Pages

Monday, 30 April 2012

MANA KETUA PEMUDA PAS???

16 April 2012, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan dengan sombongnya mendakwa PAS pakar demonstrasi di negara. Katanya lagi, PAS sangat berpengalaman dalam menganjurkan dan mengawal perhimpunan tanpa menyebabkan kacau-bilau.

Justeru Ketua DPP ini meletakkan objetiktif AMAN dalam BERSIH 3.0, malah memberikan jaminan penuh BERSIH 3.0 yang dikepalai oleh pendokong LGBT dan MURTAD di Malaysia iaitu Ambiga akan berjalan dengan aman kerana PAS sendiri akan turut serta.


28 April 2012, ketika BERSIH 3.0 dengan tema DUDUK BANTAH berlangsung di ibu negara, UNIT AMAL PAS yang dikoordinator sendiri oleh Nasruddin, telah melakukan rempuhan ganas terhadap pihak Polis yang berkawal di Dataran Merdeka. Lihat video di bawah sebagai bukti.


Sementara itu, dalam kenyataannya semalam, Pengerusi Bersama BERSIH, Ambiga secara terbuka menyalahkan UNIT AMAL PAS sebagai punca keganasan yang tercetus. Ambiga mahu selamatkan diri, jadi disalahkan UNIT AMAL PAS.

Sekarang, siapa yang dapat busuk? Nasruddin Hassan tentu sukar menerima kenyataan Ambiga ini. Tetapi sebagai Ketua, Nasruddin Hassan tidak boleh larikan diri lebih-lebih lagi dia seorang pemimpin parti Islam. 

Yang selamat Ambiga dan Anwar Ibrahim juga. Memanda Menteri KDN, apa komen anda?

SB : Nampaknya usaha jihad Unit Amal PAS tak bernilai langsung pada Ambiga. Sampai bila lagi? Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah bagi amaran tapi kamu tak endahkan.

Anwar Mengaku Arahkan Demonstran Mengganas


Seandainya ada tangkapan terhadap dalang keganasan sewaktu demonstrasi BERSIH 3.0 Sabtu lepas (28/04/2012), maka individu pertama yang perlu ditangkap bukan Ambiga  tetapi Brader Anwar Bin Ibrahim. Kedua, Chegu Bard dan ketiga, Azmin Ali.

Footage di atas dengan jelas memaparkan arahan daripada Anwar melalui isyarat yang jelas supaya demonstran meneruskan kemaraan. Azmin Ali yang berdiri tidak jauh dari Anwar kemudian mengarahkan demonstran merempuh halangan pagar yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Itu rakaman di lokasi di mana Anwar berada. Bagaimana rakaman-rakaman lain yang menunjukkan dengan jelas Unit Amal PAS melakukan rempuhan ganas terhadap pihak polis yang berkawal? 

Dakwaan bahawa Polis sendiri yang membuka halangan juga tidak benar. Dalam situasi yang genting itu, pihak Polis dengan kekuatan yang terhad tidak dapat lagi menahan asakan melainkan terpaksa membiarkan demonstran terus meluru masuk. 

Anda fikirkan sendiri, siapa yang ganas? Jangan tunggu Anwar mengaku mengarahkan demonstran mengganas kerana dia tetap akan menyalahkan pihak polis, media arus perdana dan sesiapa sahaja yang dirasakan perlu demi menyelamatkan diri.

BERSIH 3.0 - PUNCA SEBENAR KERETA POLIS TERBABAS


Insiden sebuah kereta Polis dikatakan melanggar peserta demonstrasi BERSIH terus dimainkan oleh media-media pro-pembangkang. Polis dituduh ganas dan zalim hanya kerana insiden tersebut. Bagaimanapun video yang SB muatnaik di atas ini menunjukkan punca sebenar bagaimana ia berlaku sekaligus menangkis tuduhan dan fitnah semberono terhadap pihak Polis.

SB juga telah dedahkan secara terperinci dalam entri terdahulu tentang bagaimana insiden ini boleh berlaku. Klik SINI. Ssekarang anda nilaikanlah sendiri. Inikah Duduk Bantah yang dimaksudkan oleh Ambiga, A. Samad Said dan Hishamuddin Rais tempoh hari? 

Ikuti juga pendedahan di :

Kapak Fotopages (Sedang diselenggara)

Sunday, 29 April 2012

BERSIH 3.0 - PENIPUAN MALAYSIAKINI DIKANTOIKAN LAGI



28 April 2012, Malaysiakini TV memuatnaik satu footage kononnya sebuah kereta polis melanggar peserta demonstrasi BERSIH 3.0 hingga ada yang terperangkap di bawah perut kereta tersebut. Tetapi rakaman video yang SB muatnaik di atas menjelaskan perkara sebaliknya. Saksikan.


Saturday, 28 April 2012

MANGSA LANGGAR POLIS BUAT PENGAKUAN

Kereta polis jadi mangsa.

Gambar di atas telah dijadikan modal besar pihak pembangkang untuk menguatkan dakwaan bahawa POLIS telah bertindak ganas. Soalnya, benarkah seperti yang didakwa?

