Begitu terdesaknya jentera Pro-M Universiti Malaya hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan di FB mereka seperti dalam printscreen di bawah.
Pro-M UM ialah kerajaan? |
Pro-M di Universiti Malaya pernah membentuk Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) pada sidang lepas kerana memenangi kesemua kerusi umum dan sebahagian besar kerusi fakulti yang dipertandingkan. Atas faktor tersebut, Pro-M menganggap mereka adalah 'kerajaan' di Universiti Malaya.
Namun, apa yang disembunyikan oleh mereka ialah fakta bahawa Pro-M sebenarnya proksi pembangkang di dalam kampus, baik di UM mahupun di mana-mana IPT lain.
Peranan mereka sentiasa dibayangi pembangkang. Di dalam kampus, Pro-M sering menentang pihak universiti sendiri. Lebih teruk, mereka sering memalukan nama baik universiti melalui tindakan-tindakan berunsurkan politik ketika di luar kampus.
Safwan Anang, Syahid Zaini dan Haziq Abdullah misalnya, merupakan tiga orang aktivis Pro-M UM yang kini sedang menjalani penggantungan kerana mencemarkan nama baik universiti melalui penglibatan secara langsung dalam Demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan Rusuhan BERSIH 24 April 2012 di Dataran Merdeka.
Untuk rekod, Syahid Zaini sendiri merupakan Presiden MPM sidang lepas.
Justeru inikah yang dikatakan kerajaan? Sebagai kerajaan, sepatutnya mereka bekerja dan berkhidmat untuk mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya, bukannya sibuk berpolitik siang dan malam.
Kalau benar mereka ialah kerajaan, apakah sumbangan yang telah diberikan kepada universiti dan warga kampus amnya? Seluruh kampus tahu apa sumbangan yang telah diberikan oleh mereka selama ini.
Kalau benar mereka kerajaan, maka kita wajib tolak kerana mereka ialah kerajaan yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab!
4 comments:
gila punya hipokrit
Ni la yg dikatakan Gila Kuasa tahap gaban
Salam Bro.
Kira 'betul'lah tu... Kerajaan Mahasiswa UM, UIA dan UKM, tapi di IPTA lain semuanya pembangkang, ada IPTA yang Pro-M tak ada tempat pun dalam MPP... jangan takutlah... GERAK akan menang PRK UM... Satu lagi. Bersih 3.0 28 April, bukan 24 April ya... :D
bodo ke ape..maksud die pro m menang jadik die punya posisi jadik kerajaan la..aspirasi dpt posisi pembangkang la...zzz....
Post a Comment