Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada malam tahun baru 1 Januari 2012 yang lalu, pertubuhan tidak berdaftar ini dilihat semakin ghairah berpolitik melangkaui sempadan kampus.
Baru-baru ini, SMM muncul dengan pelancaran kempen Malaysia Bangkit yang didakwa memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan rakyat Malaysia. |SINI|
18 Feb 2012, satu seminar diadakan sebagai langkah awal untuk mendapatkan sokongan mahasiswa di Dewan Abdul Jalil Hassan, Kompleks Masjid UIAM, Petaling Jaya, Selangor dengan tajuk “Malaysia Bangkit : Kebangkitan Baru Pra Syarat Kemenangan Rakyat.” Forum ini dianjurkan oleh kumpulan mahasiswa pro-PAS iaitu GAMIS.
Tidaklah menghairankan sebuah organisasi berdaftar seperti GAMIS yang terkenal dengan hubungan eratnya dengan pemimpin-pemimpin PAS |SINI| boleh duduk bersekongkol bersama aktivis pro-sosialis seperti Adam Adli, Khalid Ismath |SINI| dan sebagainya di dalam SMM kerana mereka juga sudah mula mencerap fahaman politik baru yang sama seperti PAS.
Buktinya boleh dilihat apabila pimpinan GAMIS sedia berkongsi ideologi liberal seperti yang dibincangkan dalam seminar tersebut. Dua orang panelis yang diundang iaitu Prof. Abu Hassan Hasbullah dan Azlan Zainal dalam komentar mereka secara terang-terangan mengajak mahasiswa supaya turun ke jalanan menggerakkan revolusi bagi menukar kepimpinan negara, satu bentuk fahaman demokrasi liberal yang kian menular di seluruh dunia.
Walaupun seminar itu dihadiri cuma 27 orang peserta dari UIAM Gombak, UTM dan UM, namun ruang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Prof. Abu Hassan, Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaya untuk menyeru mahasiswa mengadakan revolusi yang menyeluruh termasuk mencipta isu-isu krisis di Malaysia dengan mencontohi revolusi di Timur Tengah.
Azlan Zainal pula dalam ucapannya menyatakan PAS melakukan kesilapan untuk mendapatkan sokongan bukan Islam kerana baik PAS mahupun UMNO, kedua-dua parti itu masih bergantung kepada sokongan orang Melayu. Justeru peranan GAMIS diperlukan untuk membetulkan kesilapan PAS.
Semua ini membangkitkan persoalan yang ligat di kepala SB selama ini, benarkah SMM dan GAMIS ini bebas pengaruh parti politik luar? Kita imbau semula, apa yang berlaku dalam demo tuntutan pilihanraya kampus disegerakan di hadapan KPT baru-baru ini. |SINI|,
Dalam demonstrasi itu, SMM menyerahkan memorandum tiga tuntutan mereka yang antara lain mendesak supaya pilihanraya kampus dibebaskan daripada sebarang pengaruh parti politik luar. Namun, hakikatnya merekalah yang paling ghairah bersekongkol dengan parti-parti politik pembangkang. Buktinya, klik |SINI| dan |SINI| . Malah mereka juga menerima peruntukan dana secara langsung daripada parti-parti politik tersebut. |SINI|
Justeru bolehkah kita mempercayai janji-janji atau kata-kata golongan munafik seperti mereka? SB tidak menghukum. SB bukan menghukum. Mereka yang menyerlahkan kemunafikan melalui pelbagai bukti dan tindak-tanduk yang dilakukan selama ini.
Siapa Prof. Abu Hassan Hasbullah?
Beliau ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Salah seorang peneraju Merdeka Centre yang menjalankan kajian kecenderungan sokongan rakyat terhadap parti politik di Malaysia. Menggunakan mahasiswa untuk menjalankan kajian dengan berselindung di sebalik jabatannya. Hasil kajian kemudiannya diserahkan kepada neger-negeri Pakatan Rakyat khususnya negeri Selangor untuk tujuan politik. Beliau juga merupakan salah seorang pemikir dalam think tank kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Siapa Azlan Zainal?
Merupakan bekas penuntut Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pernah bercita-cita untuk menubuhkan Parti Mahasiswa Nasional (PMN) bersama-sama Zainulfaqar Yaakob, (bekas aktivis mahasiswa yang dibisukan oleh Dr. Novandri dalam satu perdebatan terbuka di USM baru-baru ini berhubung isu himpunan Kebebasan Akademi di UPSI) dan bertanding di Parlimen Kepala Batas menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tapi PMN tidak datang pun pada hari penamaan kerana parti itu tidak pernah didaftarkan. Tujuannya hanyalah untuk menyalahkan pihak SPR dan kerajaan kononnya tidak telus.
1 comment:
Mahasewel-mahasewel SMM diterajui oleh bekas budak-budak tercicir belajar dari universiti masing-masing kerana pencapaian akademik mereka yang tercorot, tiada displin dan tiada minat belajar. Akibat digantung atau dibuang dari universiti mereka terpaksa menanggung hutang PTPTN. Bila tak mampu nak bayar mereka cuba menghasut rakyat agar menghapuskan PTPTN supaya mereka tidak perlu melunaskan hutang-hutang mereka.
kesian rugi duit cukai rakyat yang bekerja dileburkan untuk haprak-haprak ni!
Post a Comment