SuaraBaru's Channel dapat warning?? Perrrr.....kau ada? |
Perrr….tak sangka sungguh video pendek bertajuk Kita Maafkan Mereka memberikan impak yang besar.
Sebelum ni klip video Bangkitlah Mahasiswa juga menjadi ‘fenomena’ tetapi impaknya tidaklah sehebat Kita Maafkan Mereka. Buktinya, tak sampai dua hari ia dimuatnaik, video tersebut sudahpun mencapai paparan lebih 1000 kali.
Ternyata ia membuatkan sesetengah pihak tak senang duduk, panas punggung!
Klip-klip yang dipaparkan mempunyai cerita yang tersendiri sesuai dengan judul Kita Maafkan Mereka. Namun hasrat murni itu telah dinafikan oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan klip dan gambar yang digunakan.
Akhirnya video tersebut telah disekat hanya kerana tindakan pihak-pihak ‘tertentu’ itu membuat laporan kepada admin YouTube. Apa boleh buat, terpaksalah SB guna cara lain lepas ni.
No longer available.. Ini membunuh kebebasan bersuaralah! |
Cuma SB kesal, kenapa dinafikan niat murni SB ini yang cuma mahu mengajak mahasiswa dan rakyat Malaysia memaafkan sekumpulan pelajar yang gemar berkelakuan biadab dan melanggar undang-undang?
Dipaparkan antaranya petikan video demonstrasi oleh SMM di hadapan pintu pagar UPSI pada malam tahun baru yang lalu. Ia satu tindakan tidak cerdik yang dibenci oleh majoriti rakyat negara ini!! Jadi salahkan jika SB mahu ajak warga Malaysia memaafkan mereka supaya mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan?
Takpe..SB maafkan mereka! |
Hingga hari ini mereka tidak pernah menyatakan rasa kesal, jauh sekali memohon maaf. Jadi dari membiarkan masyarakat terus membenci dan memaki hamun, lebih baik SB ajak supaya memaafkan mereka. Bukankah itu satu tindakan yang baik?
Mungkin mereka terlalu ego dan tinggi diri hingga ruang kemaafan yang diberikan, tangan yang dihulurkan dan salam perdamaian yang diungkapkan ini tidak diendahkan. Siapalah SB untuk menilai hati mereka.
Akhir kata, sekali lagi SB mengajak sekalian rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka ini. Mereka cuma insan yang masih mencari erti hidup di jalanan. Mungkin mereka segan dengan ilmu hingga malas pegang buku.
Mungkin juga mereka terlalu fasih berkata-kata tapi fasik dengan makna kata-kata yang dibicarakan. Maka maafkanlah mereka.
4 comments:
Jika dilihat, video di ban kerana copyright infringement. mungkin channel berkenaan (lupa nama) marah pasal tak minta kebenaran guna petikan dari video mereka...nak minta royalti kot...so, kalau susah nak dapat kebenaran, mohonla dari sesiapa yang ada merakam peristiwa tersebut dan buatla video baru...lepastu upload balik...
walau apapun, teruskan perjuangan SB...
upload balik... nama bru video next adalah, Mereka juga Mahasiswa-Maafkan mereka
byk lagi tempat bole upload...jgn bergantung pd youtube shj..teruskan perjuangan..
macam mana nak jadi sb??hehe
Post a Comment