Gerombolan mahasiswa antiestablishment dijangka akan menghangatkan suasana kampus di seluruh negara sepanjang dua minggu ini.
Kumpulan mahasiswa haluan kiri yang lebih dikenali sebagai Pro-M ini amat kemaruk mahukan kuasa lantas menggunakan kesempatan menyertai pilihan raya kampus (PRK) sebagai peluang terbaik menonjolkan diri.
Tetapi percayalah, intensi sebenar mereka bukanlah mahu berkhidmat kepada mahasiswa. Niat sebenar mereka hanyalah untuk membantu parti-parti politik tertentu memasuki kampus sekali gus berkempen dalam kalangan pelajar universiti. Lihat bukti tersebut seperti dalam video di bawah.
Video ini secara jelas menunjukkan kepada kita siapa sebenarnya kumpulan Pro-M ini. Bertudung labuh dan berkopiah putih hanyalah pakaian tetapi akhlak dan tutur kata mereka sangat jijik sama seperti ahli-ahli dan penyokong parti politik tertentu di luar kampus.
Adakah golongan ini yang kita mahukan sebagai pemimpin mahasiswa di dalam kampus?
Adam Adli, Khalid Ismath, Safwan Anang, Syahid Zaini, Syazni Munir dan ramai lagi, merupakan antara nama yang cukup terkenal kerana kebiadapan mereka dalam menyuarakan sesuatu pandangan.
Bukankah mahasiswa itu golongan terpelajar? Bukankah yang dinamakan mahasiswa itu harus bijak dalam menyusun gerak langkah dan bicara? Justeru kenapa mereka jadi begini?
Jawapan tidak diperlukan. Apa yang anda perlukan ialah mengenali wajah sebenar golongan mahasiswa yang gah dengan label Pro-M ini. Mereka bukan pro kepada mahasiswa tetapi pro kepada pembangkang! Apa yang mereka sedang lakukan? Tak lain dan tak bukan, membawa masuk budaya anarkisme begini ke dalam kampus dan kita semua bakal terima kesannya.
Masih mahukan mereka?
1 comment:
DEMIKIANKAH BUDAYA MAHASISWA MASA HADAPAN ???
Post a Comment