jangkaan "what next" . Ada teori kata
mungkin DSAI akan membuat "rally yang lebih besar" tetapi amat
mengharapkan sokongan mungkin dari pelajar-pelajar Universiti dan juga
masyarakat di luar bandar, yang kurang dan tidak kelihatan dalam penghimpunan
505. Oleh itu kita boleh jangka kemungkinan para strategist Pakatan Rakyat akan
fokaskan kepada membina persepsi yang boleh menarik minat kumpulan pelajar
Universiti dan juga masyarakat di luar bandar. Kemudian mereka akan diprovokkan
untuk bersama dalam "rally" ini. Tetapi ini hanya teori kemungkinan
saja, tetapi peratusannya agak tinggi kerana minda DSAI amat lebih
kecenderungan ke arah ini.
Ada juga
teori yang mengatakan DSAI juga sudah habis modal strategi nya walaupun
strategi Pakatan Rakyat adalah sentiasa "attack" tetapi oleh kerana
kekebalan strategi BN, BN berjaya menghalang semua strategi Pakatan Rakyat
hingga PRU 13 menyebelahi BN untuk terus berada di Putrajaya. Oleh itu DSAI
terpaksa menguna dan mencari strategi baru dan DSAI pastinya akan kembali ke
"drawing board" untuk terus berfikir. Teori ini bukan membuktikan
para strategist BN telah menang dalam peperangan dengan Para Strategist Pakatan
Rakyat. Tetapi ia hanya satu strategi
test market" sementara yg dibuat
oleh para strategist Pakatan Rakyat. Selepas itu mereka mungkin akan melangkah
ke depan dengan strategi yang lebih hebat dan mantap lagi,yang pastinya para
strategist BN akan terus di asak dengan lebih hebat lagi. Oleh itu para
strategist BN perlu lebih bersedia untuk babak seterusnya .
Secara
kesimpulannya, babak pertama DSAI sedang berjalan dan juga sudah " winding
down " dan pastinya babak kedua akan di mulakan pada bila-bila masa saja .
DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat sudah mula bersedia . Walau apa pun
strategi DSAI dalam " what next " , pesanan Tun Daim Zainuddin
mungkin boleh menjadi penawar strategi BN dan menjadi racun kepada para
strategist Pakatan Rakyat , kata Tun Daim - " it's a serius business electing
a goverment,so let's leave this clown's( Anwar's) strategy alone and not play
to his game " . Oleh itu " what next " DSAI juga mungkin akan
gagal sekiranya para strategist BN boleh membaca apa dalam minda DSAI dan
bersedia dengan perisai yang lebih terancang dan sistematik kerana rakyat sudah
bosan dengan strategi " penipuan " dan " pembohongan " yang
di lakukan oleh para strategist Pakatan Rakyat .
Artikel disediakan oleh Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad untuk mendapatkan lebih analisa politik semasa.
Wednesday, 22 May 2013
DEMOKRASI MATI? LAA TAHZAN
Demokrasi mati? Bukankah itu yang lebih bagus untuk Islam? Demokrasi bukan wadah sebenar yang boleh menjulang Islam seperti yang kita semua harapkan.
SB fikir, gadis berpurdah dalam foto di atas ini tidak mengerti apakah itu demokrasi. Yang dia faham mungkin, perjuangan menjatuhkan Barisan Nasional ialah perjuangan rakyat. Gadis ini masih mentah. Belum kenal dunia sebenar yang penuh tipu helah ini.
MOGOK SAMPAI MATI LAGI BAGUSLAH
Wanita berusia 72 tahun yang mengadakan mogok lapar membantah loji pemprosesan nadir bumi Lynas, memohon Yang di-Pertuan Agong untuk campurtangan dan memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan dan negeri untuk menutupnya serta merta.
Tuw Yin Lan yang berasal daripada Kuantan membuat rayuan itu melalui petisyen untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Dalam petisyennya, Yin Lan menyatakan dia tidak menjamah sebarang makanan sejak 25 hari lalu untuk menunjukkan kesungguhannya menuntut langkah pemulihan daripada pihak berkuasa.Menurutnya lagi, dia bersedia untuk mengorbankan hidupnya sekiranya ia memberi seribu makna pada perjuangan selama tiga tahun itu untuk menghentikan operasi loji berkenaan.
Dia juga berkata kekalahan BN di parlimen Indera Mahkota dan Kuantan pada pilihan raya umum lalu membuktikan rakyat Kuantan menentang loji itu yang didakwanya boleh membawa kemudaratan pada penduduknya jika berlaku kebocoran.
Apalah mak cik ni. Buang masa, kudrat je. Elok mak cik luangkan masa tu membaca blog Say-Go-To-Lynas ni. Kli SINI.
Wednesday, 15 May 2013
TAN SRI KHALID ABU BAKAR PIKUL AMANAH KETUA POLIS NEGARA YANG BARU
SB ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar dan Timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin di atas pelantikan mereka selepas persaraan KPN sebelum ini, Tan Sri Ismail Omar.
Semoga dengan kepimpinan mereka berdua, keamanan serta keselamatan negara akan terus dipelihara.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Tan Sri Ismail Omar di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh beliau selama ini dalam memastikan keharmonian negara berada pada tahap tertinggi. Jasa beliau ketika menangani ancaman pengganas Sulu cukup besar kepada kita semua, di samping kes-kes jenayah yang lain.
Kami rakyat Malaysia berdiri teguh bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Selamat Maju Jaya.
OBAMA TIDAK IKTIRAF KEMENANGAN NAJIB?
He he.. Anwar je yang belum boleh terima kekalahannya. Tambah meroyanlah lepas ni. Mungkin Obama pula akan dituduh kena beli dek UMNO.
Tuesday, 14 May 2013
MB BARU JOHOR ANGKAT SUMPAH
![]() |
Dato' Seri Khaled Nordin |
JOHOR BARU, 14 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-15 dalam satu upacara yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini pada Selasa.
Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan Menteri Besar Johor selama 18 tahun.
Majlis angkat sumpah diadakan dihahadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sembilan termasuk Setiausaha Penganjur MCA kebangsaan yang juga ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri pada upacara berkenaan.