Kebanyakan blog pro-pembangkang ketika ini menguar-uarkan kononnya kereta polis ini telah merempuh peserta demonstrasi hingga cedera parah. Kereta ini terpaksa diterbalikkan untuk menyelamatkan mangsa yang kononnya terperangkap di bawahnya.

Dalam rakaman video di bawah, kita boleh lihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku ketika kejadian. Saksikan.



Dalam rakaman ini, kenderaan POLIS tersebut sebenarnya telah diserang bertubi-tubi oleh peserta demonstrasi. Seorang peserta telah memanjat ke atas bumbung dan memijak-mijaknya menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta lain turut membaling batu ke arah pemandu hingga memecahkan cermin hadapan dan sisi.

Dalam situasi yang amat kritikal ini, pemandu dipercayai tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik di samping cuba mengelak daripada menjadi mangsa balingan batu yang bertalu-talu. Dalam situasi tersebut, kereta yang dipandu akhirnya terbabas ke sisi jalan lalu melanggar dinding  sebuah bangunan berhampiran. Para peserta seterusnya menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut sebelum bantuan tiba.

Justeru dakwaan kononnya pihak POLIS bertindak kejam melanggar peserta demonstrasi adalah tidak benar sama sekali. Rakaman video sebenar akan diupdate dari masa ke masa bagi menangkis fitnah yang dilemparkan terhadap pasukan POLIS.

UCAPAN YANG PALING DIBENCI OLEH PENCACAI PAS DAN PKR

Demi Negara Tercinta!


Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mengucapkan syabas kepada semua petugas Op Aman 3 yang telah menjalankan tugas dengan penuh tegas, adil dan berhemah.

Tan Sri Haji Ismail turut berharap petugas-petugas yang dicederakan oleh perusuh agar segera sembuh dan mendapat rehat yang secukupnya sebelum kembali bertugas seperti biasa.

Beliau sekali lagi berbangga dengan keberanian yang telah ditunjukkan oleh seluruh anggota PDRM ketika penugasan Op Aman 3.

~ Dipetik dan disiarkan kembali daripada  FB Polis DiRaja Malaysia


SB juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anggota Polis yang bertugas mengawal keadaan pada petang tadi. Tahniah dari kami semua rakyat Malaysia!!

KENAPA AMBIGA ARAHKAN DEMO BERSURAI LEBIH AWAL??

500,000?? Hanya dalam fantasi A. Samad Said sahaja.

Dalam perhimpunan DUDUK BANTAH petang tadi, berlaku beberapa perkara yang tidak dirancang oleh pihak penganjur termasuk Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S. Ambiga dan A. Samad Said.

Menurut maklumat yang diterima, Ambiga terpaksa mengarahkan himpunan dihentikan lebih awal iaitu kira-kira jam 3.oo petang selepas keadaan menjadi semakin tidak terkawal.

Ia sama sekali berbeza dengan perancangan asal pihak penganjur yang mahu mengadakan himpunan DUDUK BANTAH secara aman.

Selain itu, Ambiga juga kesal kerana sasaran 500,000 orang peserta seperti yang dikhayalkan oleh A. Samad Said, tidak menjadi kenyataan. Secara keseluruhan hingga demonstrasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 6.00 petang tadi, hanya sekitar 20 ribu hingga 25 ribu saja peserta turun. Angka tersebut jauh lebih kecil daripada BERSIH 2.0 pada tahun lepas.

Ambiga juga dilaporkan kesal kerana campurtangan keterlaluan daripada parti-parti politik pembangkang dalam himpunan DUDUK BANTAH kali ini.

PANAS!! KEGANASAN POLIS BERJAYA DIRAKAM!!

Footage dibawah dirakam oleh pasukan PDRM. Anda saksikan sendiri gelagat demonstran DUDUK BANTAH siang tadi ke atas pihak POLIS. Percayalah, POLIS bukan lawan mereka. Jika benar POLIS kejam dan zalim, sudah tentu puluhan atau ratusan yang telah terkorban kerana POLIS mampu melakukannya pada bila-bila masa sahaja. 



INI SIAPA PROVOK SIAPA??


LIVE FROM PDRM : Bersih 3.0 - TONTON DAN NILAI SENDIRI

KERETA POLIS DIHANCURKAN PESERTA DUDUK BANTAH BERSIH 3.0!!


INIKAH YANG DIKATAKAN DUDUK BANTAH SECARA AMAN???

NIK AZIZ, FATWA KAMU MENGHALALKAN SEMUA INI BERLAKU. JAWABLAH NANTI DI AKHIRAT.

DI MANA 12.5 JUTA PENGUNDI YANG LAIN??

Cari makhluk tersembunyi. 

Ketika ini sekitar 25,000 orang demonstran sedang bergerak menuju Dataran Merdeka, masih jauh dari sasaran 500,000 orang yang dikhayalkan oleh A. Samad Said. Adakah ini isyarat kegagalan BERSIH 3.0 berbanding edisi 2.0 yang lalu?

