Alhamdulillah. Semalam SB sempat
turun ke Padang Awam Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk mengikuti
Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar Ibrahim. Antara panel yang dijemput
khas oleh Gabungan Bela Hak Rakyat Pulau Pinang dan Jalur Tiga (JATI) itu ialah
Presiden JATI sendiri, Datuk Dr. Hasan Ali, Timbalannya, Dato’ Aidit Ghazali
dan Naib Presiden JATI, Profesor Dato’ Dr. Sidek Baba.
Secara keseluruhan, program
semalam sangat memberangsangkan. Dipengerusikan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda
PAS P. Pinang, Ustaz Hafiz bin Nordin, ia dihadiri lebih 5000 orang penduduk
sekitar Permatang Pauh dengan sebahagian besarnya ialah penyokong PAS dan
Barisan Nasional.
Dalam ucapan yang disampaikan
oleh ketiga-tiga orang panel tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu
diberikan perhatian. Misalnya, Dato’ Aidit, salah seorang bekas sahabat Anwar
Ibrahim, menggariskan tiga perkara yang amat mustahak untuk diambil perhatian
oleh rakyat Malaysia dan para pengundi di Permatang Pauh sendiri amnya. Ia
menyentuh persoalan akhlak, syariat
dan akidah yang dimiliki oleh
kedua-dua calon yang bertanding kali ini iaitu Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
(PKR) dan Dr. Mazlan bin Ismail (BN).
Dato' Aidit Ghazali. |
Berdasarkan analisa yang dibuat
oleh beliau, Dato’ Aidit memberikan skor 3 kepada Dr. Mazlan di atas kualiti
yang dimiliki dalam ketiga-tiga perkara yang digariskan sementara 0 (kosong)
kepada Anwar Ibrahim. Menurut beliau, Anwar Ibrahim mempunyai kualiti akhlak
yang sangat teruk kerana terpalit dengan pelbagai isu moral yang bukan lagi
menjadi rahsia umum. Anwar juga dilihat sangat lemah dalam hal bersyariat
berbanding Dr. Mazlan yang diketahui mempunyai kualiti muslim mukmin yang cukup
tinggi dan boleh menjadi imam kepada penduduk di Permatang Pauh yang baik. Dr.
Mazlan juga mempunyai keluarga yang hidup berlandaskan syariat, malah jika
hendak dibandingkan dari segi kualiti keluarga sekali pun, Anwar terlalu jauh
ketinggalan.
Namun, perkara paling utama yang
perlu diberikan perhatian ialah aspek akidah. Para penduduk Permatang Pauh
perlu, bahkan wajib membandingkan aspek akidah antara kedua-dua tokoh kerana
Anwar Ibrahim diketahui seorang pemimpin Islam yang sangat liberal. Anwar
mendokong kuat prinsip pluralisme akidah, yakni mempercayai semua agama adalah
setaraf dan menyembah Tuhan yang sama. Menurut Dato’ Aidit, perkara berkaitan
akidah inilah yang menjadi titik tolak kepada mereka serta ramai lagi bekas
sahabat Anwar yang pernah berjuang dalam Angkatan Belia Islam (ABIM) suatu
ketika dahulu, meninggalkan Anwar. Antaranya termasuklah Ustaz Ismail Mina yang
begitu lantang menentang pluralisme akidah yang dibawa oleh Anwar Ibrahim di
Malaysia ketika ini.
Prof. Sidek Baba |
Sementara itu, Prof. Sidek Baba
pula menggunakan peluang berucap secara langsung di hadapan audien untuk
menjelaskan faktor-faktor yang mendorong beliau meninggalkan Anwar Ibrahim. Ia
masih berkisar kepada persoalan akhlak, syariat dan akidah Ketua Pembangkang
itu. Prof. Sidek Baba telah menghabiskan masa bersama Anwar selama 30 tahun,
malah pernah ditahan di bawah ISA suatu ketika dahulu.
