Ketika SB ditanya apakah
sebenarnya Konspirasi Ops 2020 yang dimainkan oleh kumpulan mahasiswa
propembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, SB sendiri tidak dapat
menjawab dengan tepat.
Hasil penelitian yang dibuat, isu
ini dibangkitkan semata-mata untuk mengaitkan Perdana Menteri dan beberapa
jabatan kerajaan yang lain serta UMNO dalam keputusan penangguhan pilihan raya
kampus pada bulan April yang lalu.
Penangguhan ini dipercayai memberi
kesan besar kepada semua yang terlibat secara langsung termasuk kumpulan
Aspirasi Mahasiswa.
Justeru bagi mengekalkan momentum
politik sedia ada, Pro-M dengan bantuan PKR yang beribu pejabat di Tropiccana,
Damansara telah merekayasa cerita kononnya penangguhan PRK itu didalangi antara
lain oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),
Biro Tatanegara (BTN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan UMNO seperti yang
didedahkan dalam satu minit mesyuarat baru-baru ini.
Mengukuhkan lagi cerita ini, PKR
turut menyediakan slides khas yang
memperincikan gerakerja pilihan raya kampus di kesemua IPTA yang berjumlah 20
buah dengan sasaran menang di semua kampus tersebut. Justeru terciptalah nama
yang direkayasa oleh thinkers di headquarter PKR itu iaitu Operasi 2020
atau Ops 2020, iaitu operas khas memenangi 20/20 IPTA di seluruh Malaysia.
Bermodalkan dua bukti inilah
(minit mesyuarat tanpa tandatangan dan slides), Pro-M dan kepimpinan Pakatan
Rakyat menjaja cerita ke seluruh pelosok negara kononnya Perdana Menteri
terdesak untuk meraih kemenangan dalam PRU-13 hingga terpaksa mencampuri urusan
pilihan raya kampus. Alasannya, Dato’ Seri Najib memerlukan masa yang lebih lama untuk
membina kekuatan sokongan dalam kalangan mahasiswa! Masuk akalkah?
Namun, cerita ini terus dijaja
hinggalah akhirnya ia lekat sebagai persepsi dalam minda orang ramai
terutamanya mahasiswa kononnya Ops 2020 ini ialah konspirasi jahat pihak
kerajaan dalam meracuni akal fikiran penuntut universiti di Malaysia.
Hakikatnya, penangguhan pilihan
raya kampus ini bertujuan menyelaraskan semula jadual akademik di
semua IPTA selepas anjakan tarikh permulaan semester dibuat bermula sidang ini
dari bulan Jun ke bulan September. Ia juga antara lain bertujuan memberi
peluang kepada pelajar-pelajar diploma untuk turut serta dalam pilihan raya
kampus kerana jika diadakan pada tarikh asal, ia bertembung dengan cuti
semester akhir kumpulan pelajar ini.
Namun bagi pembangkang di negara kita,
apa-apa sahaja tindakan atau keputusan yang diambil membabitkan kerajaan atau
institusi-institusi awam, semuanya bersifat politik dan menguntungkan UMNO dan
Barisan Nasional semata-mata. Lebih dahsyat lagi, ia akan dilabel sebagai
konspirasi terancang untuk menindas parti-parti pembangkang. Geleng kepala SB!
Adakah SB juga sedang merekayasa
konspirasi melalui entri ini? Adakah SB membuat cerita perkaitan ibu pejabat
PKR dengan gerakan mahasiswa propembangkang membabitkan kepimpinan utamanya
seperti Safwan Anang, Khalid Ismath dan Adam Adli? Nantikan bukti yang bakal SB
lampirkan dalam entri-entri selepas ini.
Sebelum itu, SB tinggalkan kepada anda dua rujukan di bawah sebagai klu pendedahan selanjutnya selepas ini. Tiada huraian. Fikir-fikirkan dahulu.
2 comments:
Hahahaha. Nak cuba jawab isu Ops 2020 lah tu. Sudah terang lagi bersuluh. Rahsia umum memang terbukti UMNO di belakang tabir pilihanraya kampus di seluruh IPTA.
Saya nasihatkan admin tidak fokuskan isu ini untuk serang pro-M. Rugi
Terima kasihlah balas soalan tu... Teruskan membongkar. I wait...hehe HIDUP ASPIRASI! :D
Post a Comment