Mistik 1`: Syahid Zaini, Pengerusi Malaysia Bangkit hadiahkan batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi yang diwakili Setpolnya, Tn. Haji Mohammad Khairi A. Malik |
Demonstrasi di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi semalam hanya mengulangi satu lagi contoh bahawa perjuangan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di negara kita cenderung untuk membelakangkan adab dan tatasusila serta rasa hormat kepada pihak lain.
Yang jelas, mereka akan guna apa sahaja cara asalkan dapat memanifestasikan hasrat dan matlamat politik yang dibawa.
Sebagai contoh, mereka menghadiahkan batu nesan kepada wakil Menteri Pengajian Tinggi di hadapan petugas media sebagai simbolik kononnya demokrasi kampus sudah berkubur. Bagi mereka, ia satu tindakan yang hebat dan melambangkan kematangan yang tinggi dari mahasiswa negara ini.
Bagi SB, ia ibarat ayam jantan yang hanya berani tunjuk taji di hadapan reban musuhnya tapi tak berani pun nak bertarung secara jantan.
Mistik 2`: Keranda 152 versi 2010. |
Batu nesan itu juga sebenarnya penamat kepada siri ‘mematikan’ perjuangan mereka sendiri selepas keranda diusung dalam demonstrasi mansuhkan PPSMI dua tahun sudah dan replika hantu pocong dalam bantahan di UM dan KUIN baru-baru ini.
Mistik 3`: Mahasiswa`= Hantu Pocong? |
Agak-agak apa nasib batu nesan tu sekarang? Ke bakul sampah? Atau dihumban ke Tasik Putrajaya? Jangan sampai menganggu hidup Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi sudahlah. Siang malam menyusahkan orang, itulah caption paling layak untuk gerombolan mahasiswa pro-pembangkang ini.
1 comment:
bangang la depa2 ni... seryes, macam xde adab sebagai seorang mahasiswa... mmg betul mahasewel...
Post a Comment