Apa yang pasti, kumpulan mereka ini hanya mewakili kurang 3 % daripada keseluran jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ketika ini yang berjumlah lebih 12 juta orang, malah jauh sekali daripada angka 2.27 juta orang pengundi baru yang didaftarkan sejak 2008 hingga Mac 2012.

POLIS MALAYSIA PALING BERHEMAH DI DUNIA

JIHAD MENENTANG KEKUFURAN!! 


Polis setia mempertahankan keamanan negara.

Tahniah PDRM kerana berani bertindak. 

NEGARA INI ADA UNDANG-UNDANG

AL-JAZEERA MENIPU KATA 100,000 ORANG DEMONSTRAN??

GAMBAR PALSU

Sumber daripada PDRM yang membuat pemantauan dari udara melaporkan ketika ini sekitar 25,000 orang demonstran sedang berkumpul di Dataran. Al-Jazeera pula kata 100,000 ribu. Sinar Harian, 80,000. Mana satu betul?

Sebuah blog pro-pembangkang memuatnaik gambar seperti di atas. Seolah-olah jutaan manusia sudah memenuhi Kuala Lumpur dengan baju kuning. Tapi perhatikan betul-betul gambar tu, apa yang tak kena?? Kerja fitnah memang kerja mereka agaknya.


TUAN GURU DUDUK HOTEL, RAKYAT ZUHUD DUDUK TEPI JALAN. YANG BERGELUMANG DOSA..??

Dua gambar dibawah menceritakan kebenaran. Kedua-duanya dirakamkan sebentar tadi. 
Anda nilaikanlah sendiri perbezaannya. 

Unit Amal PAS.

Tuan Presiden PAS.
BERSIH? HANYA YANG LAYAK SAJA.

AKSI ANEH DI DATARAN - LIVE UPDATE JAM 2.00-3.00

Macam-macam gelagat sudah boleh disaksikan secara langsung live dari sekitar Dataran Merdeka ketika ini. Kelaku kelayak mereka ini adakalanya menghiburkan kita.

Yang solat 5 orang saja. Yang lain mungkin sebab musaffir kot.

Masjid Jamek dan Masjid Negara bukan jauh pun. Tapi dipilihnya tempat begini untuk solat. Soal kesucian dan kebersihan jatuh No.2. Matlamat menghalalkan cara? Hanya mereka dan Allah SWT saja tahu apa yang diniatkan.

Aksi sekumpulan pemuda yang sedang bersedia mencetuskan
 provokasi ke atas pihak Polis.
Gambar atas ni pula menunjukkan sekumpulan pemuda yang cuba mencetuskan provokasi. Duduk bantah yang katanya aman, tinggal janji manis saja.

KEMATIAN PERTAMA!!! BELUM APA-APA ADA YANG DAH MATI!!!


BERSIH 2.0, PAK CIK SUHARDI DIUPAH SUPAYA BERLAKON MATI. TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA DUNIA KHUSUSNYA AMERIKA SYARIKAT YANG KONONNYA PENDOKONG KUAT KEAMANAN BAHAWA POLIS MALAYSIA NI GANAS LAGI ZALIM. KALI NI SIAPA PULA??

Polis ANJING..!!! - Kata Pendemonstran BERSIH 3.0


MEREKA CUMA DUDUK-DUDUK SAJA DAN SEDANG MEMUJI-MUJI ANGGOTA POLIS. INI YANG TUAN GURU MAKSUDKAN DALAM FATWANYA TEMPOH HARI.

Fakta : Dalam insiden serangan di Dataran minggu lepas, mereka melolong meminta pertolongan daripada pihak polis. Dalam keadaan tertentu, mereka perlukan polis. Dalam keadaan tertentu yang lain pula, mereka mencerca polis. Inilah kualiti jemaah PAS di Malaysia.

AMAN VERSI PAK SAMAD DAN NIK AZIZ.


REMPUHAN MESRA JE NI.



"مها مهن قوم مشوا إلى سهلطان ا ليذلوه إل أذلههم ا
قبل يوم القيامة "
     (رواه البزار)

“ Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan
dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah
sebelum hari Kiamat”.

Hadis sahih riwayat al-Bazzar

PAK SAMAD MERADANG!!

Mana satu betul ni? Kata nak duduk-duduk saja. Kata nak aman-aman saja. Tapi sejak pagi tadi sudah berbakul-bakul cacian dan makian dihamburkan.

Khalid Ismath Syiah dijulang. Satu kemenangan kepada Syiah??

Antiestablishment, yang tak tahu apa-apa tapi sokong saja.

PAS Raja Laut. Tak kan tengok dari jauh je kot??

A. Samad Said nak duduk sebab dia dah tak larat, tapi 
orang lain nak ke ikut cara tu?

Kunjungi blog SARFAMS dan MALAYSIA BANGKIT 
untuk lebih live update!!!


Majmuk BERSIH Yang Halal Lagi WAJIB

Ehsan dari PDRM.

Macam biasa, pasti mereka ini pun ada. Kita tunggu lebih banyak gambar selepas ini. Team Kapak akan fokus kepada gelagat mahasiswa mahasiswi yang hadir berdemo. Mungkin anda akan kenal muka-muka ini nanti.