Sebelum ini, MCA telah menyatakan mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana parti itu mencatatkan pencapaian kurang memberangsangkan pada hari pengundian 5 Mei berbanding pilihan raya umum 2008.
Tee memegang portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan.
Hanya dua bekas Exco, iaitu Asiah Md Ariff (Exco Wanita dan Keluarga) dan Md Jais Sarday (Exco Pembangunan, Keusahawanan, Pelajaran dan Pengajian Tinggi) dikekalkan dalam barisan kepimpinan yang baru.
Selain itu, barisan exco terdiri daripada Datuk Hasni Mohammad (Exco Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah), R. Vidyanathan (Exco Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi), Abd Mutalip Abd Rahim (Exco Agama), Datuk Abdul Latiff Bandi (Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan), Ismail Mohamed (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Zulkarnain Kamisan (Exco Belia dan Sukan. -mstar
AL-FATEHAH KPL 113248 YUSRI BIN MANSOR
KPL 113248 Yusri Bin Mansor telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kulim pada tarikh 14.05.2013 bersamaan 4 Rejab 1434 Hijrah. Allayarham telah dilanggar oleh (1)(L)(M) semasa menjalankan tugas ronda cegah jenayah bersama (2) anggota polis serta MPV 8 di Hadapan Balai Bomba Hi-Tech Jalan Kulim-Mahang pada tarikh 13.05.2013. Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah dan mendoakan semoga Allayarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah untuk keluarga Allayarham dan semoga tabah dalam menjalani ujian dari Yang Maha Esa.
Sumber : Kenyataan rasmi FB Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.
Sunday, 12 May 2013
Thursday, 9 May 2013
BAGAIMANA DAP MENGUASAI SPR SECARA HALUS?
SPR Dikuasai DAP Secara Terancang, Provokasi oleh DAP Hanya Untuk Mengaburi Mata Rakyat.
Selama ini kita amat hairan mengapa pakatan haram telah menghentam SPR tanpa henti. Mereka cuba mencetus provokasi bahawa SPR bertindak bagi pihak kerajaan Barisan Nasional. Jangan kita mudah tertipu dengan helah mereka ini. Seorang kawan penulis bertugas sebagai “counting” dan “polling” agent di Selangor. Menurut beliau agen dari DAP telah berlagak seolah-olah mereka merupakan Ketua Tempat Mengundi (KTM) manakala KTM yang dilantik bertindak sebagai budak suruhan agen DAP ini.
Bagi membolehkan mereka menguasai dan memonopoli proses pengundian dan pengiraan, mereka telah memburukkan dan mengeji SPR bagi menutup hakikat bahawa sesungguhnya mereka menguasai SPR dengan meletakkan agen-agen SPR yang terdiri dari “Orang” mereka.
Seawal pagi agen SPR balaci DAP telah memeriksa surat sumpah agen Barisan Nasional tetapi mereka tidak perlu memerika surat sumpah agen DAP dan PKR walaupun agen Barisan Nasional membuat bantahan. Agen SPR dengan bongkaknya memberi isyarat tidak perlu memerika agen DAP dan PKR.
Agen DAP telah memantau perjalanan sehingga ketahap mengatur “Q” pengundi dengan memaksa pengundi mengundi dengan cepat, mengarahkan KTM membuat pengumuman setiap lima minit bahawa pengundi yang memakai pewarna kuku segera menanggalkan sendiri sebelum masuk mengundi.
Semasa pengiraan undi pula agen SPR yang jelas merupakan balaci DAP telah bertindak “double standard” dengan memaparkan kertas undi yang memihak kepada Barisan Nasional lebih lama bagi membolehkan Agen DAP dan PKR mencari salah dan membatalkan undi tersebut.
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa KTM dengan terketar-ketar terlalu takutkan agen DAP yang berlagak amat angkuh kononnya merekalah paling pandai mengira atas alasan kecinaan mereka sedangkan Mesyuarat Agung CEC yang begitu mudah pun berlaku kesilapan pengiraan yang amat ketara sehingga melibatkan ROS.
Pegangan diktator dan komunis mereka amat ketara dalam tindak tanduk mereka. Kita harus ingat Cina ni lagak aje lebih tapi banyak tong kosong. Mereka tidak mampu uruskan Negara Cina dengan baik sehingga rakyat Cina terpaksa merempat ke Negara lain dan mendapatkan kerakyatan bukan Cina demi untuk survival namun tetap berlagak angkuh kononnya bagus sangat. Perpaduan Melayu demi untuk menegakkan Islam dan mendaulatkan bangsa agama dan tanahair kini merupakan jihad kita.
Semoga Allah permudahkan segala proses keamanan Negara kita, aminnn ya rabbal alamin.
Perkongsian oleh Megat Panjialam melalui akaun Facebook beliau.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - 15 INTIPATI UCAPAN ANWAR YANG BAHAYA
1. 52% rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat
berdasarkan statistik jumlah undi keseluruhan yang diterima dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 yang lalu.
2. Sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat
di Perak sahaja mencecah 55%.
3. Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan
Sarawak telah memilih Pakatan Rakyat mahu Barisan Nasional tumbang.
4. Rakyat perlu bangkit menentang pembohongan
yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
5. Rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional
yang baru dipilih pada 5hb Mei 2013 yang lepas.
6. ‘Tsunami’ merangkumi seluruh kaum di
Malaysia, bukan kaum Cina sahaja.
7. Harga barang akan naik dalam masa terdekat
selepas Barisan Nasional kembali berkuasa.
8. Pakatan Rakyat akan menyelesaikan
pembohongan Barisan Nasional dengan suara rakyat sehingga kemenangan tiba.
9. Mengumumkan Pakatan Rakyat telah menang.
10. Berjanji tidak akan berundur dan akan terus
melawan Barisan Nasional bersama rakyat.
11. Harga minyak tetap akan diturunkan apabila
Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.
12. Cukuplah UMNO dan Barisan Nasional
memperbodohkan rakyat.
13. UMNO dan Barisan Nasional layak digelar
Tipu Segala Tipu.
14. Menggesa rakyat memakai baju hitam pada
setiap hari Sabtu sebagai tanda protes.
