Cerita ini pernah didedahkan oleh sahabat SB di blognya, Mat Meon. Tapi biasalah, blog picisan macam kami ni tak ada siapa nak pandang walaupun kami update bahan yang segar dan sepatutnya diberikan perhatian.
Pada hari penamaan calon di Permatang Pauh pada 20hb April yang lepas, seorang penganut fahaman sosialis tegar telah menceroboh masuk kawasan Barisan Nasional. Adalah dipercayai tujuan pemuda ini bukanlah untuk menyatakan sokongan kepada Dr. Mazlan sebaliknya beliau ditugaskan merisik kekuatan kem Barisan Nasional.
Lantaran tak ramai yang kenal pemuda bernama Haizal yang berasal dari Sabah ini, maka mudahlah kerjanya. SB yang turut berada di kawasan berhampiran melihat gelagatnya yang tak ubah macam orang Barisan Nasional, malah lebih BN daripada orang BN sendiri. Lihat aksi-aksi pemuda ini dalam foto-foto di bawah :
Haizal si sosialis tegar ini juga merupakan pemuja tokoh komunis termasuk Chin Peng yang telah banyak membunuh nyawa nenek moyang kita dahulu. Lihat foto di bawah yang diambil dari FBnya sendiri.
Selain itu, bekas mahasiswa USM ini juga terlibat secara langsung dalam tindakan sekumpulan rakyat yang tidak tahu bersyukur menaikkan bendera baru pada malam ulang tahun kemerdekaan negara baru-baru ini. Ini buktinya.
Lebih mengejutkan, Haizal juga sebenarnya ialah seorang jurulatih PLKN yang telah sekian lama mencari makan melalui program tersebut. Hal ini disahkan sendiri oleh kenalan-kenalan rapatnya, ditambah oleh pengakuannya sendiri yang dihantar ke FBnya baru-baru ini. Lihat bukti tersebut seperti dalam foto di bawah :
Anehnya, hingga ke hari ini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas jurulatih PLKN yang juga agen komunis ini. Kat luar sana ramai yang mahu sertai PLKN sebagai jurulatih tapi tak lepas. Eloklah JLKN buang mamat ni cepat-cepat.
Tahniah kepada jentera PKR kerana menghantar perisik gagal bernama Haizal ni.
1 comment:
Jangan terasa, keep up the good work ikhlas buat kerja In sya Allah dipermudahkan urusan anda.
OM - Melayu Liar Negara
Post a Comment