Kalau pak-pak lebai PAS tengok gambar kat bawah ni, pasti mereka mencongak semberono sambil mendakwa ia sebagai hasil ubahsuai semata-mata. Memang tak ramai pun. Lebih 80 ribu orang kesemuanya yang turun ke Padang Tembak, Ayer Hitam, Pulau Pinang semalam bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam PRU ke-13 ini. 80 ribu je pun. Sikit sangat, kan?
Foto ini dirakam secara amatur langsung dari atas pentas utama kenamaan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman. Sebaik dirakam, ia lantas dihantar ke dinding Facebook oleh Dato' Zainal Abidin sendiri, sekaligus menidakkan sebarang kemungkinan foto ini diedit terlebih dahulu sebelum disiarkan.
SB yang turut berada di lokasi boleh sahkan jumlah keseluruhan lebih 80 ribu pengunjung yang berhimpun malam tadi bersama Dato' Seri Najib. Pelbagai kaum, pelbagai ragam manusia bersatu menyatakan suara dan semangat untuk menumbangkan pemerintahan Lim Guan Eng.
1 comment:
Jgn terpedaya dgn org Cina Pulau Pinang. Org beri bantuan memang mereka yg dulu sampai terutama dpt mkn percuma. Hantar ibu bapa naik Mercedes kutip duit BRIM.
Malam tadi ada perhimpunan raksasa anjuran DAP di bhg pulau. Jalan sesak. Bila la org Melayu nak jd lebih pandai dgn bersatu?
Post a Comment