15. Akan meneruskan gerakan Reformasi sehingga
Barisan Nasional tumbang.
SEKEPING FOTO YANG TIDAK DISUKAI NIK AZIZ
Penyatuan bukan perkara mudah, tambah-tambah bila berkait soal ideologi dan fahaman politik. Tapi adakah ia mustahil?
Ya, mustahil. Selagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz menghalang penyatuan kita ini, impian melihat Melayu bersatu dan berpadu tidak akan menjadi kenyataan.
Tapi biarlah Tuan Guru dengan pendiriannya. Kita tidak semestinya terikat dengan dendam kesumatnya itu. Tak perlu. Nyahkan jauh-jauh. Biar saja dia berdendam dengan UMNO.
Kita bersatu di luar politik, di luar platform parti. Tunjukkan pada Tuan Guru kita mahu bersatu. Dia perlu hormat kehendak rakyat ini.
Wednesday, 8 May 2013
HIMPUNAN SUARA RAKYAT BAKAL CETUS MASALAH
SHAH ALAM 8 May - Himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap akan diteruskan seperti yang dirancangkan walaupun tidak mendapat kelulusan polis.
Pengarah Strategik PKR RAfizi Ramli berkata, himpunan di Stadium Kelana Jaya tidak memerlukan permit dan hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis sahaja.
“Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan," katanya.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan agar penganjur tidak akan meneruskan hasrat untuk berhimpun di kawasan tersebut.
Katanya, polis akan bertindak kepada mana-mana peserta atau penganjur yang berdegil untuk tetap melakukannya.
"Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah disisi undang-undang," tegasnya.
Himpunan tersebut antara lain mendesak SPR memperjelaskan kekeliruan yang berlaku pada hari pengundian Ahad lepas disamping menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah-sudahlah tu. Bukannya BN menang semua 222 kerusi pun. Tunjukkan sedikit rasa hormat kepada undang-undang negara.
JAWAPAN ISU RASIS UTUSAN MALAYSIA - SIAPA YANG MULAKAN??
![]() |
Keratan akhbar Utusan Malaysia, 7 Mei 2013 yang menimbulkan keresahan DAP. |
Oleh Zulkiflee Bakar | pengarang@utusan.com.my
Apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina yang termakan hasutan DAP sehingga mereka menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, ia dianggap rasis.
Penasihat Lim Kit Siang membuat kesimpulan laporan itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara.
Sebelum mana-mana pihak terus terpedaya dengan dakwaan seumpama itu, kajilah secara rasional siapakah yang sejak awal sehingga ke hari ini terus melakukan provokasi bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada BN.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul didapati terdapat gerakan tersusun dan luar biasa melalui media sosial, kempen dan risalah bagi tujuan berkenaan.
Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13.
Oleh itu mereka menguar-uarkan slogan ?Ubah? dan ?Ini Kali Lah?. Apabila kempen pilihan raya bermula, ia bagaikan kemuncak kepada ?kegilaan? para pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP untuk menanam kebencian rakyat kepada BN.
Justeru dalam kempen-kempen mereka, pemimpin-pemimpin DAP terus mengeluarkan pelbagai tohmahan bagi tujuan berkenaan.
Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran.
Mengamalkan rasuah, kronisme dan akan melakukan penipuan dalam proses pengundian adalah antara fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kepada BN.
Sehari sebelum pengundian dijalankan, pakatan pembangkang meningkatkan lagi tindakan-tindakan provokasi mereka, apabila menguar-uarkan di dalam laman sosial milik mereka kononnya BN akan menggunakan warga Bangladesh untuk mengundi bagi memastikan kemenangan parti itu.
Akibatnya, pada hari pengundian tercetus kejadian rakyat Malaysia yang seiras warga Bangladesh ditahan oleh penyokong pembangkang.
Untuk mengukuhkan kononnya akan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (PSR), isu dakwat kekal pula ditimbulkan pada hari berkenaan.
Seorang pemimpin DAP di sebuah kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan bersama penyokong melakukan?demonstrasi? untuk menanggalkan dakwat kekal yang dicalitkan di jari selepas mengundi.
Selain itu, tercetusnya tindakan provokasi oleh penyokong pembangkang menghalang pengundi dan rombongan membawa kertas undi.
Pada sebelah malamnya pula biar pun proses pengiraan undi masih dijalankan, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya memberi amaran kepada UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menyembunyikan apa yang dianggap kemenangan pakatan.
Apabila keputusan rasmi diketahui yang menyaksikan BN berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi Parlimen, provokasi pembangkang semakin meningkat.
Ia termasuklah tindakan menguar-uarkan di dalam laman sosial, BN telah melakukan penipuan dan pembangkang menolak keputusan tersebut.
Ketika majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menerima keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN kekal memerintah tanpa majoriti dua pertiga, pembangkang terus menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor manakala DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi yang ditandingi, provokasi DAP berterusan.
Hasutan DAP berjaya, selain pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan melalui laman sosial oleh penyokong mereka, sekumpulan wanita Cina seramai 40 orang yang memakai topeng muka dan menutup mulut telah berkumpul dalam apa yang dipanggil Silent Walk kelmarin bagi membantah keputusan PRU-13.
Dalam masa yang sama, tersebar pula sekumpulan anak muda Cina yang terpengaruh dengan politik cauvinis DAP bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Dan semalam, pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan PRU-13.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum tersebut.
Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang.
SMS itu turut mempertikaikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah.
Sementara itu, satu lagi SMS dalam bahasa Mandarin dikesan disebar secara meluas menghasut penyokong pembangkang supaya bangkit memberi sokongan kepada pemimpin mereka.
SMS itu mendakwa, akhbar Singapura melaporkan, keputusan kemenangan BN masih belum berakhir dan bakal ada perbalahan pusingan kedua yang merisaukan.
SMS itu turut memetik kenyataan seorang pemimpin pembangkang berbunyi: ?Para penyokong kami semua jangan risau, mereka (BN) masih belum menang, dan kita (PR) akan masuk perlawanan pusingan kedua.”
