Suatu hari, seorang bapa duduk termenung di beranda sebuah masjid. Wajahnya murung sekali. Seorang pemuda yang sedari tadi memerhatikan lelaki tua tersebut menghampirinya dan menegur dengan hormat.
“Apakah yang mengganggu fikiran pak cik?” tanya anak muda tersebut.
Lelaki itu diam seketika. Matanya mula bergenang, berat sekali mulutnya untuk meluahkan rasa. Seketika berlalu, akhirnya lelaki tua itu pun bersuara.
“Aku telah gadaikan akidah anak perempuanku sendiri,” katanya. Pemuda tersebut lantas terkejut. Mukanya berubah.
“Bagaimana boleh jadi begitu, pak cik?”
“Dua bulan lalu, seorang pemuda datang ke rumahku dan memperkenalkan dirinya sebagai teman lelaki anak perempuanku itu. Lalu dia memohon untuk mengahwini anakku. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju kerana perwatakannya yang warak dan bijak berkata-kata. Lebih pula, dia itu sudah kenal anakku. Tapi hari ini, baru aku tahu, dia seorang penganut Syiah yang sesat! Anakku juga sudah mengikuti jalan akidahnya itu,” terang lelaki tua itu panjang lebar. Pemuda tersebut diam seketika. Berat rasanya untuk dia beritahu perkara yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.
“Inginkah pak cik tahu satu perkara? Sebenarnya, aku kenal lelaki yang mengahwini anak pak cik itu. Sememangnya dia menganut fahaman Syiah. Ketika pengajiannya di sebuah universiti dahulu, dia pernah membuat pengakuan bawah dia seorang Syiah, malah turut mencelakakan sahabat-sahabat Nabi,” beritahu anak muda tersebut dengan tenang.
Agak-agak apa reaksi orang tua tu??
Kalau SB, memang penampar paling laju SB hadiahkan kepada anak muda tu. Dah jadi baru nak cakap! Jadi marilah kita ambil tanggungjawab ini untuk menyedarkan rakan-rakan mahasiswa di luar sana tentang bahaya fahaman Syiah. Ia bukan mazhab dalam Islam tapi satu bentuk agama baru yang jelas sesat!
TONTON VIDEO DI BAWAH DAN FAHAMI MAKSUD CERITA DI ATAS!!
3 comments:
hahahhaa.....yg pemanggil pertama adalah abg aku. Aku ada kat sebelah dia time ini.
Ye ke? Boleh minta pandangan beliau juga ni =)
Nabi Muhammad ada bersabda yang bermaksud: selepas beliau wafat akan ada 73 cabang Islam dan hanya SATU sahaja yang betul iaitu yang mengikut Al-Quran dan sunnah beliau (Rasulullah). Jom kita ikut Al-Quran dan sunnah Rasul...... pasti kita dijalan yang lurus. Ameen.
Post a Comment