Menjelang hari pembuangan undi, kem Pro-M Universiti Malaya nampaknya sudah gawat. Semalam mereka adakan kempen speaker corner tapi sambutan yang diterima amat mendukacitakan. Lihat gambar-gambar di bawah.
Kehadiran penyokong sangat mengecewakan Pro-M UM. |
Kekuatan sebenar yang cuba disorok. |
Tak habis-habis dengan tuntutan! |
Sesuatu perlu dilakukan! Menurut maklumat yang diterima, dirty section dalam jentera Pro-M UM yang disokong oleh penasihat-penasihat tertentu daripada 'sebuah' parti politik, mereka akan merancang 'kejutan' terbaru bagi memastikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) terus dikuasai Pro-M.
Apa nak hairan. Dulu mereka tergamak letak kepala babi dalam surau Akademik Pengajian Islam yang juga kubu kuat PMI UM semata-mata nak jatuhkan kem Penggerak (Aspirasi). Hasilnya, undi besar menjadi milik Pro-M yang dikuasai PMI.
Mereka juga pernah 'menghilangkan' salah seorang calon Pro-M sendiri iaitu saudari Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang yang juga anak pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor. Akibat insiden ghaib tersebut, Masturah menang undi popular sembul 'muncul' kembali sehari selepas keputusan PRK diumumkan.
Kali ini, apa lagi yang mereka nak buat? Culik Naib Canselor UM? Bakar kereta calon sendiri? Atau bakar Dewan Tuanku Canselor (DTC) seperti yang pernah dilakukan pada tahun 90-an dahulu?
Pro-M UM memang hebat dalam berpolitik. Matlamat menghalalkan cara, itulah prinsip mereka selama ini.
2 comments:
BAWAK JER BAS MEWAH TU MASUK KAMPUS. KEMUDIAN BALING DENGAN CAT ATAU APA APA SAJA. SENDIRI BIKINLAH. KEMUDIAN CEPAT CEPAT TUDING JARI KAT SAPA SAPA. MUDAH JER KAN. ITULAH CARA BIASA KONSULTAN KALIAN KAN ???
pro m punya taktik mcm zionis...x heran la dia punya aljuburi sayang israel
Post a Comment