Parti Cap Ayam? Ya itulah gerangan kumpulan BEBAS yang tiba-tiba muncul entah dari mana di USM. Seperti yang pernah SB bangkitkan sebelum ini SINI, kumpulan mahasiswa yang kononnya bebas ini benar-benar muncul di hari penamaan.
Lebih menarik, mereka turut mengeluarkan kenyataan akhbar khas bagi menyatakan sebab musabab penyertaan mereka dalam pilihan raya kampus di USM kali ini. Lihat kenyataan akhbar tersebut seperti di bawah.
Hasrat sudah murni. Tetapi benarkah mereka ini benar-benar bebas?
Menurut sumber dari USM, kumpulan ini sebenarnya didalangi 'pihak' tertentu yang menaja gerakan mereka sepanjang kempen pilihan raya kali ini.
Jadi siapa sebenarnya mereka?
Mengikut nama calon yang ditampilkan, antara yang akan bertanding ialah Saudara Norasrizal Aswad (Konstituensi UMUM) dan Ramli Salleh (Konstituensi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan). Kedua-dua calon ini dikatakan sering muncul dalam program-program universiti termasuk yang digerakkan oleh Pro-Aspirasi Mahasiswa USM.
Berdasarkan analisa kekuatan pula, calon UMUM mereka ini tidak mempunyai pengaruh yang besar di dalam kampus. Hal ini dibimbangi akan menjejaskan peluang calon Melayu dari kem Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa kerana berpotensi memecahkan undi kaum.
Terdadapat juga desas-desus mengatakan kesemua calon ini dihantar oleh Pro-Mahasiswa USM sebagai salah satu strategi merendahkan moral calon-calon Aspirasi. Sekiranya menang kelak, kesemua calon ini akan bertindak mengisytiharkan sokongan kepada Pro-Mahasiswa seperti yang pernah berlaku dalam siri pilihan raya sebelum ini.
Kalau ini yang berlaku, memang ayam betullah kumpulan Cap Ayam ini. Begitu mudah diumpan!
3 comments:
kalau ada bukti boleh diperlihatkan kepada umum. analisis boleh dibuat tetapi mestilah mempunyai bukti sahih. jika x apa yg saudara tulis x lebih dari andaian semata-mata.
nape page nie ingin menunjukkan pro Aspirasi adalah mangsa keadaan n proM saje nak menagih simpati oranglain...seolah2 proM nie saje nk cetuskan kontrovesi...terpulanglah oranglain utk menilai..n pati cap ayam beriri atas tiket masing-masing bukan di hantar sane sini seperti diuarkan
nape page nie ingin menunjukkan pro Aspirasi adalah mangsa keadaan n proM saje nak menagih simpati oranglain...seolah2 proM nie saje nk cetuskan kontrovesi...terpulanglah oranglain utk menilai..n pati cap ayam beriri atas tiket masing-masing bukan di hantar sane sini seperti diuarkan
Post a Comment