Dalam entri terdahulu, SB bercerita panjang lebar tentang modus operandi terbaru kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang lebih dikenali sebagai Pro-M dalam usaha mereka meraih perhatian pelajar-pelajar baru sidang 2012/13 yang mula mendaftar masuk pada minggu ini. Klik SINI.
Tidak dapat disorok lagi, Pro-M sangat terdesak sebenarnya. Selepas pelbagai aktiviti mereka menjadi duri dalam daging, akhirnya Pro-M mengubah strategi dengan memperkudakan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) bagi menjalankan aktiviti di dalam kampus-kampus.
Apa yang dikesalkan, dalam keghairahan berpolitik itu, PMI turut menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara seperti melanggar peraturan universiti, bertindak mendahului tugas rasmi pihak berautoriti serta berbohong bagi meraih publisiti murahan.
Adakah SB sedang memfitnah mereka? Tidak!! Ini buktinya.
Printscreen di atas menjelaskan kejijikan kumpulan mahasiswa yang kononnya memperjuangkan kebenaran tetapi hakikatnya tak ubah seperti kaum munafik yang menipu untuk kepentingan sendiri! Nauzubillah.
Anda boleh baca laporan yang disiarkan oleh portal Nusajayakini itu di SINI. Dalam laporan berkenaan, PMI Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berbohong tentang kehadiran Naib Canselor UTM ketika hari pendaftaran pelajar baharu. The truth is, Naib Canselor tidak berada pun di UTM malah tidak ada pun di Malaysia! Beliau kini berada di Amerika Syarikat atas urusan kerja!
Apa PMI UTM sibuk sangat ni? |
Justeru bagaimana PMI UTM tergamak berbohong sedemikian rupa? Lebih memalukan, hal ini turut dipertahankan oleh kepimpinan GAMIS termasuk Presidennya, Akram Ikrami Taib Azamuden, anak bekas Imam Besar Masjid Negara.
Sudah-sudahlah menipu.
Kuda tunggangan Pro-M? |
Berdasarkan info daripada HEMA UTM, urusan pendaftaran pelajar baharu tidak melibatkan peranan oleh mana-mana persatuan pelajar termasuk PMI. Hanya petugas yang dilantik dan ditauliahkan sahaja diberikan peranan mengelolakan perjalanan hari tersebut dan sepanjang minggu suai kenal yang masih berlangsung ketika ini.
Hal ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia adalah amalan standard di UTM yang telah digunakan sejak sekian lama. Bukan sahaja UTM, di mana-mana universiti pun sistemnya sama. Jadi tak usahlah dipolitikkan. Selesai minggu suai kenal nanti, carilah pelajar-pelajar baharu ini kalau anda benar-benar mahu mencari undi dan pengaruh.
3 comments:
so what? they are progressive malay. not malay that is malas like you!
so what? they are progressive malay. not malay that is malas like you!
lulz, gmbr last tu, aku dtg antar adik aku kat utm kot ari tu...
Post a Comment