Syabas diucapkan kepada PTPTN dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
SB percaya, keputusan untuk menggantung pinjaman PTPTN kepada pemohon-pemohon baru UNISEL yang diambil oleh badan amanah itu bukan berniat politik, sebaliknya sebagai satu bentuk keyakinan tahap tertinggi kepada Kerajaan PKR Selangor.
UNISEL sebagai institusi pendidikan tinggi milik penuh kerajaan negeri pastinya tidak mempunyai masalah untuk menampung pembiayaan pengajian pelajar-pelajar baru kelak yang dijangkakan akan memulakan kuliah pada bulan Julai ini.
Selama ini Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh menuntut PTPTN dimansuhkan dan pendidikan tinggi diberikan secara percuma. Jadi inilah masanya untuk buktikan dan kotakan segala cakap-cakap mereka itu.
Dengan adanya Penasihat Ekonomi yang cukup berwibawa iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, SB percaya Selangor boleh menangani isu ini dengan lebih bijak. Khabarnya, pendapatan kerajaan negeri juga sentiasi tinggi saban tahun. Tentu tak ada masalah besar kan?
1 comment:
pendidikan percuma bermaksud... Kerajaan persekutuan membayar semua kos pendidikan kepada semua universiti untuk menanggung semua pelajar, bukannya universiti tanggung kos dgn beri pendidikan free...
Post a Comment