Sekali lagi Modus Operandi Pro-M untuk menonjolkan isu politik kampus ditiupkan semula apabila mereka mengadakan program Himpunan Bersih Kampus pada 16 September 2012, selepas berapa bulan dihentikan kerana tidak mendapat sambutan dikalangan warga kampus (walaupun mereka cuba tonjolkan Adam Adli sebagai ikon mahasiswa tetapi masih lagi tidak melekat di hati warga kampus IPT) .
Jadi para pemikir strategi Pro-M terpaksa mencari kaedah dan pendekatan baru untuk “ engage ”kan warga kampus dengan Pro-M. Oleh kerana itulah dalam konvensyen Pro-M Nasional pada 6 Sept 2012 yang lalu mereka telah mengeluarkan 6 tuntutan dan 3 resolusi untuk dijadikan modal kempen. Ia juga sebagai satu cara untuk pastikan mereka kembali “ relevan ” di minda warga kampus menjelang pemilihan MPP yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Bagi Pak Zad, perhimpun yang diadakan di SOGO, Kuala Lumpur yang didakwa dihadiri oleh 600 orang pelajar dan juga sebagai merealisasikan tuntutan dan resolusi Konvensyen Pro-M Nasional, adalah satu lakonan saja yang “director” nya masih director yang lama yang masih membawa “tuntutan” lama. Sedangkan barisan MPP/MPM Pro-M yang memerintah di UM,UKM dan UIA pada pemilihan MPP yang lepas telah mengunakan sistem pemilihan yang sedia ada yang didakwa tidak telus dan bias oleh Pro M tetapi Pro-M tetap menang dan memerintah kampus. Begitu juga di universiti – universiti lain yang mana Pro-M tidak memerintah tetapi masih memenangi kerusi-kerusi tertentu walaupun bukan majoriti.
Adakah tujuan Perhimpunan Bersih Kampus adalah untuk menyatakan pemilihan MPP di kampus tidak bersih?
Sekali lagi Pak Zad lihat para Strategis Pro M cuba untuk menolak realiti yang berlaku dalam pemilihan MPP yang lepas. Bukankah Pro-M telah menang di UM sebagai Universiti Premier dengan mengunakan sistem E-Voting? Ironinya mereka sangat radikal membantah sistem tetapi tetap menang. Jadi ramai warga kampus agak keliru, apa sebenarnya yang dikatakan tak bersih itu ? Adakah bila Pro-M menang maka pemilhan MPP adalah bersih ataupun apabila mereka kalah maka pemilihan MPP adalah tidak bersih? Jadi bagi Pak Zad, Pro-M telah menjadikan pemilihan MPP sebagai satu “political game” macam parti-parti politik di luar.
Bagi Pro-M, “ game “ yang mereka mainkan ialah mereka perlu kemenangan dan tidak kira apapun caranya termasuk berkonfrantasi dengan pengurusan university. Sering kali pengurusan universiti akan menjadi “punching beg” sekiranya mereka kalah. Jarang kita dengar Pro-M menyalahkan diri mereka sendiri atas kekalahan dialami. Jarang mereka menerima hakikat yang mereka tewas kerana majoriti pengundi menolak perjuangan Pro M yang suka berkonfrantasi, terlalu emosi, tidak rasional dan selalu mengunakan pendekatan demonstrasi di jalanan. Walaupun begitu kebenarannya, perjuangan Pro-M sangat di kenali oleh warga kampus sebagai Pro M yang radikal.
Oleh itu bagi Perhimpunan Bersih Kampus, Pak Zad letakkan sebagai satu lagi lakonan hebat Pro-M yang cuba menjadi Champion di kampus, tetapi realitinya Pro-M takut pada bayang-bayang sendikit. Terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh mereka yang telah mencemarkan nama mahasiswa di IPTA. Oleh kerana itu mereka perlu menebus dosa itu dengan cuba menjadi champion kepada isu-isu mahasiswa dan kampus. Tetapi yang jelas, isu yang Pro-M bawa sangat tak releven dalam tuntutan mereka,lebih bersifat untuk perjuangan mereka untuk memenangi pemilihan MPP semata-mata.
Perhimpunan Bersih Kampus, adalah satu lagi usaha lakonan semula drama yang penuh kepalsuan yang di “director”kan oleh pengarah lama. Tujuannya hanya satu iaitu menghancurkan kampus dengan kepentingan dan agenda mereka. Para pengundi kampus untuk pemilihan MPP 2012/2013 ini, buatlah pilihan terbaik. Fokuskan pemilihan kepada perjuangan yang “diplomasi, rasional dan toleransi “ dan tolak kumpulan yang membawa “konfrantasi, emosi dan radikal “ yang mencemarkan imej “ mahasiswa yang intelektual”. Negara kita mememerlukan generasi muda yang mempunyai nilai “sederhana” bukan radikal seperti Pro M.
Oleh Pak.Zad (blog : sembang pak zad)
* Artikel ini dikirim oleh blogger PAK.ZAD yang mempunyai pengalaman luas dalam politik kampus.
** Pro-M ialah kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang menjalankan aktiviti politik bertopengkan pembangkang di dalam kampus.
1 comment:
NighBerkz :Betul tu.. mereka lebih pada perjuangan peribadi bukanlah untuk kebajikan Mahasiswa.. mereka lebih terikat oleh Politik diluar..
http://nighberkz.blogspot.com/2012/09/perjuangan-belum-selesai.html
Post a Comment