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, ia membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat Cina terpengaruh dengan politik provokasi DAP sehingga memungkinkan mereka menolak BN hampir secara total.
Oleh itu, tidak perlu pemimpin-pemimpin DAP hendak berdolak-dalik dalam soal ini dengan ?menyerang? Utusan Malaysia.
Dan mereka harus bersedia untuk bertanggungjawab jika negara huru-hara kerana merekalah melakukan provokasi politik melampau untuk mempengaruhi masyarakat Cina menolak BN.
Utusan Malaysia hanya mempersoalkan tindakan DAP dan penyokong mereka kerana bimbang perbuatan provokasi berterusan boleh membangkitkan tindak balas daripada kaum lain khususnya orang Melayu sehingga menghuru-harakan negara.
- UTUSAN
Jawapan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak apabila diajukan soalan berkaitan isu ini, klik SINI.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUKTI KENAPA ANWAR LEBIH LAYAK JADI PERDANA MENTERI
Agak menarik apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat cuba menggunakan hujah baru selepas mereka gagal memanipulasi minda orang ramai dengan isu-isu seperti pengundi hantu, IC, dakwat kekal dan blackout.
Kali ini, mereka guna pula modal jumlah undian yang diakui, memang memihak kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Atas dasar tersebut, mereka mendakwa Pakatan Rakyat lebih layak membentuk kerajaan kerana lebih popular berbanding Barisan Nasional.
Ironinya, mereka tidak nyatakan bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak sama seperti di Indonesia atau Amerika Syarikat. Kita di sini memilih parti untuk memerintah, bukan memilih individu untuk diangkat menjadi Perdana Menteri seperti Pilhan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Dalam sistem kita, undi popular bukanlah perkara yang diutamakan. Kita hanya memilih wakil rakyat yang bertanding mewakili parti-parti tertentu, manakala ketua kepada parti-parti ini yang akan dipilih secara tidak langsung menjadi Perdana Menteri selepas diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong.
Ketua kepada parti-parti tersebut yang dilantik menjadi Perdana Menteri pula tidak semestinya mendapat undi yang popular bagi mengesahkan kelayakan beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.
Apa-apa pun, keputusan sudah diperolehi. Rakyat sudah memilih parti mana yang layak membentuk kerajaan sekaligus memilih Perdana Menteri yang menjadi harapan dan impian rakyat Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIPU HELAH LIM KIT SIANG KE ATAS TUNKU AZIZ DIBONGKARKAN
Ini yang Tunku Aziz cerita kepada saya semasa makan asam pedas di Kota laksamana pada 1 mei 2013.
Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP?
Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.”
Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik?
Sebab masuk DAP
Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah).
Saya sudah lama jadi aktivis, nak mengurangkan rasuah di dalam negara kita, kerana saya sangat sayang negara saya.
Kalaulah betul saya ada cadangan nak jadi seorang ahli politik, saya sudah masuk UMNO semasa saya keluar dari universiti, semasa saya balik dari luar negara (dulu).
Seorang guru saya di Alor Setar, (Tan Sri) Hanafiah Hussain, dia jadi MP Yan, Kedah. Dia kata, Tunku mari masuk UMNO. Saya kata, tentang politik ini memang suka kerana masa di universiti dulu saya belajar tentang sains politik. Dia kata, belajar politik itu tidak sama dengan jadi ahli politik. Jadi, saya tak fikirlah saya ini boleh jadi seorang ahli politik.
Di dalam DAP, dia (Kit Siang) kata dia (akan) beri kepada saya satu platform. Katanya satu platform yang awak boleh teruskan kerja anti-kourpsi. Saya bertanya kepadanya, sebab masa dulu saya ada platform, saya Presiden Transparency International Malaysia dan juga Naib Presiden Transparency Worlwide.
Bila saya dah letak jawatan itu (Transparency International), saya sudah tidak ada lagi platform. Jadi, bila dia (Kit Siang) kata, “Okay, awak ada platform” , (maka) saya terima lah (masuk DAP). Bukanlah bererti saya minta pangkat ke apa dengan DAP, tidak.
Bila saya mula-mula masuk DAP (Ogos 2008), dalam masa dua hari, (saya) diberi jawatan Naib Pengerusi DAP. Lepas tu, tak lama selepas itu, dilantik jadi seorang Senator.Senator DAP pertama dari Pulau Pinang.
Pujukan Kit Siang & Guan Eng
Tetapi, bila saya masuk DAP dalam dua bulan sahaja, saya mula berfikir, saya masuk parti tak betul ini. Jadi, saya tulis surat kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). Saya kata, saya nak letak jawatan lah. Dalam DAP ini, kalau kita tulis surat, tak kira pangkat kita pangkat bawah, pangkat atas, mereka tak jawab surat kita.
Kemudian, setahun lepas itu (2009), sekali lagi. saya tulis surat kepada Kit Siang (Penasihat DAP). Selepas itu, Kit Siang dan Guan Eng datang berjumpa saya. mereka pujuk saya, ‘Tolonglah, kalau Tunku keluar DAP akan banyak masalah’.
Saya ingat, kita (saya dengan Kit Siang) ini kawan lama, oklah saya tak jadi keluar. Namun, saya lihat perkara yang dibuat dalam DAP adalah perkara yang saya tak boleh terima. Kita kena ada prinsip.
Dalam DAP ini, masa bercakap cukup pandai. Kata tak ada rasuah, tapi rasuah dalam DAP ini, macam Encik Jafrei (Nordin), dia buat satu press conference di Pulau Pinang, cerita semua.
Agenda rahsia
Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja. Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum, tetapi tentang agenda rahsia memang dia setuju. Dia tak kata dia setuju tapi kita fahamlah dia setuju.
Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan.
Baru-baru ini, konvensyen DAP di Pulau Pinang, nak melantik CEC, jawatan paling tinggi dalam parti. Lapan calon Melayu (masuk bertanding), seorang pun tak terpilih, tak dilantik.
Maknanya, kepimpinan tertinggi DAP tak boleh terima (Melayu). Jadi, nak tunjuk juga DAP ini satu parti berbilang kaum, dia kata dia buat silap semasa proses pemilihan itu.
