Kempen pilihan
raya kampus (PRK) Universiti Malaya sedikit kecoh sejak petang tadi apabila
sebuah blog dikesan menyiarkan satu entri yang mendedahkan konspirasi antara Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato’
Dr. Rohana Yusof dan jentera Penggerak Mahasiswa diketuai Saudara Aiman
Taslim.
Klik imej untuk paparan lebih jelas. |
Dalam entri
tersebut, admin blog WILDAN –KONSPIRASI
PENGGERAK yang menggunakan nama Nur Aiman Wildan (dipercayai identiti
palsu) menyiarkan paparan skrin dalam format perbualan emel antara Prof. Dato’
Dr. Rohana dan Aiman Taslim yang
menyentuh perkara-perkara berkaitan bantuan kewangan kepada jentera dan
lain-lain hal yang dikepilkan bersama dalam emel tersebut.
Blog ini yang
dipercayai baru sahaja dibina bagaimanapun telah dipadam oleh admin sekaligus
menimbulkan pelbagai persoalan. Carian sebentar tadi menggunakan alamat http://konspirasipenggerak.blogspot.com/
gagal menjejak blog tersebut. Selain itu, akaun FB yang turut menggunakan nama
Nur Aiman Wildan juga gagal dikesan sejak jam 10.00 malam tadi.
Klik imej untuk paparan lebih jelas. |
Berdasarkan
maklumat-maklumat yang dikumpulkan, admin kedua-dua akaun ini (dipercayai
individu yang sama yang mengaku kawan baik Aiman Taslim) didapati telah membuat
kongsian awal berkaitan pendedahan ini di laman portal berita propembangkang,
Malaysiakini sebelum tersebar secara meluas di alam maya.
Kronologi
pendedahan yang dilakukan oleh admin kedua-dua akaun blog dan Facebook ini
sedikit sebanyak telah menimbulkan tanda-tanya yang rumit.
Pertama, adakah
benar pendedahan ini wujud? Apakah bukti yang boleh digunakan untuk mengesahkan
bahawa perbualan emel antara Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim
benar-benar berlaku seperti yang didakwa? Lebih penting, adakah akaun emel
tersebut benar-benar wujud? Bagaimana hendak dibuktikan itu adalah akaun emel
Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim?
Sehingga kini
belum ada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.
Kedua, apakah
tujuan pendedahan tersebut dilakukan? Persoalan ini lebih rumit. Jika dilihat momentum
kempen ketika ini, pihak Penggerak Mahasiswa sedang ditekan hebat oleh kumpulan
Pro-M yang ketinggalan dari segi gerakerja kempen dan strategi mendekati para
pengundi. Pro-M terpaksa menyerang calon-calon Penggerak Mahasiswa yang sedang
berkempen di fakulti-fakulti dan memburu tenaga kerja kempen Penggerak yang
sedang menjalankan tugasan berkempen di sekitar kampus.
Jika dilihat
dari sudut ini, jelas sekali Pro-M cuba mencipta ‘sesuatu’ yang boleh membunuh
terus kempen Penggerak Mahasiswa melalui permainan persepsi negatif. Adakah ia
mustahil? Perlu diingat dalam politik, segalanya mungkin dan segalanya halal
selagi ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kem yang bertanding, dan hal ini
termasuk dalam strategi minit-minit akhir.
Berdasarkan
sejarah pilihan raya kampus di Universiti Malaya, pernah berlaku beberapa isu
yang dicetuskan pada minit-minit akhir tempoh berkempen hingga menggegarkan
warga kampus dan negara amnya. Kesannya amat besar. Antara isu tersebut ialah :
1. Kepala babi yang
diletakkan di dalam Surau Akademik Pengajian Islam (API).
2. Calon Pro-M
diculik.
3. Pengerusi Pro-M
mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya.
Justeru tidak
mustahil sekiranya isu emel ini juga dirancang untuk membunuh kempen kumpulan
tertentu. Dalam hal ini, sudah tentulah kumpulan tersebut ialah Penggerak
Mahasiswa yang menjadi mangsa.
Berbalik kepada
persoalan awal tadi, adakah mustahil emel tersebut adalah rekaan? Adakah mustahil
ia sengaja dicipta untuk memusnahkan kempen Penggerak Mahasiswa dan menjatuhkan
Prof. Dato’ Dr. Rohana yang sememangnya diketahui amat dimusuhi oleh kumpulan
Pro-Mahasiswa Universiti Malaya?
Adalah tipu
sekiranya mana-mana pihak mendakwa pendedahan seperti di dalam emel tersebut
tidak boleh direkayasa, dan adalah bohong sekiranya mana-mana pihak boleh
menjamin emel dan entri tersebut adalah benar lagi sahih. Jika benar, kenapa
admin tidak membuat laporan terus kepada pihak berkuasa seperti SPRM? Dan kenapa
admin bertindak memadam kedua-dua akaun beliau selepas isu ini menjadi viral
dalam masa yang singkat?
Lihat bukti-bukti di bawah. Adakah sukar untuk memalsukan emel?
Klik imej untuk paparan lebih jelas. |
Klik imej untuk paparan lebih jelas. |
Klik imej untuk paparan lebih jelas. |
Persoalan ini
sengaja SB biarkan tergantung. Anda boleh nilaikan sendiri.
Di atas semua
perkara yang dibangkitkan ini, ada persoalan lain yang perlu diberikan
perhatian. Pertama, kenapa Pro-M begitu bersungguh-sungguh memainkan isu ini?
Kedua, siapa yang mula-mula membangkitkan isu calon Penggerak Mahasiswa dibayar
RM500 untuk berkempen? Jejak kembali permainan atau game ini sedikit ke
belakang dan anda akan menemui individu terawal yang membangkitkan hal ini di
alam maya. Orangnya ialah Saudara Edikoup, bekas Pengerusi Pro-M Universiti Malaya
tahun lepas.
Edikoup tuduh tanpa bukti? |
Dari mana
Edikoup dapat maklumat tersebut seperti yang didedahkan di dinding Facebooknya
sebelum ini? Kenapa Edikoup tidak memperincikan maklumat tersebut sebaliknya
membiarkan isu tersebut dimainkan secara terbuka di alam maya?
Dan persoalan
terakhir, ADAKAH ANDA PERCAYA pendedahan tersebut? Jika ya, anda perlu memahami
frasa akhir artikel SB ini : SIAPA-SIAPA PUN BOLEH CIPTA EMEL TERSEBUT DAN
SIARKAN DI BLOG DAN FACEBOOK DENGAN TUJUAN MEMFITNAH PIHAK LAWANNYA.
2 comments:
abaikan?better betulkan :)
terbaik!thanks for the perkongsian
Post a Comment