Gambar hiasan. |
Seorang pembantu khas kepada Exco Kerajaan Negeri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam atas tuduhan mengambil dadah.
Aidi Rafizul Idrus, 36, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Paya, Berapit, 29 November 2011 lalu.
Pada tarikh itu, dia bersama tiga yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di rumah berkenaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira jam 11.05 pagi untuk menjalani ujian saringan air kencing.
Hasil ujian yang dilakukan Bahagian Narkotik kemudiannya mendapati dia positif dadah dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, Aidi yang merupakan pembantu khas kepada Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan mohon dibicarakan.
Sumber |SINI|
Pasti lepas ni cybertroopers PKR akan kata ini fitnah UMNO. Mereka akan kata media perdana menipu dan cuba menjatuhkan orang PKR.
Dadah dimasukkan oleh UMNO ke dalam tubuh mangsa. Mangsa diperangkap dan ini semua konspirasi semata-mata. Orang PKR semuanya baik-baik belaka. Yang jahat hanya UMNO.
Skrip lama. Semuanya salah UMNO. Apa lagi lepas ni?
1 comment:
ini semua salah UMNO... hehehehe kesian UMNO, die je yang salah..
Post a Comment