FATWA NIK AZIZ BERJAYA DIAMALKAN

"WAJIB HADIR BERSIH 3.0" - TG NIK AZIZ NIK MAT.

Beberapa hari lepas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS mengeluarkan fatwa terbarunya, WAJIB Hadir BERSIH 3.0 selepas ditanya pandangan peribadinya berkenaan demonstrasi tersebut.

Walaupun disambut dengan pelbagai reaksi, tetapi fatwanya itu nampaknya sudah mula diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Antaranya, termasuklah yang dibawah. WAJIB Hadir, tapi yang lain-lain Tuan Guru tak sentuh kan??

Mereka hadir kerana taat akan fatwa mewajibkannya. Itu sahaja, kan?

LIVE DARI DATARAN!!! FATWA NIK AZIZ NIK MAT DIPERMAINKAN PESERTA BERSIH 3.0?

Ehsan dari FB rakan. Cuci mata?

Ada teman bertanya, bersih sangat ke BERSIH ni?? Tengoklah gambar kat atas tu. Gambar fresh untuk malam ni SB cilok dari FB rakan-rakan yang sudah turun ke Dataran membuat liputan. 

BS 24 API, UM JADI MARKAS BERSIH??

Gambar fail BERSIH 2.0. Seksi? Biasalah. Campur aduk demi satu matlamat.

Maklumat baru diterima, kumpulan SMM dan PMI UM dilaporkan menggunakan kemudahan Bilik Seminar 24 (BS24) di Akademik Pengajian Islam (API), UM sebagai lokasi mesyuarat dan bilik gerakan mereka untuk demonstrasi BERSIH 3.0 esok.

Selain itu, kira-kira 500 orang mahasiswa dan mahasiswa anak Kelantan juga dilaporkan sudah berkumpul di sebuah hotel di ibu negara sambil menunggu Pengerusi SMM, Safwan Anang menghabiskan sesi taklimat dari "abah" mereka iaitu Anwar Ibrahim sebelum bergerak ke sebuah lagi hotel sebagai tempat penginapan.

Atas sebab-sebab keselamatan, SB tidak dapat mendedahkan lokasi hotel mereka akan menginap. Tetapi percayalah, tanpa peruntukan yang besar, mustahil mereka boleh menginap di hotel-hotel tersebut. 

Friday, 27 April 2012

BERSIH 3.0 - LANGSUNG DAN TEPAT DARI KAPAKZ!!


Anda tak perlu bersusah payah ke Dataran untuk mengikuti perkembangan himpunan Duduk Bantah esok. Lebih baik anda manfaatkan cuti hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan, atau duduk rumah diam-diam atau bergotong-royong memBERSIHkan rumah sendiri.

KENAPA?

Kerana blog GERAKAN 13, SARFAMS dan MALAYSIA BANGKIT akan membawakan secara langsung dari masa ke masa setiap perkembangan sepanjang himpunan Duduk Bantah SAMPAI MUNTAH esok!

Terus ikuti blog-blog ini. Langsung dan Tepat!

Monday, 23 April 2012

KENAPA MEREKA ENGGAN BERPINDAH??

Percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan.

Tindakan kumpulan parasit mahasiswa yang enggan beredar dari tapak perkhemahan mereka di Dataran Merdeka hanya mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap perjuangan mahasiswa di negara ini.

Jika sebelum ini kita dimomokkan kononnya mereka memperjuangkan pendidikan percuma secara total di negara ini, hari ini kita dapat lihat agenda sebenar mereka adalah untuk mempopularkan pembangkang di sebalik pelbagai isu yang sedang membelenggu parti-parti yang disokong itu.

Ia juga sebenarnya menyambung kembali perancangan Revolusi Bunga Raya atau Revolusi 901 yang pernah dirancang di rumah Anwar Ibrahim ketika kes LIWAT 2.0 Ketua Pembangkang itu hendak diputuskan pada 9 Januari yang lalu.


Koordinator sebenar perkhemahan parasit mahasiswa di Dataran Merdeka.

Dalam perancangan asal, Anwar Ibrahim telah menggerakkan momentum di peringkat mahasiswa dengan menggunakan kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang ketika itu dipimpin oleh Shukri Razab, mahasiswa dari KUIS.

Shukri Razab dahulunya pernah belajar di UMS tetapi pengajiannya bermasalah sehingga terpaksa disingkirkan oleh pihak universiti. Menurut maklumat daripada universiti lamanya, Shukri bermasalah antara lain kerana terlalu aktif berpolitik sehingga mengganggu pengajiannya sendiri.

Bersandarkan kepada potensi yang ada pada Shukri Razab, AIC atau Anwar Ibrahim Club telah memancing beliau supaya menyambung pengajian di KUIS yang dikawal penuh oleh kerajaan PKR Negeri Selangor. Di KUIS, Shukri Razab dilaporkan sekali gagal ketika di semester keduanya.

Di bawah peranan Shukri Razab, SMM telah dijenamakan semula sehingga berupaya menarik sokongan pimpinan GAMIS dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM walaupun secara asasnya, prinsip fundamental SMM dan GAMIS berbeza iaitu antara idealis dan Islamis.