Jadi, budak nama Zairil, dia kata Zairil ni orang Melayu tetapi Zairil ni bukan orang Melayu. Zairil ni nama betul dia.. (Christopher Howard Lim).. Dia (Zairil) jadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari. Khir Johari ni biasa dengan saya. Dia guru saya dulu di kolej. Saya kenal dia.
Kalau keturunan keluarga Zairil, bapa Cina, emak Cina, macam mana anak dia jadi Melayu ? Kalau dah masuk Islam tu, kita boleh terima dia sebagai seorang Islam tetapi jangan kata pula ini orang Melayu.
Kalau tak bersetuju, habis..
Dalam DAP ini, kalau kita tak bersetuju, habis. Saya masa masuk itu, ada seorang yang lama dengan DAP, saya tak boleh nak sebut nama dia, di Taiping. Dia kata, dalam DAP ini awak tidak boleh kritik Kit Siang dan Guan Eng. Jika awak kritik, cita-cita politik awak akan tamat. Maknanya, janganlah kita nak kata tak bersetuju.
Tapi saya, bukanlah saya nak minta sedekah dengan mereka ini. Mereka yang pelawa saya. Jadi, kalau benda tu tak betul, saya kata tak betul. Kalau benda itu betul, okay betul.
Sungguhpun saya dalam pembangkang, tetapi apa yang YAB Perdana Menteri lakukan itu, saya kata, kita kena sokong program transformasinya. Ini adalah satu program yang baik dan akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, (saya) sokong. Mereka cukup marah dengan saya.
Kalau saya sebut 1Malaysia pun marah, sampai begitu.. Jadi, (DAP) ini satu parti yang khianat. mereka tanam sentimen benci, bukan satu parti yang macam 1Malaysia, tidak.
Kalau tengok dia punya cara mereka menulis di siber, baru kita tahu bahawa parti ini (DAP) satu parti yang tak boleh halang kerana mereka bukan peduli, kalau melanggar undang-undang. Sungguh pun mereka ini semua pembuat undang-undang, ahli parlimen.
Taja Demonstrasi jalanan
Saya keluar dari DAP semasa saya jadi Senator. Dalam Senat saya bangun dan saya kata, saya tak bersetuju dengan apa yang Bersih akan buat iaitu street demonstration (demonstrasi jalanan). DAP hantar banyak duit kepada semua, beratus-ratus, boleh kata beribu-ribu orang rakyat Malaysia, suruh mereka keluar hari itu, buat satu demonstrasi jalanan.
Jadi, saya kata, ini saya tak boleh sokong. Saya memang sokong pemilihan yang adil dan bersih. Siapa tak sokong, semua rakyat sokong. Tetapi saya tak boleh sokong kalau Datuk Ambiga mahu melanggar undang-undang.
Kerajaan dah kata, jalan Dataran Merdeka itu satu kawasan larangan. Maknanya kita tak boleh nak masuk ke situ. Tapi mereka dah masuk juga, mereka tak peduli.
Jadi berlaku konfrantasi saya dengan Lim Guan Eng. Saya kata, memang saya tak boleh sokong. Saya tak boleh bersetuju. Dia kata, orang lain semua setuju, kenapa Tunku tak boleh setuju. Saya kata, dia nak bersetuju dia setujulah tapi saya tak boleh nak terima ini (kerana) nak memecahkan dan melanggar undang-undang.
Kalau satu undang-undang itu yang tak baiklah katanya, kita ada kaedah dalam sistem kita. Sistem demokrasi dalam parlimen. Kita nak ubah, nak alih, kita mesti melalui Parlimen.
Civil disobedience
Jadi, dia (Guan Eng) ingat dia pandai. Dia kata semula kepada saya. Dia kata, ini bukan nak pecah undang-undang, ini hanya ‘civil disobedience‘ (penentangan masyarakat awam tanpa keganasan).
Ini Lim Guan Eng dia ingat dia pandai. Tetapi bagi saya, budak ini cukup bodoh. Dia tak faham apa itu civil disobedience
Civil disobedience ini adalah satu konsep, bukan konsep baru, tetapi konsep lama. Di Eropah dulu. berpuluh-puluh tahun dulu sebelum Mathma Ghandi (di India). Tetapi Ghandi, dia buat civil disobedient kerana apa ? kerana dia nak halau orang Inggeris keluar dari India.
Jadi, saya tanya Guan Eng, “Di Malaysia, siapa yang awak nak tendang keluar? Kita adalah negara merdeka. Siapa yang awak nak tendang keluar ?
Oh dia (Guan Eng) kata di Southern Amerika Syarikat (AS), Martin Luther (orang kulit hitam) kata, mengikut Guan Eng, kalau undang-undang itu zalim, kita tak payah ikut undang-undang itu. Itu pun satu orang, saya kira otak yang dah beku.
Di Southern AS, orang kulit hitam , tidak ada apa-apa hak, no right. Nak naik bas pun tak boleh bersama-sama dengan orang putih. Kalau ada pun pendaftaran perhimpunan, orang kulit hitam ini, bukan sebahagian daripada sistem mereka.
Kalau begitu (keadaannya) saya pun bersetuju (jika menentang), tetapi di Malaysia ini, mana ada kita kata, bas ini untuk orang Melayu, bas ini untuk orang Cina, bas ini untuk orang India…tidak, semua sekali (boleh naik). Yang ada dibuat itu asing itu keretapi. Yang ini gerabak untuk perempuan sahaja.
Perjumpaan empat mata
Lim Kit Siang datang ke rumah (saya) dua kali. Dua kali.
Dia kata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan lain marah dengan apa yang saya kata itu, (iaitu) saya tak bersetuju dengan Bersih.
Jadi, saya kata kepada dia.. “Kit Siang, saya bukan masuk PKR, saya masuk DAP. Patutnya DAP “.. Ini point penting, dengar betul-betul, “DAP namanya Democratic Action Party“. Tapi demokrasi ini bukan demokrasi yang kita faham.
Dia kata, mereka tak bersetujulah apa yang Tunku kata itu. Saya kata okaylah.
Dia kata, “giliran anda disambung kontrak tidak lama lagi,”. Bila dia kata begitu, saya berasa marah.
