….RIBUAN MAHASISWA JIKA PAKATAN RAKYAT GAGAL TUNAIKAN JANJI!!!
Agak aneh sebenarnya apabila seorang bekas Menteri Kewangan tidak mengetahui fakta bahawa pengeluaran minyak Petronas akan berkurangan dalam tempoh kurang 15 tahun dari sekarang.
Lebih aneh, bekas menteri tersebut menguar-uarkan ke seluruh negara kononnya pendapatan Petronas akan digunakan sepenuhnya untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma jika beliau dipilih sebagai the next Prime Minister.
Hasil Petronas jugalah akan digunakan untuk menaikkan royalti bagi negeri-negeri yang terlibat. Hasil itu jugalah akan digunakan untuk mengimbangi kos-kos lain yang hendak dimansuhkan punca perolehannya seperti tol dan cukai-cukai, termasuk menaikkan gaji para guru dan bermacam lagi janji.
Apa akan jadi bila Petronas sudah tidak dapat lagi menjalankan aktiviti cari gali yang menjadi core perniagaannya? Adakah pada waktu itu kerajaan akan mengenakan kembali yuran pengajian, mengenakan semula cukai-cukai dan mengutip bayaran tol yang telah dimansuhkan?
Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Petronas sendiri, sehingga 1 Januari 2008, rizab petroleum negara merosot kepada 20.13 bilion tong berbanding 20.18 bilion tong pada tahun sebelumnya. Kemerosotan ini dikesan selepas kajian dibuat ke atas semua pengurangan dalam rizab gas luar pesisir Sarawak yang menjadi lombong utama pengeluaran Petronas selama ini.
Pada masa yang sama, Petronas juga bukanlah berfungsi seperti sebuah kilang duit untuk kerajaan seperti yang digambarkan oleh bekas menteri itu dalam siri ceramahnya. Pendapatan Petronas digunakan untuk pelbagai tujuan lain termasuk pelaburan semula untuk menjana aktiviti perniagaannya.
Kawasan telaga minyak di Asia Tenggara. |
Petronas menyumbang kembali kepada kerajaan melalui pelbagai bentuk seperti subsidi, royalti, cukai dan dividen. Malah, Petronas juga merupakan pembayar cukai terbesar kepada kerajaan sejak ia ditubuhkan. Satu lagi fakta yang kita mungkin tak tahu ialah, Petronas menyumbang secara tetap RM100 juta untuk akaun Wang Amanah Negara bermula 1987 untuk dinikmati oleh generasi akan datang apabila negara kehabisan bekalan petroleum.
Bentuk sumbangan balik Petronas kepada kerajaan. |
Banyak lagi fakta yang kita tak tahu. Petronas misalnya menjadi penyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi dan pembangunan fizikal negara seperti yang kita nikmati hari ini. Semua ini dilakukan melalui perancangan dan pengurusan perolehan yang berhemah dan cekap, bukan hanya tertumpu kepada satu-satu bidang saja.
Kita harus khuatir dengan cita-cita pelik dan nafsu besar bekas menteri tersebut. Petronas mahu digunakan untuk menampung kos pendidikan percuma termasuk pendidikan peringkat tertiar? Tanya lagi pada diri anda, lagi dan lagi dan lagi…….biar beratus kali soalan yang sama anda tanyakan, dan fikirkanlah secara logik berlandaskan kepada figure and facts yang tepat.
Adakah kerajaan akan bergantung kepada Petronas selama-lamanya untuk menampung segala perbelanjaan negara ketika kutipan tol dan cukai-cukai yang lain turut dimansuhkan?
3 comments:
mahukah kita nama petronas terkubur seperti sebuah syarikat minyak kebangsaan negara jiran.apabila pemerintah bertukar?
PR cuba bawa kita ikut seperti Greece yang dulu bangga dengan dasar Welfare state nyeer..last2 dia tergolek dan rakyat marah...
harap students kita celik la sebelum nak beremosi sgt pun
Post a Comment