Siapa awek cun dalam poster kat atas ni? Sekali tengok, dah macam poster pencarian bintang atau model kosmetik kan? Tapi inilah poster cun salah seorang calon yang bertanding di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pilihan raya kampus (PRK) kali ini.
Jangan salah faham. SB tak berhajat nak berkempen untuk calon yang diberi nama Islah Nasreen bt Hasim ini.
Selain berwajah cantik dan berperwatakan ceria, Islah beruntung kerana tukang buat poster beliau ini bijak mengadun warna dan rekabentuk grafik bagi menghasilkan poster yang wow sebegini.
Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh jentera pilihan raya di semua kampus. Poster yang menarik dapat menarik perhatian pengundi untuk memilih calon berkenaan. Tak guna juga kalau wajah cantik mongel tapi posternya hancur.
Tahniah diucapkan kepada jentera UIAM yang berjaya menghasilkan poster gempak sebegini. Syabas dan semoga maju jaya diucapkan kepada Islah Nasreen.
3 comments:
untuk pengetahuan admin, poster calon ini telah dikritik secara terbuka di laman2 sosial..ramai pelajar tidak berpuas hati dan menyatakan bantahan terhadap poster ini..di group UIAM online di facebook juga ramai telah memberi teguran. gambar yang dipaparkan jelas tidak melambangkan ciri2 seorang pemimpin muslimah.
pereka poster tersilap strategi dan kemungkinan kemenangan tidak akan memihak kepada beliau.
comey gak bro.. hmm, tp xkena pada tmptnyela.. kalau fanatik k-pop pun beragak2 la jgk beb..
300+ votes..another candidate from same kulliyah, 1900+ votes..hahaha no wonder
Post a Comment