Saya kata kepada Kit Siang..Jika kemasukan saya dalam DAP menimbulkan masalah, apabila awak jumpa Guan Eng esok, awak habiskan, jangan sambung jawatan (senator) saya lagi, saya tak mahu.
Tetapi apabila Guan Eng buat pengumuman kononnya, dia kata, saya ‘menyerang’ dia, tetapi dia tak kata saya menyerang dia sebab dia nak melanggar undang-undang.
Jadi, yang undang-undang itu disorokkan. Diberitahu kepada semua orang bahawa saya menentang, menentang pilihanraya yang adil dan bebas. Itu kejahatan dia. Saya tak boleh jadi ahli parti yang begini, tipu menipu, macam-macam.
Malaysia Spring
Lagipun, dalam DAP, mereka bukan kira apa akan jadi kepada negara kita ini. Mereka kata, kami harap akan berlaku satu lagi Arab Spring (di Malaysia).
Seorang lagi, lelaki senior, dia kata, “saya harap demonstrasi ini (BERSIH) adalah permulaan untuk Malaysia Spring”. Maknanya, mereka tak peduli. Mereka tak peduli apa akan jadi kepada negara.
Saya sudah kata saya menentang demonstrasi jalanan. Kita tengok dengan mata sendiri dan baca. Semua demontrasi jalanan ini, mula-mula secara aman. Tipu lah kalau kata emonstrasi kononnya aman. Mana ada penganjur demonstrasi ini kata “demontrasi untuk keganasan, tidak. Dia akan kata ‘sangat aman’. Tetapi tengok apa jadi.
Apa yang saya kata tu bukanlah bererti saya pandai, tetapi dah orang tua, memang ada pengalaman sikit. Apa yang akan (diramalkan), terjadi.
Jadi, bila dah jadi begitu, siapa yang lari dulu…Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan pembantunya itu lompat atas trak, lari keluar. Yang tinggal di situ Datuk Ambiga.
Datuk Ambiga menangis, minta maaf itu ini tapi dia sungguhpun seorang peguam tetapi bodoh juga kerana membenarkan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng sabotaj demonstrasi anjurannya itu. Maknanya, ahli-ahli politik telah berjaya memanipulasi demonstrasi itu.
Apa respon mereka, apa yang mereka kata, “Oh ini (kerja) polis. Polis masukkan orang dia dalam tu buat kacau”.
Macam saya juga bila sudah keluar parti, apa mereka kata, “saya dah dibeli”. Dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA. MCA banyak duit daripada UMNO. UMNO beli MCA bayar.
Masa kita masuk dulu, lagi kita kritik UMNO, wah kita hero, tetapi jika anda tidak bersetuju (dengan parti sendiri), habis cerita. Inilah DAP.
Masa depan Melayu
Saya dalam DAP dekat empat tahun dan hampir dapat banyaklah pengalaman, tengok apa dia buat betul (dan) tak betul. Kita khususkan kepada orang Melayu, kita ambil contoh Pulau Pinang.
Kalau ikut Guan Eng semasa tahun 2008, dia kata, “Sekarang DAP akan buat satu program nak naikkan hak orang Melayu di Penang.” Tetapi masa sekarang, apa yang jadi. Apa pun tak jadi.
Jadi, janganlah sekali-kali kita percaya, janganlah harap, sungguh pun dia kata parti berbilang kaum. Parti ini (DAP) adalah satu parti chauvinis.
Kawan-kawan saya dari DAP dulu, mereka faham. Kerana pandangan mereka sama dengan kita di sini iaitu perkara yang paling penting adalah negara. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu dan untuk semua rakyat Malaysia.
BN sudah memerintah kita dah berpuluh tahun, lebih daripada 50 tahun. Dalam masa ini kita tengok, negara kita cukup maju, rakyat kita boleh hidup dan kerjasama walaupun kadang-kadang ada tak setuju.
Masa British dulu, masa kita baru-baru merdeka dulu, orang Malaya masa itu apa pun tak ada. Kita tengok sekarang ini, bukanlah saya nak kata apa yang BN buat ini semuanya betul. Banyak juga yang tak betul tetapi kalau yang tak betul tu saya sendiri selalu kritik dia dalam majalah-majalah atau dalam surat khabar. Tetapi kalau perkara yang betul, patut kita kata bagus, patut kita sokong.
Saya pergi mana-mana pun saya kata, ini janganlah dengar parti pembangkang kata, “kita semua kena ubah.” Nak ubah apa kalau benda tu tak rosak, kita nak ubah apa. Jadi, dia kata ubah..ubah. Kita tak boleh ikut apa yang dikatakan oleh parti pembangkang.
Janji banyaklah. Kalau kita dengar Anwar Ibrahim, janji dia semua boleh buat tetapi kita tengok rekod dia. Janji itu hanya tinggal janji.
Catatan dikongsi oleh Saudara Hafeez Ismail melalui akaun Facebook beliau.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SULTAN KELANTAN REJEK HUSAM MUSA?
Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.
Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.
“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.
“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.
Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.
Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.
Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.
Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.
“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.