SMM telah diberikan peranan yang besar untuk menggerakan Revolusi Bunga Raya, mengambil semangat daripada kebangkitan mahasiswa di Timur Tengah, untuk melaksanakan revolusi di Malaysia sekaligus menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat hari ini.

Namun, tidak ramai yang tahu, Revolusi Bunga Raya sebenarnya ialah pelan untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang diyakini akan dijatuhkan hukuman bersalah dalam pertuduhan liwatnya. Anwar Ibrahim menggunakan mahasiswa atas nama revolusi untuk rakyat bagi membebaskannya jika ditakdirkan bersalah.

Namun perancangan tersebut telah digagalkan oleh Allah SWT. Anwar dibebaskan daripada pertuduhan atas kesilapan teknikal walaupun hakim tidak menolak berlakunya aktiviti seks songsang tersebut. Tak bersalah tak semestinya tak buat, kan?

Anwar melihat revolusi yang dirancang bersama SMM dan SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia pimpinan Chegu Bard, AJK AMK Pusat) sebagai peluang untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya secara ekspres sama seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia, dan Libya.

Tetapi Anwar terlupa, permasalahan antara Malaysia dan negara-negara tersebut tidak sama. Rakyat negara ini majoritinya masih percaya akan sistem yang diamalkan sejak 50 tahun dahulu lagi. Jika ada masalah, masih ada jalan penyelesaian yang lebih baik berbanding melakukan revolusi yang belum tentu mendatangkan implikasi positif kepada rakyat dan negara.

Pun begitu, Anwar Ibrahim masih percaya bahawa kuasa demonstrasi jalanan boleh mempercepatkan hasratnya menjadi Perdana Menteri, dendam lama yang belum terlunas. Dalam usaha ini, Anwar melihat mahasiswa yang sedia anti kepada kerajaan sebagai alat paling berkesan untuk menghidupkan roh demonstrasi jalanannya.


Timb. Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar di
Dataran Merdeka menyokong mahasiswa yang melanggar undang-undang negara.


Mahasiswa pro-pembangkang inilah yang menjadi puppet kepada Anwar dan pembangkang untuk meneruskan momentum ‘kuasa rakyat’ yang diomong-omongkan selama ini menjelang PRU-13. Ketika pelancaran BERSIH 3.0 baru-baru ini, Pengerusi Bersamanya, S. Ambiga dan A. Samad Said secara terbuka menyatakan isi hati mereka, bahawa BERSIH amat mengharapkan sokongan daripada mahasiswa dalam demonstrasi kali ini.

Siapa pula dalang di sebalik BERSIH ini? Anwar Ibrahim? Tepuk dada tanya iman anda.

Jika kita imbas kembali, demo anti-PTPTN yang kononnya bebas daripada pengaruh pembangkang, sebenarnya turut berada dalam list demonstrasi yang diatur oleh jawatankuasa penganjur BERSIH 3.0 bersama demonstrasi anti LYNAS, ISA dan sebagainya lagi.

Hal ini membuktikan betapa kukuhnya hubungan Pro-M dengan DAP, PKR dan PAS di sebalik cakap-cakap kononnya mereka tidak bersekongkol dengan parti-parti pembangkang ini.

Demonstrasi di KPT pada 23 Mac 2012, misalnya turut disertai oleh pemimpin AMK, begitu juga demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 yang lalu. Kesemua demonstrasi melibatkan pemimpin-pemimpin SMM, GAMIS dan PMIUM pasti akan disertai juga oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dari PKR.

Jadi sampai bila PRO-M mahu berbohong kepada kita semua?

Jika kita fahami modus operandi demonstrasi anti-PTPTN tempoh hari yang membawa kepada perkhemahan kumpulan parasit mahasiswa ini, kita pasti akan bertanya, apakah sebenarnya yang mereka mahukan?

Bukankah tuntutan sudah disuarakan dan pihak kerajaan juga tidak menghalang mereka melakukan demonstrasi jalanan walaupun menyusahkan rakyat? Mustahil Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi tidak ambil maklum terhadap apa yang sedang berlaku.

Semua persoalan ini hanya membawa kita kepada satu kesimpulan yang sama.Tujuan sebenar parasit-parasit mahasiswa ini adalah untuk menjayakan misi dan visi Anwar Ibrahim serta parti-parti pembangkang dalam usaha mereka mengambil alih Putrajaya.

Apa yang kita kesalkan ialah, sebagai mahasiswa, kenapa golongan yang sedang menuntut di peringkat pengajian tinggi ini diganggu? Cukuplah Fahmi Reza, Shukri Razab, Shazni Munir dan Adam Adli yang terjejas pengajian mereka. Jangan heret mahasiswa lain ke dalam permainan politik sempit anda lagi.

Jika benar perkhemahan kumpulan parasit mahasiswa ini bertujuan menjayakan acara kemuncak dalam siri demonstrasi pembangkang iaitu BERSIH 3.O, maka wajarlah kumpulan SMM, Pro-M, GAMIS dan PMI ini kita tolak jauh-jauh. Mereka bukan pro-mahasiswa, tetapi PRO—PEMBANGKANG!!
                                                                                                                  

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR AKAN RASMIKAN PERKHEMAHAN DI DATARAN?


