Anwar amat berharap dapat menarik sokongan mahasiswa ketika PR semakin ditolak oleh orang ramai. |
Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika ini dilihat berada dalam keadaan yang terdesak untuk menarik sokongan golongan mahasiswa menjelang PRU 13 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.
Selepas idea pendidikan tertiari percuma yang dicadangkan baru-baru ini tidak mendapat sambutan yang diharapkan daripada orang ramai, kini beliau dilaporkan cuba mencari ilham baru dengan memancing kumpulan mahasiswa haluan kiri untuk menyertai perbincangan bersama Pakatan Rakyat untuk memurnikan idea tersebut.
Ironinya, kumpulan mahasiswa yang dipanggilnya itu pun belum habis belajar, atau lebih tepat, bermasalah dalam pelajaran mereka. Antara individu terbabit termasuklah Adam Adli yang sedang menjalani hukuman gantung 3 semester oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tiga orang pelajar Universiti Malaya yang turut dihukum gantung pengajian baru-baru ini iaitu Safwan Anang, Syahid Zaini dan Abdul Haziq.
Kenapa Anwar begitu terdesak? Jawapannya mudah, kerana pemimpin dalam PKR yang lain kebanyakannya tidak memiliki kualiti yang diharapkan oleh beliau terutama dalam menjana idea-idea yang boleh menarik sokongan rakyat walaupun idea-idea tersebut tidak realistik
Di kampus-kampus pula, kumpulan mahasiswa haluan kiri ini cukup dikenali kerana sering bertindak melampaui batas perundangan, menentang pihak universiti sendiri dan bersifat idealistik sehingga mengelirukan mahasiswa.
Tidak mustahil dengan penglibatan kumpulan mahasiswa ini, Pakatan Rakyat akan tampil dengan manifesto baru yang mempersonakan. Ia pernah berlaku sebelum ini seperti yang terkandung dalam Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang didakwa ditulis oleh anak-anak muda lepasan universiti. Bagi mereka ini, tidak salah berjanji bulan dan bintang untuk mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
1 comment:
PM pun tak jumpa personally untuk tarik mahasiswa. nape anuar terdesak ke??
Post a Comment