"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

Label
1+1
13 Mei
13 Mei 1969
1Malaysia
1Malaysia Brothers
1MDB
20 April 2013
206
A.Samad Said
A380
Abdullah Ahmad Badawi
ABIM
Adam Adli
AES
Ahmad Awang
AIC
Aidlifitri
Aiman Taslim
Air Asia
Airbus
Akademik
Akademik Pengajian Islam
Akhlak
Akidah
Akmal Kamaruddin
Akram Ikrami
Akta 174
Akta Berhimpun
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
AkuJanji
Al-Jazeera
Alam Bina
Ali Hamsa
Alif
Alvin
Aman
Aman Kampus
Ambiga. A. Samad Said
AMK
Ammar Atan
Amrin Buang
Anak
Anak Muda Sayang Negara
Anarkisme
Angkuh
Annual Camping
Annuar Musa
Antarabangsa
Anti
ANWAR
Anwar Ibrahim
Anwarinas
APCET
Arab Saudi
Asam Pedas
Asmara
Aspirasi
Astronomi
ATM
AUKU
Automotif
Awam
Azan Safar
Azhar Idrus
Azizan Razak
AZLAN
AZLAN LAZIM
Azmin Ali
Aznil Hisham
Ba
Babi
Babi DAP
Balik Pulau
Bangkit
Banglo
Banjir
BAPAK
Bar Council
Barat
Barisan Nasional
Barisan Nasional Selangor
Barrack Obama
BAWANI
BB1M
Belia
Bentara Guru
Benz Ali
Berani
Bernama
BERNAS 2012
BERSIH
BERSIH 2.0
BERSIH 3.O
BERSIH KAMPUS
Better Nation
Biadap
Biasiswa
Biseksual
Bisnes
Black 505
Black Ops
Blogger
Blogger Kapak
BN
Boikot
Boikot CINA DAP
Bola Sepak
Borneo
BR1M
Bukhairy Suffian
Bukit Aman
Bukit Gelugor
Buku Jingga
BUNGA RAYA
Buzze Azam
Calon
Cap Ayam
Cauvanis
Chan Kon Yeow
Changing
Chauvanits
Che Tom Yahya
Chegu Bard
China Doll
Cikgu
Cina
CN AL-AFGHANI
COMANGO
Cukai Jalan
Cybertroopers
DADAH
Dajjal
Dakwah
Dana
DAP
Dataran Merdeka
Dato' Aidit Ghazali
Datuk Fauzi Shaari
Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin
DATUK T
DBKL
Debat
DEMA
Democratic Islam Party
DEMOKRASI
Demonstrasi
Demontsrasi
Dewan Muslimah Pas Pusat
Dewan Pemuda PAS
Dewan Ulamak PAS Pusat
DIP
Diplomatik
Dokumen
Domestik
Dong Zong
DPPP
Dr. Mazlan Ismail
Dr. MiM
Dr. Muhaimin Sulam
Dr. Nasir Zakaria
Dr.MAZA
DRB HICOM
DUN Kelantan
Dyana Sofya
DYMM YDPA
Dzukifly Ahmad
e-Undi
EDIKOUP
EKONOMI
Enlighment
ESKAY
Ezam Mohd Nor
Faekah Hussin
Fahmi Reza
Fahmi Zainol
Fakta
FAM
Fasakh
Fathul Bari
Fatwa
FELDA
Filem
Filiphina
Filsuf
Fitnah
Fitnah PAS
Flashmob
Freedom
Freemason
Gaji Minimum
GAMIS
Ganas
GASAK
Gay
Gelang Patah
Gene Sharp
George Soros
Gerakan Harapan Baru
Gerila
GHB
Global
GM UKM
GM13
GMI
Google
GRADUAN
Guru
Hakim
Hakka
Harakah
Harga
Hari Belia Negara
Hariz Zuan
Harun Taib
HARUN YAHYA. PKR
Harussani Zakari
Harussani Zakaria
Hasan Ali
Hasan Basri
Haziq Abd Aziz
Haziq Abdullah
HBN 2012
HINDRAF
Hindu
Hippie
Hippies
Hishamuddin Rais
Hishamuddin Tun Hussein Onn
Hisyamuddin Rais
Hj. Hadi Awang
Hollywood
Homoseksual
Hudud
Hukum Barat
Hukum Hudud
Hunger Strikes
Husam Musa
Hutang
Hutang Negara
Ibu
ICJ
Idris Jusoh
IKD
Iklan
Illuminati
ILMU
Imam
Imam Muda
Iman
IMF
Implikasi
Indian
Indonesia
Inter-faith Marriage
IPG
IPTA
IPTS
IRI
Irshad Manji
Islam
Islam Tanwiri
Islamiah
Ismail Mina
Israel
Istana Negara
Jabatan Audit Negara
Jabatan Peguam Negara
Jalur Gemilang
Jambatan Kedua
JASA
JATI
Jenayah
Jiddan
Jingaa 13
Jiyyad
Johan Jaafar
Johan Raja Lawak
Johor
JPA
JPM
JPP UiTM
k-POP
Kaabah
Kad Diskaun
Kafirkah Aku
Kahwin Campur
Kak Wan
Kalimah Allah
Kamarul Bahrin
KAMI
Kapak
Karikatur
KARISMA
Karpal Singh
Kartun
Karya
KAS
Katolik
KDN
Kebajikan
Kebebasan Bersuara
Kelab Penyokong Bn IPTA
Kelab Penyokong Mahasiswa
Kelab Sosialis UiTM
Kelantan
Kementeria Pengajian Tinggi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kempen PRU 13
Kepala Babi
Kereta
Keris
KERJAYA
KESATUAN
Kesatuan Mahasiswa Malaysia
Kesesakan
Ketum
Khairy Jamaluddin
Khaled Nordin
Khalid Ibrahim
Khalid Ismath
Khalid Jaafar
Khalid Samad
Khir Toyo
Kiamat
Kiasu
KIMAK
Kiram III
KL GENGSTER 2
Komando Malaysia
KOMAS
Komrad Haizal
KOMTAR
Komunisme
Konflik
Konspirasi
Kota Damansara
KPN
KPT
Kristianisasi
Kronisme
KSN
Kuantan
Kubu Gajah
Kuda
KUIN
KUIS
Kultusisme
LAHAD DATU
Langgar
Lapar
Lelaki Harapan Dunia
Lembaga Pengampunan
Lenovo
Lesbian
LGBT
Liberal
Liberalisme
Lim Chee Wee
Lim Guan Eng
Lim Guang Eng
Lim Kit Siang
Limau Mandarin
Liqa
LIWAT
Liwat 2
LMP
Logo Merdeka
Low Yat
Lynas
MAFREL
MAGAR
Mahasewel