"Kami konsisten dalam menentukan acara bagaimana yang boleh diadakan di Dataran Merdeka dan perhimpunan BERSIH memang tidak dibenarkan." Kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Bin Ismail.

Memanda Tan Sri, gunakanlah kuasa yang ada pada tuan. Halaulah juga parasit-parasit mahasiswa yang sedang berkubang riang di Dataran Merdeka itu. Mereka juga suku-sakat BERSIH yang kotor akhlak dan akidahnya, jadi kenapa dibiarkan saja?

Kalau penjaja-penjaja yang mengerah keringat mencari rezeki Tuan arahkan gerai-gerai mereka disita dan dirampas, kenapa yang ini DBKL seolah-olah tunduk? Kami faham cabaran yang Tuan hadapi, tetapi Tuan berdiri teguh di sisi undang-undang, kenapa masih takut?

Usirlah mereka. Hapuskan parasit-parasit mahasiswa ini dari terus mencemarkan nama baik seluruh mahasiswa di Malaysia yang majoritinya tidak pernah bersama mereka.

Tuan, kami merayu!

Rosak akhlak, tercemar akidah!

TOLAK PRO-M!!
TOLAK GAMIS!!!
TOLAK PMI!!!!

PADAN MUKA!! MAKAN PENAMPAR KERANA KEBODOHAN SENDIRI!!!


Suatu hari, seorang bapa duduk termenung di beranda sebuah masjid. Wajahnya murung sekali. Seorang pemuda yang sedari tadi memerhatikan lelaki tua tersebut menghampirinya dan menegur dengan hormat.

“Apakah yang mengganggu fikiran pak cik?” tanya anak muda tersebut.

Lelaki itu diam seketika. Matanya mula bergenang, berat sekali mulutnya untuk meluahkan rasa. Seketika berlalu, akhirnya lelaki tua itu pun bersuara.

“Aku telah gadaikan akidah anak perempuanku sendiri,” katanya. Pemuda tersebut lantas terkejut. Mukanya berubah.

“Bagaimana boleh jadi begitu, pak cik?”

“Dua bulan lalu, seorang pemuda datang ke rumahku dan memperkenalkan dirinya sebagai teman lelaki anak perempuanku itu. Lalu dia memohon untuk mengahwini anakku. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju kerana perwatakannya yang warak dan bijak berkata-kata. Lebih pula, dia itu sudah kenal anakku. Tapi hari ini, baru aku tahu, dia seorang penganut Syiah yang sesat! Anakku juga sudah mengikuti jalan akidahnya itu,” terang lelaki tua itu panjang lebar. Pemuda tersebut diam seketika. Berat rasanya untuk dia beritahu perkara yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.

“Inginkah pak cik tahu satu perkara? Sebenarnya, aku kenal lelaki yang mengahwini anak pak cik itu. Sememangnya dia menganut fahaman Syiah. Ketika pengajiannya di sebuah universiti dahulu, dia pernah membuat pengakuan bawah dia seorang Syiah, malah turut mencelakakan sahabat-sahabat Nabi,” beritahu anak muda tersebut dengan tenang.

Agak-agak apa reaksi orang tua tu??

Kalau SB, memang penampar paling laju SB hadiahkan kepada anak muda tu. Dah jadi baru nak cakap! Jadi marilah kita ambil tanggungjawab ini untuk menyedarkan rakan-rakan mahasiswa di luar sana tentang bahaya fahaman Syiah. Ia bukan mazhab dalam Islam tapi satu bentuk agama baru yang jelas sesat! 

TONTON VIDEO DI BAWAH DAN FAHAMI MAKSUD CERITA DI ATAS!!


PENING!! USTAZ NASHA PAS LARANG MAHASISWA SERTAI BERSIH 3.0??

 Ustaz Nasharuddin Mat Isa (gambar), bekas Timbalan Presiden PAS, dalam kenyataannya selepas wacana Kemungkaran LGBT Mengundang Bala Allah di Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, semalam menyifatkan LGBT sebagai ancaman besar kepada masyarakat di negara ini jika tidak dibendung dari awal.

Tapi itu bukan point yang nak SB tekankan di sini. SB lebih tertarik dengan fatwa yang dibacakannya dalam wacana tersebut, iaitu TIDAK BOLEH bagi umat Islam mengikut pemimpin yang menyokong LGBT dan menggalakkan kebebasan beragama. Siapa pemimpin yang dimaksudkan? Anwar Ibrahim? Atau Ambiga?

Walaupun jawapannya lebih tertumpu kepada Ambiga, tetapi bagi SB, kedua-dua pemimpin tersebut sememangnya menyokong LGBT dan kebebasan beragama melalui pelbagai kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Ambiga bahkan diangkat sebagai Pengerusi BERSIH, termasuk siri 3 yang akan berlangsung hujung minggu ini. Sebahagian besar peserta BERSIH pula ialah mahasiswa yang rata-rata belum faham erti politik tetapi terlalu ghairah mahu mengubah negara ini ke arah demokrasi sebenar.