Hadirin tergamam seketika apabila
Prof. Sidek Baba membuka cerita berkenaan rambut palsu Anwar Ibrahim yang
sebelum ini telah menggemparkan negara melalui pendedahan yang dibuat oleh
seorang lagi bekas sahabat karib Anwar iaitu Nallakarupan. Pendedahan oleh
Prof. Sidek Baba ini seolah-olah penegasan dan pengesahan yang lebih konkrit
kepada pendedahan yang dibuat oleh Nallakarupan sebelum ini. Rambut palsu yang
diceritakan oleh Nalla dan Prof. Sidek Baba sememangnya wujud dan pernah
digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika menjalankan aktiviti songsangnya sewaktu
masih berada dalam kabinet.
Sidek Baba dan Anwar Ibrahim - dua sahabat yang melahirkan ABIM |
Namun, oleh kerana terlalu taksub
terhadap Anwar, Prof. Sidek Baba mengakui beliau tidak percaya sama sekali dengan
segala bukti yang ditampilkan ketika berada dalam tahanan ISA itu. Namun kini,
selepas membuat kajian mendalam dan mendengar cerita daripada bekas pengikut
setia Anwar Ibrahim termasuk Senator Ezam Mohd Noor, akhirnya beliau percaya
bahawa Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang bersih dan tidak layak diangkat
menjadi Perdana Menteri.
Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan
Ali pula menyeru seluruh rakyat supaya menolak Anwar Ibrahim secara total dan
menyokong Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Seruan beliau itu
telah menggamatkan suasana. Orang ramai bertepuk tangan tanda sokongan kepada
beliau. Malah, penyokong-penyokong PAS turut bertepuk tangan sebagai menyokong
calon BN, Dr. Mazlan Ismail yang pernah berjuang bersama PAS sebelum menyertai
Barisan Nasional.
Dr. Mazlan bin Ismail, calon BN P.044 Permatang Pauh. |
Kehadiran Dr. Mazlan juga telah
menukar mood ceramah kepada mood kempen selepas beliau diberikan slot ringkas
untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya itu, Dr. Mazlan menyeru penduduk
Permatang Pauh memberikannya peluang menjadi wakil rakyat mereka sambil menolak
terus Anwar Ibrahim yang dilihat gagal meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan
rakyat Permatang Pauh.
Secara keseluruhan, program
Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar semalam telah membangkitkan
momentum baru dalam kalangan penduduk Permatang Pauh untuk menolak pemimpin
yang bercelaru akhlak, akidah dan syariat hidup seperti Anwar Ibrahim.
SB sangat tertarik dengan seruan
oleh Dr. Mazlan sebelum beliau mengakhiri ucapannya. Beliau menyeru supaya para
penduduk membuat pilihan yang seadil-adilnya, dan menunaikan solat sunat
Istikharah pada malam sebelum hari mengundi bagi mendapatkan hidayah serta
petunjuk untuk memilih pemimpin terbaik di tempat mereka itu.
SB percaya, ini satu bentuk
serangan psikologi yang cukup halus dan berkesan terutamanya kepada
penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh. Ia seolah-olah satu catatan sejarah
kerana Anwar Ibrahim bakal ditentang oleh bekas pemimpin PAS yang sebenarnya
masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan ahli PAS di Pulau Pinang.
Tahniah, syabas dan selamat
berjuang kepada Dr. Mazlan bin Ismail. Allah pasti bersama perjuangan anda!
3 comments:
Masyaa Allah, Prof Sidek Baba bersama Dr Hassan Ali, tokoh yg saya percayai. Pilih betul2 yaa org Permatang Pauh. Allah sentiasa bersamamu..
pembetulan utk gambar diatas: Anwar bukanlah pengasas ABIM. buka lah kitab sejarah mana pun, tak ada satu pun yg sebut ABIM diasaskan oleh Anwar. = salam =
Inilah pemimpin yang kita cari. Penuh senyuman, ketenangan, keikhlasan etc.Anwar sudah tidak releven lagi.
Post a Comment