Mahasiswa
Mahasiswa Keadilan
Mahasiswa Putra
Mahasiswi
Mahfuz Omar
Majlis Belia Negara
Majlis Fatwa Kebangsaan
Majlis Mahasiswa Bertindak
Majlis Peguam
Majlis Syura Ulama PAS
Makkah
Maktab
Malaisi
Malaysia
Malaysia Bangkit
Malaysiakini
Maliki Rafiee
Mandeep Singh
Mangsa
MANIFESTO BARISAN NASIONAL
MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
Manipulasi
Maria Chin Abdullah
Marina Mahathir
MAS
Maslee Malik
Mat Sabu
Matawang
Mazlan Aliman
MBM
Media
Meja Bulat PTPTN
Melaka
Melayu
Memali
Merdeka
MESIR
MILF
Minda Intelek
Misha Omar
Misuari
MMB
MNLF
Mogok
Mohd Sabu
Monarki
MPKB
MPP
MT UMNO
Muflis
Mufti
Muhyiddin Yassin
Mukhriz Mahathir
Mulia
Munafik
Murtad
Musa Hasan
Mustapha Ali
Musuh
Muzabzib
N. Selangor
Nadir
Najib
Najib Razak
Nasa
Nasharuddin Mat Isa
Nasruddin Hassan
National Debts
Nazarudin Zainun
NED
Negara Islam
Nepotisme
NGOs Islam
NIK ABDUH
Nik Aziz
Nizar Jamaluddin
Noh Omar
Noramfaizul
Novandri
NUJ
Nuklear
Nur Jazlan Mohamed
Nurul Izzah
Occupy
Ong Jing Cheng
Oppo
OPPO Smartphone
Ops
Ops 2020
Ordinan Darurat
Overseas
P. Kamalanathan
PAC
Padang Kota
Pahang
Pak Zad
Pakatan Rakyat
Palestin
Pantai Timur
PAPA GOMO
Parasit
Parti Sosialis Malaysia
PAS
PAS Fitnah
PAS For All
PAS Kedah
PAS Larut
PAS MELAKA
PAS Perak
PASMA
PAU 2013
PDRM
Peguam Negara
Pekan
PEKIDA
PELUANG
Pemahsyuran
Pembangkang
Pemimpin
Pencerahan
Pendidikan
Pendidikan Percuma
PENGGANAS
Pengganas SULU
Penggerak Mahasiswa UM
Pengundi Hantu
Penjawat Awam
Penyapu
Perak
Perang Saudara
Percuma
Perkara 10
PERKASA
Permatang Pauh
Perpaduan Melayu
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya
Persatuan Muka Buku
Persepsi
Perubahan
Perusuh 28 April
Petronas
Phang Li Koon
Piala FA
Pilihanraya
Pinhorn
PKPMI
PKR
PKR Permatang Pauh
PKR Selangor
PKRPKR
Pluralisme
PMI
PMI UM
PMI USM
PMIUM
PMN
PMO
PMUKM
Polis
Politeknik
Politik
Pr
PR1MA
PRK
PRKUM2013
PRKUM2014
PRKUPM2014
PRKUUM2014
Pro-M
Pro-M UM
Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof
Prof. Sidek Baba
Progresif
Progresif UM
Propaganda
Proto-Sejarah
PROTON
Provokasi
PRU 13
PRU-13
PRU13
PSM
PTD
PTPTN
Pulau Pinang
Putrajaya
Queensbay Mall
Quran
Radiasi
Rafizi Ramli
Ragut
RAHMAN
Rais Yatim
Raja
Rakyat
Ramadhan
Rasis
Rasuah
Raya
Red Bean Army
Revolusi
Ridhuan Tee Abdullah
Ringgit Malaysia
Riot
Rizab Negara
RON 97
RON95
Rosmah Mansor
RTM
S.Ambiga
Sabah
Safwan Anang
SAIFUL BUKHARI
Salman Rushdie
Saman
SAMM
SAMSENG
Sarawak Report
Sejarah
Seks
Seks Bebas
Seksualiti Merdeka
Selangor
Serikat Mahasiswa
SESAT
Sewel
Sg. Acheh. PAS
Shabery Cheek
Shah Alam
Shahar Abdullah
Shamsul Iskandar
SHAZNI MUNIR
Shukri Razab
Shukri Rembau
Sidek Baba
Sin Chew
Sinar Harian
Siswa Penggerak Universiti
SKMM
SMM
Solat
Solusi
Sombong
Sosial
Sosialis
Sosialisme
SPF
SPM
SPR
Stadium Kelantan
Statistik
Strategi
Suara Keadilan
SUARAM
Subsidi
Suhardi Hassan
Sukan
Sulit
Sultan
Sultan Johor
SULTAN OF KELANTAN
Sultanate of Sulu
Sulu
Surat
Syahid Zaini
Syahredzan Johan
Syariat
Syed Zainal
Syiah
Syria
Ta
Tahun Baru Cina
Taib Azzamuden
Taksub PAS
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tanda Putera
Tangan Asing
Tangan Ghaib
Tanggang Moden
Tarbiyah
Tarif Elektrik
Tassawuf
Teng Chang Yeow
Teroris
Tertiari
The Nuth Gruph
The Red Warriors
Thubut
Tian Chua
TIBAI
Tivoli Villa
TNB
Tokong
Tol
TOLAK
Tony Pua
Transeksual
Transformasi Mahasiswa UUM
Transgender
Tuan Ibrahim Tuan Man
TUKAR
Tun Dr. Mahathir
Tun Mahathir
Tunku Abdul Aziz
Tunnel
TURUN
Twitter
UIAM
UiTM
Ujrah
UKM
Ulamak
Ultra
Ultra Kiasu
UM
UMNO
Umum
Undang-undang
UNIMAP
UNISEL
UNISZA
Unit Amal PAS
Universiti Malaya
UPM
UPSI
Uranium
Usahawan Melayu
USIM
USM
Usrah
Ustaz Kazim Elias
Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Ustaz Rujhan
Utan Kayu
Utara
UTEM
UTHM
UTM
Utusan Malaysia
UUM
Vivian
Wacana Pembela dan NGO Islam
Wan Azizah
Wartawan
Wasatiyyah
Waythamoorthy
We Love PM
Wifi
WPP
WSJ
Yahudi
Yang DiPertuan Agong
Yayasan Selangor
Youth
Yuktes Vijay
Yusof al-Qardhawi
Zahid Hamidi
Zairil Khir Johari
Zalim
Zamry Abd Kadir
Zionis
Zuhdi Marzuki
Zulkifli Nordin
Zunar