Tuntutan pembangkang supaya pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma harus difahami dari pelbagai sudut.
Pertama, ia terbit dari mulut pemimpin-pemimpin pembangkang ketika negara dalam mood menghadapi pilihanraya umum ke-13. Kenapa dulu isu ini tidak timbul? Selepas golongan guru diumpankan dengan kenaikan gaji dalam manifesto Buku Jingga, kini sasaran mereka ialah kelompok mahasiswa dan lepasan ijazah.
Kenapa dua kumpulan ini jadi sasaran? Percaya atau tidak, dua kumpulan ini mewakili sejumlah besar pengundi dan dua kumpulan ini jugalah yang sering berhadapan dengan pelbagai isu massa. Tekanan kerja, pengangguran dan bebanan hutang antara isu-isu major yang sedang melingkungi dua kumpulan ini.
Justeru pembangkang melihat isu-isu ini sebagai peluang untuk meraih undi dengan umpan, jika mereka menguasai Putrajaya, maka segala permasalahan ini akan diselesaikan.
Kedua, sejauh mana perjuangan pembangkang dalam merealisasikan pendidikan tinggi percuma di Malaysia? Adakah ia semudah menulis manifesto dalam Buku Jingga mereka? Anehnya, janji pendidikan percuma ini tidak pula dimasukkan dalam senarai Buku Jingga tersebut.
Idea-idea ini sebegini memang molek di pandangan dan indah di sebutan, tapi adakah kita berfikir sejauh yang boleh khususnya dalam menilai implikasi-implikasi yang akan timbul kelak? Adakah pendidikan percuma akan dipraktikkan selama-lamanya sedangkan negara-negara maju sendiri tidak mampu menyediakannya?
Ketiga, bersediakah kita semua apabila tiba satu masa di mana setiap rakyat menuntut hak pendidikan tinggi yang sama atas alasan, “kami juga pembayar cukai”? Apa akan jadi ketika itu? Bolehkah kerajaan pada waktu itu menyediakan tempat yang adil dan secukupnya? Bagaimana pula dengan tahap daya saing universiti-universiti kita? Apa kriteria pemilihan paling adil dan saksama yang akan digunakan?
Pembangkang yang bertanggungjawab tentu sekali tidak akan mempermainkan harapan rakyat. Tapi pembangkang di Malaysia menganggap hal itu cuma permainan yang menghiburkan mereka. Permasalahan rakyat diambil sebagai peluang untuk meraih kuasa sedangkan setiap perkara atau dasar tidak boleh dilaksanakan dalam masa sehari dua atau sebulan dua.
Insya-Allah, banyak lagi akan SB ulas selepas ini. Maafkan SB kerana terpaksa kembali menulis.
Kenapa SB mencadangkan anda klik SINI?
4 comments:
go SB go!
Satu pandangan yang baik,tapi masalahnya orang kita ni sebut je percuma dapat yang busok pun xpe,janji FREE!sebab u kalau tengok kat lorong penjual ubat,yang ramai kena tipu MELAYUtergadai maruah dengan tok bomo pun orang kita juga,
Tak perlu kata maaf. Sentiasa menantikan entry SB yang seterusnya. Go SB Go !
Pembangkang kat malaysia nih bukan pembangkang yg membina tp meruntuhkan bangsa
Post a Comment