Wacana LGBT di Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa, KL semalam.
Sumber dari blog penganjur, MUAFAKAT.

Adakah mereka sedar, demokrasi yang sedang dituntut itu ialah demokrasi yang boleh menjahanamkan diri mereka, keluarga bahkan seluruh institusi masyarakat kerana ia mementingkan freedom atau kebebasan yang menyeluruh seperti di Barat? Bebas bersuara, bebas bergaul, bebas orientasi seks, bebas segala-galanya. Adakah ia bagus?

Mujurlah ada pemimpin-pemimpin seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang masih berani menegakkan kebenaran walaupun tidak senada dengan suara pimpinan pusat dalam PAS. Semoga beliau terus kekal di dalam PAS, tidak ditendang oleh parasit-parasit Anwarinas yang sedang mengubah identiti parti Islam tersebut sebagaimana yang berlaku ke atas Ustaz Hassan Ali dan Ustaz Hassan Basri.

UNTUNGNYA JADI MAHASISWA PRO-ANWAR IBRAHIM!!


Selain sumbangan yang mencurah-curah daripada parti-parti politik pembangkang, mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka juga beruntung kerana turut dibantu dari sudut khidmat guaman percuma.

Mereka tidak perlu takut untuk melanggar undang-undang kerana sudah siap pasukan peguam yang diupah oleh PKR untuk menyelamatkan mereka, at all costs.

Buktinya, Fahmi Reza dan Umar Mohd Azmi, dua orang peserta perkhemahan yang ditahan sebelum ini telah dibantu oleh peguam pro-pembangkang iaitu Syahredzan Johan, seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini semalam.

Kedua-dua mereka telah ditahan mengikut Seksyen 40 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 tetapi dalam kenyataan daripada peguam tersebut, pihak polis tidak boleh menahan mereka melebihi tempoh 24 jam seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Jadi tak hairanlah kalau mereka ini sentiasa bersedia bertindak bukan-bukan hingga ke tahap yang tak masuk dek akal orang awam yang lain. Jumlah mereka kecil tapi di belakang mereka tersedia pelbagai bentuk bantuan. Tapi sayang, mereka hanya mampu jadi keldai Anwar Ibrahim. Sampai bila?


Sunday, 22 April 2012

Akhbar Cina Puji Langkah Populis Anwar Ibrahim??


Akhbar Sin Chew Daily edisi 20 April 2012 menyiarkan komentar berhubung isu PTPTN yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Penulisnya mengkritik langkah pembangkang yang cuba meraih undi popular tetapi tidak rasional dalam menabur janji-janji mereka. Ikuti terjemahan petikan berita tersebut yang disediakan oleh  Ahmad Hanafiah/Darren Ng Abdullah seperti di bawah :

Sinchew Daily News
Perkara: pinjamaan PTPTN?
Ruangan: Opinion Corner m/s 34
Tarikh: 20 April 2012 (Jumaat)

Tajuk:

Pengajian tinggi secara percuma tidak boleh dimeterai

Penulis: Ying  Yah (terjemahan Mandarin)

Pemimpin pembangkang di Parlimen Anwar Ibrahim berjanji, jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, kerajaan Pakatan Rakyat akan mansuhkan PTPTN, dan laksanakan pendidikian universiti secara percuma, ia akan dapat membantu dan meringankan beban keluarga miskin, pada masa yang sama dapat selesaikan beban hutang yang tinggi kepada pelajar-pelajar IPT. Penulis anggap kata-kata itu adalah kata kata kosong yang tidak berasas. Kami mahu tanya adakah mahasiswa menanggung beban hutang yang tinggi itu semata-mata hanya kerana hutang duit PTPTN? Ia sebenarnya bukan begitu! Selepas mereka tamat pengajian di IPT mereka bekerja dan setiap bulan mereka hanya perlu memulangkan sedikit sahaja kadar yang perlu dibayar dalam lingkungan ratusan ringgit sahaja, ia langsung tidak membebankan mereka. Ini kerana semata-mata pihak tertentu mahu menang tiket undi dalam PRU, dengan itu mereka beri “janji-janji politik” yang tidak munasabah itu.

Hampir seribu orang mahasiswa berarak di jalanan, mahu pihak kerajaan hapuskan PTPTN. Pada pandangan penulis tindakan seperti itu melambangkan mahasiswa lemah akal, kurang bijak dan tidak berfikiran waras, dengan jelas sikap mereka itu hanya mahu mendapatkan sesuatu itu dengan mudah tanpa berkorban.

Umpama perpatah Cina, bulu kambing tetap tumbuh di atas kulit kambing itu sendiri, jika benar pendidikan di IPT dapat secara percuma, kos yang begitu tinggi akhirnya nanti ditanggung oleh si pembayar cukai. Dengan itu  jika PTPTN dimansuhkan, kepada si pembayar cukai yang tidak dapat pendidikan di IPT bukankah itu tidak adil pada mereka, kerana mereka mesti tanggung semua kos dan yuran pelajar-pelajar IPT.

