Masa depan Wan Norhayati hancur kerana politik yang salah |
Tiga (dipercayai) mahasiswa telah kantoi ketika menjalankan KERJA LAPANGAN untuk Parti Keadilan Rakyat. Utara News melaporkan seperti berikut;
Tiga individu dipercayai mahasiswa telah ditangkap oleh Pemuda Umno Lembah Pantai kerana dipercayai menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Individu-individu tersebut ditangkap sewaktu mereka membuat bancian di kawasan PPR Kg Limau di Pantai Dalam.
Setelah ditangkap, ketiga-tiga 'pegawai' tersebut telah diheret oleh kumpulan berkenaan ke Balai Polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, 'pegawai SPR' tersebut kemudiannya mendakwa dihantar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bagi tugas bancian penduduk.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, mustahil mahasiswa boleh diperalatkan dengan sebegitu mudah kerana mahasiswa adalah golongan intelek.
Menurut Fahmi, petugas-petugas dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memang membawa bersama surat mengesahkan mereka dari pejabat Nurul Izzah sewaktu membuat bancian itu.
"Dua petugas ini sekadar membuat bancian bagi membantu pejabat Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan kedua-dua mereka juga sudah mendapat kebenaran dari Izzah sendiri dan tugas bancian mereka bermula sejak Sabtu lalu hingga semalam," katanya.
"Kenyataan Umno yang menuduh KEADILAN mempergunakan mahasiswa tersebut jelas berniat jahat untuk memburuk-burukan Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang konsisten memperjuangkan hak rakyat di sini," tegasnya. UTARA NEWS
SB kata, apa nak hairan? Dah memang itulah tujuan kenapa pembangkang beriya sangat menuntut kebebasan akademik dan berpolitik di universiti. Tujuannya supaya mudah bagi mereka memperalatkan golongan intelek muda ini.
Tapi yang buat SB tergelak besar sampai tergolek-golek ialah kenyataan daripada so-called Ketua Penerangan KeAdilan Lembah Pantai.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, mustahil mahasiswa boleh diperalatkan dengan sebegitu mudah kerana mahasiswa adalah golongan intelek.
Perrrr….mustahil lagi? Tapi mengaku pulak
Menurut Fahmi, petugas-petugas dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memang membawa bersama surat mengesahkan mereka dari pejabat Nurul Izzah sewaktu membuat bancian itu.
"Dua petugas ini sekadar membuat bancian bagi membantu pejabat Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan kedua-dua mereka juga sudah mendapat kebenaran dari Izzah sendiri dan tugas bancian mereka bermula sejak Sabtu lalu hingga semalam," katanya.
Kakakaka…..kadang-kadang kita tak perlu terlalu cerdik untuk ulas atau komen reaksi mereka. SB nak kata, lu fikirlah bai. Siapa sebenarnya yang mahukan kebebasan? Untuk apa?
Insiden ini sudah banyak kali berlaku. Malang sekali yang kantoi ialah mahasiswa. Fikir-fikirkanlah..insafi kembali kenapa kita ditempatkan di universiti oleh Allah SWT.
Kenapa mahasiswa dihantar buat kerja macam ni??
2 comments:
Mantap bro...
Thats why ada sb kita ada auku, untuk elak drp mahasiswa diperalatkan oleh pihak yg berkepentingan.
Post a Comment