Dr. Mazlee Malik, moderator dalam Debat Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Nasional antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli semalam, dikatakan seorang yang pro-pembangkang.
Perkara ini didedahkan oleh portal Sungai Rapat Online pagi tadi. Menurut portal tersebut, Dr. Mazlee mempunyai perhubungan yang baik dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pernah beberapa kali diundang menjadi panelis dalam program Pakatan Rakyat khususnya forum-forum yang membincangkan Buku Jingga.
Malah, beliau juga dilaporkan pernah bercakap tentang bagaimana Revolusi Arab Spring boleh dijayakan di negara ini sebagai salah satu usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
Justeru tidak hairanlah dalam perdebatan semalam, Dr. Mazlee dilihat lebih condong kepada Rafizi Ramli dengan menyerang Khairy Jamaluddin melalui soalan-soalan yang bukan dalam bidang Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional itu.
Khairy juga kelihatan beberapa kali menyindir Dr. Mazlee dan ia dibalas dengan jelingan oleh moderator tersebut.
Sinar Harian sebagai penganjur tidak sepatutnya membiarkan perkara ini berlaku sejak dari awal. Dalam perdebatan yang berimpak seperti ini, peranan moderator adalah sangat penting dan beliau seharusnya lebih natural, bukannya bersifat berat sebelah.
2 comments:
aih kelakar je aku bace post ni. Kalau betul2 x hipokrit, sila cadangkan buletin utama, rtm, surat khabar supaya x bias kepada kerajaan dan lebih truk lagi, berita bohong.. Hahaha
moderator tergagap-gagap apa cerita.....
Post a Comment