Lagipun sesuatu yang dapat secara percuma itu, tiada orang yang akan menghayatinya. kerana pada lazimnya orang-orang yang mendapat sesuatu secara percuma mereka tidak akan menghayatinya, sebab itu berlaku lepasan-lepasan mahasiswa tidak mahu pulangkan duit pinjaman PTPTN, apa yang mereka tunjukkan itu sebenarnya mereka bersikap tidak bertanggungjawab.

Dalam rumusan ini, pendidikan di IPT sepatutnya tidak boleh diberi secara percuma. Buat masa ini PTPTN bukan sahaja diberi kepada pelajar di IPTA malah ia juga diberi kepada pelajar-pelajar IPTS, PTPTN memberi lebih banyak peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke IPT. Penulis anggap sistem sebegitu bukannya tidak baik, masalahnya sekarang ini mahasiswa tidak mahu pulangkan duit pinjaman PTPTN mereka, mahasiswa yang bersikap kurang disiplin dalam kehidupan mereka, sebab itu mereka rasa ia satu beban kepada diri mereka. Pendidikan di IPT perlu membayar yuran yang berpatutan, barulah ia menjadi satu anjakan penggalak kepada pelajar-pelajar untuk belajar, supaya ia terus dapat tingkatkan taraf pembelajaran di negara kita. Dan cara pengurusan kewangan adalah satu mata pelajaran wajib bagi mereka pelajari, tidak boleh selamanya mengatakan mereka tidak mampu bayar kembali pinjaman dan mahu lepaskan tanggujawab itu sebagai alasan.

Terjemahan:            
Ahmad Hanafiah/ Doreen Ng Abdullah
20 April 2012
200412037
620 karakter


Adakah kita masih mahu terus ditipu?

Rosaknya PMI dan GAMIS kerana EGO POLITIK

Siapa mereka ini? Mahasiswa?


Siapa di sini berani menafikan bahawa PMI dan GAMIS, dua entiti berasaskan Islam peringkat mahasiswa mengamalkan budaya Khawarij dalam perjuangan mereka? Lebih dahsyat, mereka bersekongkol pula dengan manusia yang mencelakakan dan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW.

Bukti paling jelas lagi nyata PMI dan GAMIS mengambil metod Khawarij boleh dilihat dapat peristiwa demonstrasi paling celaka dalam sejarah mahasiswa Malaysia abad ini iaitu demonstrasi anti-PTPTN, tanggal 14 April yang lalu di Datara Merdeka.

Dalam demo tersebut, mereka bukan sahaja mengkafirkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi yang kedua-duanya beragama Islam, bahkan ‘mengebumikan’ kedua-dua pemimpin negara itu mengikut adat dan budaya agama Hindu. |SINI|

Potret pemimpin negara disemadikan mengikut adat Hindu. Masih tidak berdosa?

Walaupun ia dianggap sebagai simbolisme semata-mata oleh mereka, tetapi atas sebab apa ia diharuskan? Hukum apa yang digunakan untuk menghalalkan niat simbolisme tersebut?

Amat memalukan apabila mahasiswa-mahasiswi yang mengaku siang dan malam memperjuangkan Islam terlibat dalam perlakuan yang maha menyimpang dari akidah sedemikian rupa. Hingga ke saat ini mereka belum memohon maaf, bahkan begitu ego dan sombong untuk mengakui keterlanjuran yang dilakukan.

"Fathul tu bukan ulamak, dia pukimak," kata Khalid Ismath. Siapa Fathul yang dimaksudkan?
Beliau ialah Abu Islam Al-Fathil Ustaz Fathul Bari Mat Jaya, anak mantan Mufti Perlis yang
lantang menentang Syiah di Malaysia.

Bukan itu sahaja, mereka ini juga turut bersekongkol dengan mahasiswa yang mengaku Syiah. Syiah bukan satu mazhab dalam Islam, sebaliknya ia jelas dan nyata, satu kepercayaan baru yang diada-adakan untuk menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Inilah Khalid Ismat, mahasiswa tahun satu UiTM yang
mengkafirkan Perdana Menteri dan
menggelarnya sebagai mendiang.

Siapa mahasiswa Syiah itu? Ia tidak lain tidak bukan, Khalid Ismath! Tapi atas nama matlamat, Si Syiah muda ini diterima sebagai ahli jemaah dalam perjuangan mereka. Metod siapa ini? Tak lain dan tak bukan, metod Ikhwanul Muslimin yang Muflisin! |SINI|

Maka wajar dan amat perlu untuk kita tolak perjuangan mereka. Atas nama akidah, jalan mereka jelas salah. Mereka bersatu atas dasar semangat, boleh dipimpin oleh orang yang jahil dan rosak akidahnya selagi mana matlamat perjuangannya sama. Nauzubillah minzalik!

Berkhemah di tepi jalan. Apa pesan Nabi Muhammad tentang hukum duduk-
duduk di tepi jalan? Siapa lebih tinggi? Nabi Muhammad atau pemimpin pembangkang?

Bercampur aduk Islam dan Sosialis. Dihalalkan?

Ini pesan Nabi, tapi dianggap tak penting bagi kumpulan mahasiswa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar